HARI INI hari Selasa, merupakan hari yang ke-6 aku di lokap Brieckfields. Dan seharusnya aku dibebaskan pada pagi ini. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Aku dibawa bersama Syahruldeen berjumpa dengan IO (Investigate Officer) Najeeb. Ada beberapa urusan yang perlu kami jalani sebelum dibebaskan pagi nanti.
?Izzuddin, Syahruldeen.. pertuduhan korang kami dah tukar. Daripada pertuduhan khianat dengan api yang boleh kena hukum penjara 20 tahun tu kitorang ubah kepada tuduhan ceroboh. Ceroboh ini 3 bulan penjara atau denda bawah RM 1,000 jer,? kata IO Najeeb.
Alhamdulillah, aku dengan Syahruldeen memang bersyukur teramat sangat. Allahu Akbar. Terasa setiap doa kami selama seminggu ini agar dipermudahkan diperkenankan Allah. Memang Allah permudahkan urusan kami setakat ini. Mungkin pihak polis tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk buat dakwaan atas pertuduhan yang pertama tadi menyebabkan pertuduhan tersebut terpaksa ditukar.
Bayangkan sepanjang kami ditahan, terasa yang kami ini betul-betul teraniaya. Kami tidak tahu langsung apa hak-hak kami sepanjang ditahan. Hak untuk mendapatkan khidmat peguam juga disekat, hak untuk dimaklumkan tentang penahanan kami kepada keluarga sendiri juga dinafikan. Keluarga aku pun hanya tahu aku ditahan di dalam lokap hanya selepas 4 hari aku di tahan. Tiada siapa pun yang tahu aku dimana sepanjang tempoh itu. Kalau aku mati di dalam lokap, mungkin aku mati ?kering? seorang diri sahaja.
Balik dari sesi bersama IO pukul 4 pagi, kami dimasukkan semula ke dalam lokap. Aku diletakkan di lokap Brickfiels dan Syahruldeen pula di lokap Taman Tun Dr. Ismail. Sebelum kami berpisah sempat juga aku berpesan kepada Syahruldeen.
?Ingat Deen, solat Tahajjud malam ni. Doa banyak-banyak. Sujud syukur jangan tinggal. Allah dah banyak bantu kita seminggu ni. Insyaallah, pagi nanti kita akan dilepaskan.? Pesanku kepadanya.
Sememangnya pagi itu pagi yang paling ceria bagiku di dalam lokap. Insyaallah, kuat hatiku mengatakan yang ujian dari Allah akan berakhir. Malam itu kebetulan lokap penuh dengan OKT, aku pun cume dapat ruang yang kecil untuk solat sebentar. Ruang itu pun kebetulan memang tiada orang yang tidur di situ. Betul-betul berada di hadapan tandas dan lantainya agak basah. Sanggup atau tidak untukku bersujud di situ bukan alasan, yang pasti hanya aku ingin sujud pagi itu, sujud tanda syukurku kepada Allah.
Dan pagi itu kami berdua dibawa semula menaiki trak polis dalam keadaan berhimpit ke Mahkamah Jalan Duta untuk dijamin. Dengan rantai gari sepanjang 2 meter yang membolehkan seramai 6 orang digari sekali gus, kami dibawa ke mahkamah.
Kami dimaklumkan bahawa semua yang terlibat sudah hadir. Hakim, pendakwaraya, peguambela, keluarga dan penjamin sudah datang seawal pukul 8.30 pagi lagi. Tidak sabar kami untuk berjumpa dengan keluarga masing-masing kerana sepanjang tempoh penahanan sememangnya kami tidak diizinkan untuk berjumpa walau sekejap. Namun bukan semudah itu perjalanan kami hari tersebut.
Masa sudah menunjukkan pukul 12 tengahari, boleh dikatakan semua OKT yang dibawa ke Mahkamah sudah dihadapkan ke hakim. Cuma kami berdua sahaja yang entah tidak tahu untung nasib kami. Kami dimaklumkan bahawa IO Najeeb yang incharge kes kami terpaksa pergi ke Putrajaya. Memang pelik. Seharusnya dia bersama di mahkamah kerana dia merupakan orang yang paling penting terhadap pendakwaan kami. Hati aku sudah mula tidak sedap tengahari itu.
Dalam pukul 12.30 tengahari, kami dibawa pulang ke IPD Brickfields.Aku masih ingat ada seorang anggota polis yang manis mulutnya meminta aku ?belanjanya duit kopi? dengan alasan dia sudah membantuku sehingga aku dijamin. Minta duit suapanlah tu. Punyalah seronok dia mendapat duit RM 10.
Begitu juga sewaktu dompetku dipulangkan semula. Seingatku duit yang ada dalam dompet aku semasa aku ditahan sebanyak RM147.00. Memang aku pasti kerana aku sendiri yang mengiranya beberapa kali. Tetapi apabila aku menerimanya kembali, hilang 2 keping duit merah.
?Tuan, duit saya tak cukup ni tuan, tak cukup 20 ringgit lagi,? adu aku kepada anggota polis di sana.
?Diamlah kau. Ambil saja apa yang ada, jangan banyak tanya,? tengking anggota polis tersebut secara tak beradab.
Aku terdiam. Aku rasa aku tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi apa yang boleh aku buat? Aku hanya boleh diam sahaja. Biarkan.. Yang haram itu tetap haram, tak akan yang haram itu bertukar halal.
