Banyak betul posting aku petang ni.. Tetibe je rase nak menaip petang-petang cmni kat blog ni..
Posting kali ni aku mahu menceritakan mengenai internship aku pula. Aku telah mendapat tawaran daripada 3 company di bawah ni (company ke?, aku x tau nk namekan pe so aku tulis je company. Boleh kan? if wrong please correct me). Antara offer yang paling awal samapai adalah daripada PKNM dan SAMB. Menurut offer letter daripada PKNM aku perlu reply surat itu untuk menyatakan persetujuan ku untuk intern 2 minggu dari surat ini dikeluarkan. Malangya aku menerima surat itu setelah dua minggu dari tarikh tutup tersebut kerana pada waktu surat itu tiba di UTP aku masih di rumah kerana cuti mid sem.
Aku call name yang tertera di surat tu utk bertanyakan status aku dan die kate hantar je pakai fax. tetapi sebaliknya aku hantar pakai pos biase. So, cmne skarang? Status masih unknown.
Kalau SAMB pula aku diminta untuk lapor diri pada hari pertama latihan pukul 8 pagi di Graha Maju. Ini bermakna tempat aku telah secured. (Sorry, ni je gamba yang aku dapat jumpe untuk SAMB)
MBMB merupakan offer yang baru aku terima iaitu pada study week. Kepeningan aku untuk memilih tempat intern telah bertambah dari dua ke tiga. huhu. Sangat murah rezeki Allah. Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih ya Allah. Kes aku untuk MBMB pula lebih kurang sama lapor diri di Graha Makmur pukul 8 pagi. Ini bermakna tempatku di sini juga telah secured.
Analisis untuk setiap tempat pula, kalau aku pilih SAMB aku akan bersama apan tapi kalau PKNM aku akan bersama Alep dan MBMB pula aku akan berseorangn.
Seperti mana yang aku tahu dari Alep, PKNM akan bagi elaun lebih kurang RM250-350. Manakala SAMB RM0 dan MBMB dunno.
Jobscope pula, aku macam kurang jelas peranan aku di PKNM dan MBMB. Tapi kalau menurut senior, di SAMB pelajar Meche akan banyak turun padang buat site visit dan welding.
Peluang untuk score pula, menurut senior juga, kebanyakan atau boleh dikatakan semua pelajar dapat A kat SAMB manakala kami merupakan pelajar pioneer untuk MBMB dan PKNM. Last sekali, workload pada akhir-akhir intern nanti mungkin berganda atau pun di ignorekan kerana Melaka akan mencapai status negeri maju pada 1 Januari 2010. Semua pekerja maybe busy untuk mempersiapkan diri menanti detik yang sangat bersejarah itu.
Diharapkan aku berjaya memilih yang terbaik. Ya Allah tunjukkanllah yang terbaik untukku.
No comments:
Post a Comment