Tuesday, November 10, 2009

Hot Prototypes

Malam tadi aku menyelinap masuk kat Silicon Valley untuk mencari diorangnye R&D lab dan drawing boards untuk bagi korang tengok some of the most promising ideas in mobile computing.

  • Solar-Powered Netbook


  • Panasonic Hydrogen Fuel Cell Battery


  • Napkin PC: The Computer as Sketchbook


  • Masc Design Chukka Music Player


  • Kyocera Eos: A Fold-Up Phone With Flair


IN Reader


Freescale Smartbook


Estari Canova Laptop


D-Roll Laptop


Compenion Tablet PC



Cario Dashboard Computer

Sunday, November 8, 2009

TNB mangsa terbaru Namewee

NAMEWEE F**K TNB MALAYSIA

Begitulah tajuk terbaru video kontroversi namewee yang terbaru. Namewee sebelum ni pernah menceetuskan kontroversi dengan lagu Negarakuku kini tampil pula dengan dengan video terbaru.

Video ni menceritakan tentang ketidakpuasan hati Namewee terhadap TNB Muar. Suatu malam tu Muar black out dan die terus g kat TNB Branch Muar dan mula buat hal. Part ni mmg best. Untuk details korang tgk la sendiri ye.Aku x tau la kalau video ni really live @ da plan. Tapi aku rase cm live je. Sbb die tunjukkan sekali yang kawasan perumahan yang lain memang gelap. Takkan la si Namewee ni boleh pulak nak buat cmtukan..

Pape pon korg check it out la ye.

p/s : owh lupe plak, link klik kat atas tu ye.

Tuesday, November 3, 2009

Sesi Makan durian_ w4d2_230609

Hari ni selepas tazkirah kitorang terus pergi ke kebun durian abg md shah kat gapam. Kitorang kutip sume durian yang gugur dan bawak blk kat workshop.

Sampai je, terus kopek buah tu.. Banyak gk la rasenye. ade la dalam 12-15 biji. Pergh bukan main azab lagi nk menghabiskannye..



Abg sepol yang baru je sampai


Kanan bersama praktikal kanan


Li Si bdk Pontian


Abg Suhaimi yang control


Tgk!!! brape byk abg sabri makan...

Lepas je melahap durian, sambung la keje pe lagi.. Hari ni bukak hydraulic cylinder kingpin sbb dah bocor.


Inilah dia hydraulic cylinder yang berjaya dibuka


Bergambar bersama hydraulic cylinder di samping Abg Md Shah

Monday, November 2, 2009

Nombor Ekor

*Kesemua 3 artikel pada hari ini bukan untuk menimbulkan racial hatred tapi cuma pandangan penulis dan untuk menyedarkan kembali masyarakat*

Nombor Ekor pula. 97% pemenang tadi adalah Melayu dan saya mengandaikan semuanya adalah Islam. Jika golongan 97% ini diambil sebagai pembacanya apakah wajar iklan nombor ekor diletakkan di dalam akhbar utusan atau pun Berita Harian (BH) atau pun mana akhbar melayu lain?



Ini bermakna Utusan, BH dan akhbar bahasa Melayu lain yang menyiarkan bahagian nombor ekor dan iklannya terlibat secaraa langsung dan merangsang orang Melayu Islam untuk membeli nombor ekor. Tidak hairanlah jika kita melihat manusia berkopiah putih dan sersongkok hitam tanpa segan silu berda di dalam kedai nombor haram ini. Terus terang saya katakan, saya telah memboikot akhbar melayu yang menyiarkan keratan nombor ekor di halaman muka surat mereka sejak tahun 2006 lagi. Saya juga ingin menyeru orang lain supaya turut serta bersama saya dalam kempen memboikot akhbar ini sehingga nombor haram ini bebas daripada lidah rasmi bangsa kita ini. Saya juga berharap agar bangsa Melayu memperoleh kembali kegemilaangannya yang lampau sebagai sebuah empayar yang disegani di rantau ini.



Sekian,

Wassalam

Ada lagi ketidakpuasan yang terbuku di hati ini dan akan dicoretkan pada kemudiaan hari. Tangan dah penat menaip. Harap-harap posting kali ini bebas daripada pemantauan KDN dan KPT.

Melayu atau Islam?

Terus terang aku mengatakan aku sangat malu menjadi Melayu dan rakyat Malaysia.
Daripada masalah politiknya yang tidak pernah reda dari dulu sehinggalah masalah hedonisme yang melanda. Maghrib tadi aku terbaca Utusan Malaysia dan juga Utusan Melayu(yang versi Jawi punya). Terdapat sebuah artikel mengenai program Gadis Melayu (GM) di Tv9 sempena acara kemuncaknya yaang akan berlangsung pada 5 Nivember ini. Melayu menurut perlembagaan adalah seseorang yang boleh berbahasa melayu , beragama Islam, dan mengamalkan hidup dan adat resam melayu.



Apakah membuka aurat itu syariat Islam? Tentu sekali bukan. Tetapi pada rancangan GM ini 4 daripada 5 finalisnya tidak bertudung. Apakah ini? Adakah mereka bukan Islam? Rasanya mesti Islam. Tetapi mengapakah mereka tidak bertudung? Jika sewaktu Sharifah Amani mengatakan dirinya akan kelihatann bodoh jika berbahasa Melayu, dia mendapat kecaman yang hebat daripada media dan masyarakat.. Tetapi apabila seseorang Islam itu melanggar syariatnya, ia terus mendapat pujian dan sokongan daripada masyarakt (Jahil dan Jumud).



Episod Melayu ini tidak berakhir di sini. Hari ini diisytiharkan di dalam Utusan pemenang peraduan Utusan-Genting. 97% pemenangnya adalah Melayu yang menerimaa hadiah berupa kad percutian Genting Highlands. Apabila Melayu tentulah Islam. Adakah ini tepat? Jika menurut Mufti Perak, Harussani Zakaria, 500,000 orang melayu telah murtad. Ini bererti Melayu masa kini tidak semestinya Islam lagi. Oklah, jika semua pemenang itu beragama Islam mengapakah hadiahnya mesti ke Genting Highlands? Bukankah ini merupakan tempat perjudian terbesar di Malaysia. Sedikit sebanyak kita akan menyumbang dan meraikan bersama-sama kaki judi. Bagaimanakah ini?



p/s: Harap-harap suatu hari nanti bolehlah berbangga balik menjadi Melayu dan rakyat Malaysia. Bersama kita mengubahnya.

Penangkapan Dr. MAZA

Entah kenapa hari ini mood aku berasa sangat tidak baik sekali. Adakah mungkin kerana penangkapan Dr. MAZA? Apabila aku menerima SMS menyatakan tentang penangkapan bekas mufti Perlis itu semalam aku berasa sangat terkejut. Apakah kesalahan beliau?
Adakah ini merupakan kemuncak noktah hitam untuk Islam di Bumi Malaysia?
Sama seperti layanan 4 Imam Mazhab apabila mereka ditangkap, disiksa, diracun, dan dipenjara hanya kerana Islam.Persoalan ini terus bermain sehingga kini.



Dr MAZA yang ditangkap olej JAIS atas alasan beliau tidak mempunyai tauliah untuk berceramah. Apakah selama ini beliau tidak pernah berceramah selama mana beliau menjwat jawatan sebagai mufti? Apakah tauliah yang dimaksudkan oleh JAIS? Adakah ia mesti segulung ijazah, master atau PhD? atau permit kerana mengadakan ceramah di rumah? Seperti yang selalu diminta oleh pihak Polis. Inilah yang menimbulkan tanda tanya dikotak fikiranku. Dr MAZA menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal untuk menjatuhkan beliau oleh pihak yang tidak senang terhadap dirinya.



Aku sengaja boldkan segala persoalan ini untuk dijawab bersama sama.

Berakhirlah luahan hatiku mengenai penangkapaan Dr. MAZA.

Cool sikit rasenye mood aku

Sunday, November 1, 2009

Pencakar langit tetinggi

Walaupun di dalam krisis ekonomi paling teruk dalam satu dekad tidak boleh menghalang manusia dari membina. Hari ini kebanyakan projek lebih besar dan gah dari dulu!!

Pencakar LangitTertinggi: Di tengah-tengah kemasyuharn kuwait yang baru City of Silk akan berdiri megah Burj Mubarak.




Nama: Burj Mubarak al Kabir
Dimana: Kuwait
Kos: $7.37 billion
Tarikh siap: 2016
Cabaran: Mendirikan bangunan 3,300 kaki yang cukup kuat untuk menahan angin selaju 150batu/jam.

Empire State Building mendapat world’s-tallest title selama empat dekad. Hari ini, pemegang rekod, Burj dubai -2300 kaki, bertuah kerana mempertahankan selama empat tahun. Kerajaan Kuwait sedang memecah tanah di City of Silk, reka bentuk dari serpihan metropolis di delta sungai Tigris and Euphrates dengan menara setinggi 3,284-kaki tower sebagai centerpiece. Pada ketinggian itu angin boleh menghayun pencakar lanit biasa seperti dahan pokok dan gelombangnya boleh mengoncang bangunan ini.