Monday, October 12, 2009

Open house Undang johol






041009

Sunday, October 11, 2009

Rumah pam selandar




011009

Monday, October 5, 2009

Mengapa rakyat Indonesia marah dengan Malaysia?

Oleh: Mohd Al-Hafiz bin Adnan*

Kebelakangan ini media melaporkan banyak peristiwa atau kejadian yang menunjukan perasaan marah dan tidak berpuas hati rakyat Indonesia terhadap Malaysia.Mereka melakukan demontrasi di kedutaan Malaysia sehingga sanggup menurunkan bendera malaysia dan membakarnya!.

Kediamaan pelajar-pelajar Malaysia di baling dengan telur busuk di samping menerima beberapa ugutan.Selain itu,laporan terbaru mengatakan bahawa rakyat Malaysia di Indonesia takut untuk keluar rumah kerana terdapat kumpulan-kumpulan tertentu mengancam keselamatan mereka.

Saya suka menerokai akhbar-akhbar digital milik Indonesia untuk mengetahui perkembangan berita di sana.Namun,saya tidak nafikan ujudnya sentimen dan provokasi serta fitnah yang dilakukan oleh media Indonesia sekaligus mencetuskan api kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia.

Isu terbaru berkaitan dengan tarian tradisi bali dimana Indonesia menuduh Malaysia “menciplak” tarian tersebut untuk tujuan promosi perlancongan Malaysia.

Isu berkaitan dengan Malaysia dan Indonesia sudah lama berlarutan.Sejak peristiwa ganyang Malaysia pada tahun 70 an dulu,bisa dan barah tersebut bagaikan tidak pernah sembuh dan melarat sehingga kini.

Mengapa Indonesia terlalu marah dengan Malaysia??.

Isu berkaitan dengan penderaan amah(pembantu rumah) Indonesia, Malaysia menggunakan lagu terang bulan yang di katakan milik Indonesia sebagai lagu kebangsaan,rakyat Malaysia memanggil mereka dengan perkataan “Indon”, Kes Monahara, Pertikaian pulau Sipadan yang akhirnya menjaya menjadi milik malaysia, kes berkautan dengan pengeboman 2 buah hotel di Jakarta baru-baru ini dikatakan dalangnya dilakukan oleh rakyat Malaysia(Nordin mat Top) kemudiannya Manchester United terpaksa membatalkan perlawanan persahabatan bersama Indonesia menyebabkan kemarahan oleh peminat-peminat MU di Indonesia dan banyak lagi serta yang terbaru berkaitan dengan malaysia “mencuri” tarian tradisi Bali dari Indonesia.

Banyak faktor yang mempengaruhi isu antara kedua-dua negara.Kepesatan pembanganunan dan kemajuan Malaysia dari segi ekonomi berbanding Indonesia juga menimbulkan rasa iri hati.

Penghijrahan rakyat Indonesia untuk mencari rezeki di terima baik oleh masyarakat Malaysia.Namun,sering kali kita dengari di dada-dada akhbar laporan mengenai kes-kes rompakan,ragut,kecurian dan “geng-geng” perompak berbahaya seperti geng kebanyakkannya berasal dari Indonesia.

Mereka ini masuk ke negara kita mencuri dan menganggu kesejahteraan rakyat di negara ini!.Adakah rakyat Malaysia tidak boleh marah kepada Indonesia??Melakukan demontrasi atau menghalang rakyat Indonesia daripada berkerja disini?

Sebagai negara yang berjiranan berada dalam rumpun melayu serrta mengamalkan adat dan budaya yang lebih kurang sama, seharusnya perasaan toleransi dan bertolak ansur ujud antara kedua-dua negara.

Jika kita selusuri sejarah,orang-orang melayu keturunan jawa yang mendiami kebanyakannya di selangor dan johor berasal dari Indonesia,orang banjar di perak juga berasal dari Indonesia.

Dahulunya sebelum merdeka,rakyat bebas bergerak dan berhijrah tanpa memerlukan pasport perjalanan,budaya dan adat resam telah bercampur gaul dan sebati antara kedua-dua negara.

Kesimpulannya,kerjasama dan kesefahaman serta toleransi perlu wujud antara kedua-dua negara agar hubungan baik dapat dikekalkan.

Musuh sentiasa mengintai peluang dan mengapikan sentemen agar kedua-dua negara saling bermusahan dan bercakaran akhirnya merugikan kedua-dua pihak.Malaysia dan Indonesia negara yang mempunyai majoriti umat Islam,Besatulah atas nama ukhuwah sesama Islam

———–

*Penulis ialah Yang di Pertua Persatuan mahasiswa kedah( Permadah) Universiti Malaya

Produk sistem pendidikan terbaik Usmaniah : Sulaiman Al-Qanuni (’Kembar’ Muhammad al-Fateh)

Oleh: Mohd Syaari Abd Rahman*
”Dia adalah pemimpin yang bijaksana, sangat cinta pada ilmu. Sehingga semua orang berharap banyak dari kepemimpinannya.”- Bartolomeo Contarini (utusan dari Valencia dalam catatan perjalanannya ke Istanbul)


Bukan mudah untuk menjadi kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan sekaligus. Amerika Syarikat kuasa politik dan ketenteraan dunia pada hari ini sendiri terpaksa akur pada Jepun yang menjadi kuasa ekonomi dunia pada hari ini. Usmaniah telah membuktikan kemampuan mereka di era 16 Masihi di bawah kepimpinan seorang pemuda.

Bukan mudah untuk mencetak generasi selepas lahir sebuah generasi terunggul dunia seperti Al-Fateh, namun Usmaniah membuktikannya dengan kepimpinan beliau sebagai Sultan Usmaniah ke-10 pada usia muda remaja, baru 25 tahun. Beliau tampak seperti “kembar” dengan sejarah Sultan Usmaniah ke-7, Muhammad Al-Fateh yang menjadi Sultan pada usia 19 tahun.

Bukan mudah menawan Konstantinople seperti yang dilakukan Muhammad al-Fateh, tetapi lebih sukar lagi untuk menawan Serbia yang gagal ditawan oleh Muhammad al-Fateh sendiri. Figura ini jugalah yang menawan Belgrade (nun jauh di Hungary sana), pintu masuk paling strategik untuk menawan seluruh Eropah (sesiapa yang melihat DVD Islam : Empire of Faith pasti akan menginsafi kepentingan Belgrade hampir sama penting dengan Konstantinople bagi al-Fateh)

Bukan mudah untuk mencari icon negarawan Muslim yang dihormati dunia Barat, kawan mahupun lawan, sebagai model terbaik rujukan pembinaan minda negarawan pimpinan gerakan Islam pada hari ini.

Jika Al-Fateh mengejutkan dunia dengan mengalih pengiktirafan “The Grand Signeiur” – yang selama ini diberikan Barat pada tokoh-tokoh Barat sendiri – buat pertama kali diberikan kepada pimpinan Islam Usmaniah, dia juga menerima pengiktirafan oleh Barat dengan gelaran “The Magnificent” (Solomon The Great), satu-satunya pengiktirafan Barat yang diberikan pada Alexander The Great. Bahkan ada sejarawan Barat menamakannya “the second Solomon” kerana luasnya empayar tauhid (Usmaniah) pada saat itu di bawah kepimpinannya hampir mewarisi kerajaan dunia yang pernah ditadbir Nabi Allah Sulaiman.

Bukan mudah mencari pemimpin yang bukan sekadar merakyat sifatnya, tetapi pasukan kabinetnya juga dipantau ketat dan dibuat “KPI” untuk menyemak tahapan intregriti dan membuat saringan sebelum mana-mana gabenor dilantik.

Bukan mudah mencari tokoh ahli politik yang bukan sekadar mahir dalam penyusunan jentera ketenteraan, tetapi juga mencintai seni dan kebudayaan, bahkan salah seorang seniman (penyair) yang agung dalam peradaban sastera Islam. Beliau bertanggungjawab menjadikan Istanbul – yang ditawan pimpinan sebelumnya, Sultan Muhammad al-Fateh – sebagai bandaraya Islam paling ‘kreatif’ pembangunannya dari sudut pembangunan kesusasteraan dan paling ‘inovatif’ dari sudut senibina dan infrastruktur

Bukan mudah mencari ‘klon’ Muhammad al-Fateh, pemimpin agung Usmaniah yang cintakan ilmu dan agama. Beliau sehingga pernah menulis al-Quran dengan tanggannya sendiri walaupun seorang ahli politik paling sibuk dan antara strategist paling brilliant dalam sejarah penaklukan Usmaniah.

Jika Al-Fateh sejak kecil menerima didikan ilmu syariatik dan sunnatik yang sangat komprehensif dari ayahnya dan ulama terbaik Usmaniah, Syekh Aq Syamsuddin, dia pula seawal usia tujuh tahun menerima didikan kesusasteraan, sains, sejarah, teologi & taktik ketenteraan secara sistematik di sekolah Istana Topkapi.

Itulah Sulaiman al-Qanuni.

Gelar Al-Qanuni yang melekat pada nama besarnya atas jasanya dalam menyusun dan mengkaji sistem undang-undang kerajaan Usmaniah.

Ottoman was very birocratic. They will keep every single record.”, demikianlah ulasan seorang sarjana Barat yang sempat saya lihat dari Youtube menggambarkan cermatnya tradisi pengurusan pemerintahan Usmaniah.

Sulaiman meneliti kesemua rekod perundangan yang ada. Beliau bukan hanya merancang dan menyusun, bahkan secara konsisten dan tegas menjalankan keadilan syariah Islamiyah pada seluruh rakyat di bawah Usmaniah di empayar terbesar pernah dicapai oleh Islam iaitu benua Eropah, Persia, Afrika, serta Asia Tengah.

Kesemua di atas ini sedang menjadi persoalan yang bermain di minda saya. Saya dilanda kegilaan dan keghairahan dahsyat untuk menggeledah khazanah Usmaniah pada era Sultan Muhammad II (Al-Fateh) dan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

Persamaan terpenting antara dua figura agung Usmaniah adalah kedua-duanya lahir dari sebuah madrasah tarbiyah terunggul dunia pada masa itu iaitu sistem pendidikan Islam yang komprehensif sejak dari mereka kecil. Ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, pengembalian semua ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi kepada persoalan tauhid dan aqidah Islamiah adalah teras utama kelahiran figura yang melakar sejarah dunia seperti Mehmet dan Solomon tersebut.

————————–

*Penulis merupakan mantan Setiausaha Agong GAMIS. Merupakan aktivis sosial dan beliau boleh dihubungi di http://rijal82.blogspot.com