Monday, May 18, 2009

Penaklukan Konstantinopal

Replika Sultan Muhammad dalam sebuah muzium


Pada usia 19 tahun beliau menaiki tahta menggantikan ayahnya. Pada saat itu bermulalah persiapan penaklukan yang dilakukannya. Beliau mendidik tentara dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang bertaqwa. Seluruh tentera dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Tuhan. Sebaliknya di siang hari mereka bagaikan singa-singa lapar yang berjuang di jalan Allah. Beliau juga mengadakan operasi perisikan untuk membebaskan seorang pembuat meriam dari penjara Romawi. Bersama juruteranya beliau membangunkan benteng, kapal-kapal perang dan meriam-meriam yang canggih sesuai dengan ukuran zaman itu.
Bahkan dalam membangunkan benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turut menghulurkan tangan untuk membantu mengangkat batu dan pasirnya. Setelah persiapan rapi, bermulalah penyerbuan ke atas Konstantinopel. Perang yang hebat berkecamuk yang telah berlangsung lebih satu bulan, belum pun menampakkan tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut, kerana ditaut oleh pasukan Romawi yang memasang rantai-rantai besar dan panjang hingga menghalang kapal mendekatinya.

Rantai gergasi yang digunakan oleh Byzantine untuk menyekat kapal perang Sultan Al Fateh

"Wahai Guruku, bilakah saat yang dijanjikan itu akan tiba?"
Tanya Muhammad Al-Fateh dalam suasana tidak jelas itu kepada gurunya Syeikh Syamsuddin Al Wali.
"Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi!"
Jawab Syeikh Syamsuddin.
Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau makin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan pada Allah dan mengajak tenteranya melaksanakan hal yang serupa, sebab hanya orang bertaqwa yang mendapat bantuan Tuhan. Maka pada suatu malam Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Jurutera Sultan telah menemui inovasi teknologi yang boleh disebut penemuan terbesar zaman itu. Iaitu, mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat.

Gambaran ketika usaha menarik kapal melalui bukit sejauh 3 batu


Dengan mengelilingi selat pada tengah malam, tibalah kapat-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bahagian belakang benteng Konstantinopel.
Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategik kerana dilindungi oleh benteng alam, iaitu bukit-bukit. Kapal-kapal tentera Islam berjumlah 70 buah mendarat di Semenanjung Pera di pinggir bukit itu dan berusaha mendakinya. Di situlah terjadilah keajaiban yang merupakan karamah bantuan Allah SWT pada malam itu. Secara lahiriah, meskipun kapal-kapal itu dapat 'dipaksa' berjalan di darat dengan menggunakan balok-balok kayu raksasa tetapi untuk mendaki bukit membawa 70 kapal layar berukuran besar dalam tempoh beberapa jam adalah suatu hal yang mustahil.

Bukit yang ditarah untuk menarik 70 buah kapal

Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukanlah berjalan di darat tetapi se akan-akan melayang mendaki dan menyusuri bukit-bukau sejauh 16 km sampai di Golden Horn, sehingga operasi pendaratan 5,000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat.

Gambaran peta Teluk Golden Horn

Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopel. Paginya, pada hari Selasa 29 Mei 1453 Konstantinopel takluk ke tangan tentara Islam, di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Makam mulia Sultan Muhammad Al Fateh.

No comments: