Tuesday, May 26, 2009

pasca penaklukan

Telah diceritakan juga, ketika Sultan Muhammad Al-Fateh memasuki Konstantinopel, perajuritnya menjumpai makam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al Anshari RA. Di maqam tersebut mereka melihat sebahagian kaki As-syahid Abu Ayyub tersembul keluar dari tanah. Kaki tersebut putih bersih tidak rosak sama sekali, walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun lalu. Inilah karamah para sahabat Nabi.. Panglimanya dan Sultan pun bergiliran mencium kaki tersebut. Sultan mengambil giliran yang terakhir. Ketika Sultan Muhammad Al Fateh hendak mencium kaki sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut masuk ke dalam tanah.
Telah diceritakan pula bahawa pada petang hari setelah penaklukan bersejarah itu, Syeikh Syamsuddin Al-Wali bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al-Anshari. Abu Ayyub menyampaikan ucapan selamat pada Sultan Muhammad Al-Fateh kerana berjaya menakluk Konstantinopel dan menyatakan Abu Ayyub sendirilah yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, bukan sebaliknya.
Pada hari Jumaat pertama di Konstantinopel, ketika diadakan solat terdapat masalah dalam menentukan siapa yang menjadi imam. Sultan pun meminta seluruh tenteranya berdiri dan bertanya, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini, pernah tinggal solat fardhu silakan duduk!" Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bererti seluruh tentera Sultan waktu itu, sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu."Siapa yang sejak baligh hingga kini, pernah meninggatkan solat sunat rawatib silakan duduk!" Tanya Sultan lagi. Sebahagian tenteranya masih tetap tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi ada sebahagian dari tentera Sultan yang sejak balighnya tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib. Kemudian Sultan bertanya lagi, "Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat tahajjud silakan duduk!" Kali ini seluruh tenteranya itu duduk. Yang tinggal berdiri hanya beliau sendiri.
Ternyata, rupanya sejak usia baligh Sultan sendiri belum pernah meninggalkan solat tahajjud. Maka beliaulah yang paling layak menjadi imam solat Jumaat. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, "Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat." Rupanya, beliau dan tenteranya bukan orang yang pernah meninggal solat fardhu walau satu waktu sekalipun. Bahkan beliau sendiri pun tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan solat tahajjud tengah malam. Itu, dan begitulah antara ciri-ciri kemenangan tentera Islam dan sebaik-baik pemimpin… seterusnya tentera dan rakyat.
SESUNGGUHNYA SOLAT ITU KUNCI KEJAYAAN
Ya Allah berilah daku kekuatan untuk menjadi seperti Sultan Muhammad Fateh

No comments: