Sunday, September 26, 2010

Surat Dari Setan UntukMu

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum
memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum
berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang
kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang,
menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Saturday, September 25, 2010

10 Amalan yang Terbaik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??......

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Friday, September 24, 2010

LUASNYA NERAKA,BACALAH



Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
" Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. "

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Thursday, September 23, 2010

Mari kongsi cerita....Tanda2 Kiamat~

Jom kongsi cerita...ni pun dpt dr mmber~


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?
Suratkhabar banyak
menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi
kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup
sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu
seorang Islam yang
peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang
fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun
selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita
terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang
saya dengar dari mulut pegua
mbela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan
orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran
akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776
orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas
alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari
Datuk Hashim Yahya,
perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai
1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang
sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus
kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita
Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes
ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu.
Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi
dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system
perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman
kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak
dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang
terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang
sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke
sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh
melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan
ke peringkat Universiti
Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya
imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia
juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata,
tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi
azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia
hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia
didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.
Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa,
pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada
dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga
keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2
tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak
bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa.. Kita sendiri heran macamana dia boleh
murtad. Aisyah adalah simbol
anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa
yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV
menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia
boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk
permohonan
kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk
membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan
seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan
dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan.
Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada
langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh
Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran
agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan
surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang
dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa,
abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah
menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan
menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur
(18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang
memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga
yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan
perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan
undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama
rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut
cara Islam.. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak
lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak
termasuk.

Article 4 pula
menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan
perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa
mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan
anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah
datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya
selepas 18 tahun ke KL
untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan
murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam
keadaan Hindu dengan nandek kat dahi .
Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar
bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p
eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin
takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana
nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis
buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin
dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak
kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan
itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret
ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina
bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni
Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu
laknatullah ), Haji Kamarudin
ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang
yang tak dikenali. Jadi, Haji
Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana
menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu
rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam
negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai
tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah
hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam
mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama
asal Hindunya
Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama
Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk
Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam.
Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama
Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun.
Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL
dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta
mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas
anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si
emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi
bagi pada si minachi ni. Heran sungguh.
Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis..
Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan
daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak
tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi
ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang
dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16
Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka,
lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri
Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada
makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan
warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh
Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan,
hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum
cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu
bapanya. Semasa Suzie
Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan
iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia
buka balik kes
itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh
mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak
dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil
menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya
masih nak nama Nur Aini."
Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah
dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu
jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan.
Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2
tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes
terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah
dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali
kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu
anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati
dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa
13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan
kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana
Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita
sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar
diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,
"Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir.
Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu
berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya,
mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah
SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada
kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung
kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong.
Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa a nak kecil yang
berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang
orang. Ibrahim
seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar
Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari
dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang
berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh
terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan
hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita
sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama
yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam
satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di
suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan
hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? " "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di
waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir
balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? "
Rasullullah SAW
menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam
Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam
keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana
gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis
cakap, dah ada
yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford
(orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi
tahun 40an
atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur
Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata,
rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu
batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang
bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat
stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih
terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu
dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia
telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di
London . Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari
ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan
pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam
menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang
untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan
ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan
Islam Andalusia
yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511
kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan
Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah .
Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao .Lepas tu kerajaan
Islam Acheh... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY .
Pertama kitab dia,
kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah,
Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak
rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian
Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian
yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam
sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi
kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi
bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang
Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW
kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali
kata macam semut hitam atas batu hitam di malam
gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah
dengan nama mubaligh
Kristian. Convent itu, Saint ini..Menurut satu petikan seorang
mubaligh Kristian pada masa itu yang
ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada
mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan
pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan
seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan
yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah
digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap
ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu
(Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian
nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.
Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan
bersifat
formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu
tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari
masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan
semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir
ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh
masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu
nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu
Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim
Melayu sejati.. "Sebenarnya dia ingin. Akan datang
suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat
revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa
tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit
merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka
masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu
cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni
mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan
menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan,
dengan
mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari
fitnah besar ini.
Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain
yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita
semua.

Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah
nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat
perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit
pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar
perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita
mempertahankan akidah
kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita
telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui
hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para
waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara
itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

Tuesday, September 21, 2010

Ultimate Rejection Letter

Herbert A. Millington
Chair - Search Committee
412A Clarkson Hall, Whitson University
College Hill, MA 34109

Dear Professor Millington,

Thank you for your letter of March 16. After careful consideration, I
regret to inform you that I am unable to accept your refusal to offer me
an assistant professor position in your department.

This year I have been particularly fortunate in receiving an unusually
large number of rejection letters. With such a varied and promising field
of candidates, it is impossible for me to accept all refusals.

Despite Whitson's outstanding qualifications and previous experience in
rejecting applicants, I find that your rejection does not meet my needs at
this time. Therefore, I will assume the position of assistant professor
in your department this August. I look forward to seeing you then.

Best of luck in rejecting future applicants.

Sincerely,
Chris L. Jensen

Monday, September 20, 2010

Peringatan Kiamat

Ni ak dapat pn dari org...wallahuallam~sekadar wat renungan

Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat
untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... ... ... ... .. Nak tahu ape dia ??


Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis dalam
tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"



Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut
memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..


Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita keranatelah memberi maklumat tersebut...


Adakah anda percaya ?


Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah
s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye lelaki kawin sama lelaki. Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.


Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... ... ... ..Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... ..untuk menanti ketibaan hari kiamat... ... ... ... ... ... ..


Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu
akan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan... bukt! inya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekian


Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan
kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)

Sunday, September 19, 2010

Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
When after the burial, the people return home, 2 angels, Munkar and Nakeer(names of two special Angels), come in the grave and try to separate this handsome man so that they may be able to interrogate the dead man in privacy about his faith. But the handsome man says, 'He is my companion, he is my friend. I will not leave him alone in any case. If you are appointed for interrogation, do your job. I cannot leave him until I get him admitted into Paradise '.
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk..
Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
May Allah bestow this favour on all of us.

AAMEEN
Assalamu Alaikum