Pukul 1 petang, aku masih belum dibebaskan lagi sepertimana yang dijanjikan. Hanya kerana IO aku tiada di mahkamah kerana terpaksa pergi ke Putrajaya. Maka aku pun dipindahkan ke lokap Balai Polis Pantai. Lokap kedua aku sepanjang aku ditahan. Lokapnya baru diperbaiki, jauh lebih baik dari lokap Brickfields. Tetapi yang sayangnya tandasnya tetap tidak berpintu. Bukan setakat tiada pintu, dinding pun tiada.
?Tak sanggup aku buang air kat sini,? detik hatiku.
Merasa juga aku duduk di sana sejam dua. Yang pasti CCTV sentiasa memantau setiap gerak laku kami. Apa sahaja yang kami lakukan akan dipantau sehinggakan bilik air yang tiada dinding itu pun ada terpasang CCTV. Memang tidak selesa.
Dalam pukul 4 petang, sekali lagi nama aku dipanggil dengan kasar. Biasalah seminggu ini, tekanan, makian malah lebih dari itu aku pernah kena. Sudah bebal telinga aku menahannya.
Dalam keadaan tergesa-gesa aku bersama Syahruldeen dibawa menaiki kereta polis ke Mahkamah Jalan Duta. Baru petang ini IO aku muncul selepas dia menghilangkan diri pagi tadi.Munculnya bukan dengan tangan kosong, tetapi munculnya dengan membawa ?hadiah yang cukup bermakna? kepada kami.
?Izzuddin dan Syahruldeen, kamu dituduh dengan 4 pertuduhan serentak. KHIANAT DENGAN API, CUBAAN KHIANAT, CEROBOH JENAYAH DAN KESALAHAN LALU LINTAS..,?
Kami terkedu?
?Ya Allah, macam mana ni tuan, pagi tadi tuan janji nak tukar pertuduhan kami jadi ringan? Macam mana pertuduhan kami boleh tiba-tiba menjadi 4 selepas tuan balik dari Putrajaya?,? soal kami kepadanya.
?Susahlah nak cakap.? Hanya itu sahaja jawapan yang terpancul dari mulutnya.
Aku dengan Syahruldeen sudah rasa ada yang tidak kena dengan kes kami ini.Jam pula sudah menunjukkan pukul 4.15 petang. Baru sahaja prosiding mahkaman hendah bermula. Sebutan pertuduhan kami dibaca satu-persatu. Semuanya kami nafikan dan mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.
Agak terkejut sebenarnya pada patang itu kami diwakili oleh 2 orang peguam. Kami tidak dimaklumkan tentang kehadiran peguam yang akan mewakili kami. Malah menurut cerita sebenarnya, polis sendiri yang menasihatkan kepada ibu bapa kami agar tidak perlu menyediakan peguam. Tidak perlu katanya, mudah cerita.
Nasib baik ada bekas student yang bersusah payah mencari peguam untuk kami. Terima kasih. Jika tidak pasti kami tertipu lagi.
Namun disebabkan sebutan kes kami bermula lewat maka urusan jaminan tidak dapat dilakukan pada petang itu dengan alasan kaunter bank sudah ditutup. Maka mahu atau tidak kami terpaksa ditempatkan di PENJARA SUNGAI BULOH.
?Biar betul, takkan kena pergi penjara pula kami ni,? terkejut kami.
Waktu itu memang kami rasa kami ini betul-betul kena aniaya. Memang betul-betul kena aniaya dengan orang yang kononnya lebih berkuasa dengan kami.
?Takpe lah Deen, ini semua kerja manusia.. Kerja Allah itu lagi hebat dan lagi adil,? pesanku kepada Syahruldeen.
Lantas secepat itu kami dipisahkan dari keluarga kami. Dibawa menuju ke tingkat bawah bertemu dengan puluhan banduan yang akan dibawa ke penjara. Cukup menakutkan ketika itu.
Tangan kami digari bersama puluhan yang lain. Beratur bersama menaiki trak polis yang cukup besar yang biasanya diistilahkan sebagai BLACK MARIA. Trak yang ditutup dari setiap sudut dan hanya mempunyai beberapa liang udara sahaja untuk bernafas. Cukup panas didalamnya. Tidakku sangka kami akan menaiki trak polis yang selalu mengangkut penjenayah-penjenayah lain.
Adakah kami ini penjenayah? Adakah kes membunuh orang? Aku sebenarnya dianiaya. Adakah itu merupakan suatu jenayah?
Bersesak-sesak kami di dalam Black Maria menuju ke Penjara Sungai Buloh. Hampir 30 Minit perjalanan ke sana. Sairen polis dibunyikan tanpa henti sepanjang kami melalui lebuhraya. Dan setibanya kami di pintu depan penjara, kami diarahkan untuk turun.
Aku dan Syahruldeen mengadap tembok besar Penjara Sungai Buloh. Tergamam kami melihatnya.
?Tak sangka ye Deen kita ke sini,? bisikku kepadanya.
?Ya, akhirnya kita ke sini,? sahutnya.
Tembok tinggi penjara itu kami tenung, entah apa yang menanti kami di dalamnya.
Lake County Investment Properties
10 years ago
No comments:
Post a Comment