Pengalaman hidup bersama dengan OKT (Orang Kena Tuduh) sepanjang proses reman selama 6 malam di lokap Brickfield sememangnya merupakan pengalaman yang cukup menarik kepadaku. Hampir boleh aku katakan kami ini seumpama sebuah keluarga kecil yang saling cuba memahami kisah hidup masing-masing. Latar hidup yang pelbagai serta etnik kaum yang berbeza meyebabkan keinginan untuk berkongsi suka-duka sememangnya meninggi.
Tidak aku katakan setiap perkongsian itu semuanya bagus dan baik. Malah ada juga beberapa kisah yang agak tidak selesa malah tidak pernah dijangka akan aku temui sepanjang bersama mereka.
Duduk bersama ?masyarakat sebenar? yang berada di luar tidak sama dengan sepanjang proses kehidupan aku selama ini. Mengetahui persepsi masyarakat dan nilai-nilai sebenar yang ada pada diri mereka membuka jelas membuka dimensi pemikiranku dari sudut yang baru.
Satu pengalamanku berada di sana, 2 orang remaja berumur 19 tahun yang pernah aku perkenalkan namanya sebelum ini, agak menarik untuk aku ceritakan sebagai pengajaran. Dari berkongsi siapa diri mereka sehingga menyentuh hal-hal peribadi yang agak sensetif menjadi topik perbincangan kami.
Di saat itu aku berjumpa dengan remaja Melayu Islam yang bercerita tentang kisah kehilangan ?teruna? mereka bersama pasangan masing-masing walaupun umur mereka baru belasan tahun. Bagi mereka itu merupakan suatu kebanggaan dan kepuasan. Seronok bertukar-tukar perempuan malah agak mengejutkan ada pasangan mereka berlainan bangsa malah berlainan agama.
?Korang tak rasa risau atau takut ker buat benda-benda macam tu?. Mak bapak kau tak tau ker?? cetus soalan dari mulutku.
?Alah, pandai-pandailah cover, kalau mengandung kahwin je lah. Apa susah?? jawabnya spontan.
?Ada seorang awek aku tu dah mengandung 2 bulan dah. Entah lah, dia kata itu anak aku. Tengoklah nanti, aku tak nak mengaku. Karang tak pasal-pasal aku pulak yang kena tanggung,? jawab seorang remaja lelaki yang lain.
Mengucap panjang aku. Mudahnya bagi mereka cakap begitu. Tidak timbul langsung perasaan malu dalam diri mereka Berbincang mengenai topik tersebut sebenarnya agak menjengkelkan. Banyak lagi sebenarnya butir bicara yang kami bualkan tapi cukuplah bagiku untuk mencoretnya disini. Selebihnya tidak perlu aku kisahkan. Barangkali di luar sana lebih banyak kisah-kisah yang berlaku cuma kita yang tidak pernah ambil tahu.
Hidup di dalam lokap sememangnya amat terdesak. Keadaan lokap yang sempit dan kotor, layanan polis yang kasar tanpa rasa hormat kepada tahanan dan banyak lagi.
Suatu ketika aku melihat terlampau terdesaknya mereka di sana. Cukuplah untuk mendapatkan rokok di dalam tahanan, mereka sanggup buat apa sahaja. Bayangkan untuk mendapatkan 2 kotak rokok berharga RM250 malah untuk mendapatkan 2 batang sahaja berharga RM 20. Percaya atau tidak terpulanglah. Tetapi itulah hakikanya yang aku luhat sendiri. Tidak perlu aku nyatakan siapa yang berlibat menyeludup rokok-rokok tersebut sepanjang kami berada di Lokap Polis Brickfield tersebut. Buatlah andaian dan tekaan sendiri.
Begitu juga kisah Uncle Lim yang pernah aku kisahkan juga sebelum ini. Kisah seorang CEO sebuah syarikat yang amat besar. Pengalaman mengurus syarikat selama lebih puluhan tahun malah terlibat dengan pelbagai lapangan bisnes membuatkannya benar-benar matang. Uncle Lim difitnah oleh adik iparnya melibatkan kes penyelewengan hampir jutaan Ringgit.
Dengan dialah aku selalu berkongsi. Dengan adanya dia bersama antara salah satu sebab aku mampu bertahan selama seminggu di dalam lokap ini. Sehinggakan hari ke lima iaitu hari ahad, aku mengadu kepadanya bahawa aku sememangnya sudah hampir tidak tahan dengan kehidupan aku disini. Remanku seharusnya habis pada hari ahad sedangkan polis beria-ia ingin menyambung remanku selama 4 hari lagi. Cukup tertekan dan merunsingkan malah aku mengharap sangat dapat keluar hari itu juga.
?YOU HAVE TO SET YOUR MIND. ITS ALL ABOUT YOUR MINDSET. IF YOU CAN CONTROL IT AND BE READY TO BE FREE FOR OTHER 4 DAYS. YOU MAY BE TOUGH ENOUGH,? katanya padaku.
? Izzuddin, you kena kuat. Jangan mengharap yang you akan lepas hari ini. Tak semudah itu sebenarnya.?
?Mindsetkan? fikiran you yang you akan lepas hari selasa atau rabu. Kalau betul you akan lepas hari selasa, then you dah bersedia. Tapi kalau you lepas hari ini, anggaplah itu bonus,? katanya kepadaku lagi.
Bila aku renung semula kata-katanya, betul juga apa yang dia katakan. ITS ALL ABOUT OUR MINDSET. Bagaimana kita mampu kontrol pemikiran kita untuk menerima sesuatu yang melangkau kemampuan kita sebelum ini. Aku juga teringat inilah perkara yang sering ditaman dan didoktrin oleh senior-senior dalam siri-siri ?latihan kepimpinan? aku sebelum ini. Perkaranya sama sahaja.
Dan itu yang menjadi bekalanku sepanjang beberapa hari lagi aku di sini?
Bukan mudah nak bertahan dengan ujian ini. Memang susah?
Tetapi Alhamdulillah, banyak yang Allah permudahkan?
Alhamdulillah?
Lake County Investment Properties
10 years ago
No comments:
Post a Comment