Sunday, May 17, 2009

Sultan Muhammad Fateh

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda ketika menggali Parit Perang Khandaq

"Akan dibuka Kota Konstantinopal (Istanbul) oleh tentera Islam. Maka sebaik-baik panglimanya adalah panglima yang buka kota tersebut dan sebaik-baik tentera adalah yang membuka kota tersebut."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Siapakah Sultan Muhammad Fateh?

Potret Sultan Muhammad Al Fateh


Sultan Muhammad Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432. Ketika berita lahirnya beliau sampai, ayahnya Sultan Murad sedang membaca Al-Quran tepat pada Surah Al-Fath ayat 1 bermaksud

"Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"

Waktu itu Sultan Murad sedang mempersiapkan penyerbuan ke atas Konstantinopal.

Di bawah disertakan sedikit info tentang SULTAN MUHAMMAD FATEH:

  • Sebelum Konstantinopal berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Fateh, percubaan oleh tentera Islam telah dilakukan tidak kurang dari enam kali.
  • Cuba teka berapakah umur beliau semasa membuka konstantinopal?

  • Beliau berumur 24 (<--- sila highlight untuk mengetahui jawapannya)tahun semasa membuka Kota Konstantinopal. Ada yang mengatakan umur beliau adalah sekitar 21 atau 24 tahun. Misi yang dibuat beliau bukanlah misi biasa tetapi misi yang perlukan keazaman dan kekuatan yang tinggi. Pepatah arab ada mengatakan "Renungkan orang yang tiada apa-apa tidak boleh memberi apa-apa " Jadi renungkanlah apakah yang telah kita telah sumbangkan sesuatu untuk agama kita.

  • Beliau dilahirkan daripada keluarga diraja, Bapanya merupakan Sultan Murad II

  • Guru beliau adalah Syamsudin Al Wali, berketurunan saidina Abu Bakar. Latihan disiplin yang sangat keras diberikan kepada Sultan Muhammad. Kesusahan perlu diatasi untuk mengecapi kesenangan. Maka bila ada kesusahan, perlu mengatasi cabaran, untuk mengatasi cabaran perlukan keyakinan.
  • Beliau juga mahair dalam ilmu matematik. Beliau mengadaptasi ilmu matematik ke dalam ilmu peperangan. Beliau telah mereka cipta meriam yang sangat besar. Pada masa itu, meriam merupakan senjata yang baru dan tercanggih. Berat peluru meriam tersebut dikatakan seberat 300kg dan boleh menepati sasaran sehingga 1 batu (1.6km) jauhnya. Pada masa ini peperangan berlaku di laut.

Tembok Byzantine dan Meriam Diraja yang digunakan

  • Kehebatan beliau sebagai panglima perang juga disebut oleh sejarawan barat. Beliau diakui sebagai Ketua Panglima Perang yang sangat hebat dari sudut logistik.
  • Seramai 700 orang diperlukan untuk menggerakkan meriam tersebut.
  • Seramai 300,000 tentera terlibat semasa peperangan tersebut dan 200 armada kapal perang.
  • Kota Konstantinopal berjaya dibuka oleh beliau pada 29 Mei 1453.
  • Semenjak baligh beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu begitu juga dengan tenteranya. Beliau juga turut menjaga solat rawatib dan tahajudnya.
  • Al Fateh merupakan gelaran yang diberikan kepadanya sebagai pembuka Kota Konstantinopal.

Salah sebuah potret di sebuah muzium

No comments: