Hanya beralaskan ?blanket? (kain kasar yang tidak berapa tebal) sebagai lapit antara badan dan juga lantai simen yang sejuk membuatkan kehidupan aku di dalam lokap ini hanya ala kadar sahaja. Lantainya sentiasa lembab dan basah pasti menyebabkan sesiapa pun berasa geli untuk memijaknya buat kali pertama.
Namun perkara yang paling aku jaga sepanjang aku berada di sini ialah solat. Bayangkan pada hari pertama aku dipenjara aku solat sebanyak 7 waktu sehari semalam dek kerana aku hanya berpandukan kepada lubang udara sebagai ?jam semulajadi? untukku menjengah ke langit dan mengagak waktu solat. Sepasang baju lokap berwarna oren aku jaga sebersih mungkin bagi membolehkan aku bersolat dengannya sepanjang aku berada di sini. Tandas yang kotor dan sentiasa berbau ?hancing? dan digunakan oleh hampir 20 orang tahanan pada satu-satu masa pasti menyebabkan aku was-was untuk mengambil wudu? di situ pada awalnya. Begitu payahnya hidup dalam keadaan darurat untuk terus istiqamah menjaga waktu solat.
Sepanjang seminggu aku di sana, seingatku hanya aku seorang sahaja yang solat di sudut hujung lokap itu. Bukan kerana tiada muslim lain yang ditahan sama, tapi alasan mereka cukup mudah;
?Baju kitorang ni kotorlah, tak boleh bawak sembahyang? tak sah sembahyang baju kotor.?
Pandai juga mereka menjawab bila aku mengajak mereka solat bersama-sama. Memang dari segi hukum baju yang kami pakai pasti kotor dan menanggung najis. Baju yang diberikan itulah yang kami pakai selama seminggu tanpa tukar ganti. Kalau nak diikutkan, mana sah solat berpakaian kotor.
Tapi dari sudut yang lain, tanggungjawab untuk solat itu tetap wajib. Suasana yang memaksa kita untuk berpakaian sebegitu. Malah tanggungjawab untuk mendirikan solat jauh lebih besar dari menjaga pakaian agar bersih. Bagi aku, ianya sudah menjadi rukhsah. Tetap aku solat walau bagaimana keadaannya sekalipun.
Cuma yang menjadi kenangan bagiku sepanjang aku di dalam lokap, seorang tahanan yang turut berada di sana berasal dari Pakistan. Dia tidaklah fasih berbahasa Melayu kerana tidak sampai setahun bekerja di Malaysia, Namun aku pasti dia beragama Islam. Puas juga aku mengajaknya solat bersama denganku. Sepatah-sepatah aku bercakap dengannya. Mungkin dia faham dan mungkin juga tidak. Banyak jugak songeh mamat Pakistan ini. Malas jugak dia nak solat.
Tetapi entah mengapa (kalau tidak silap aku pada hari yang ke 3 aku berada di sana) ketika aku sedang solat maghrib berseorangan tiba-tiba Mamat Pakistan ini berdiri di sebelah kananku. Terlampau rapat. Mungkin disebabkan tempat ini sempit maka dia merapatkan dirinya kepadaku. Terus menerus aku menyempurnakan solatku sehingga selesai.
Dan tatkala aku selesai memberi salam di penghujung solatku, dia terus bangkit. Baru aku sedar yang dia juga bersolat berimamkan aku sejak tadi. Tidak terkata aku sejenak, terdiam dan hanya memerhati dia solat. Sungguh aku katakan, aku terus sujud tanda syukur tidak terhingga. Aku menangis dalam sujudku. Betapa besar nikmatnya aku rasakan apabila berjaya mengajaknya untuk solat bersama-samaku.
Dan keesokannya dia pun dibebaskan keluar. Bebas untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.
Alhamdulillah, sepanjang aku berada di sana, mudah juga untukku bersolat walaupun rata-rata penghuni yang ada di sana terdiri dari orang bukan Islam. Mudah bagi mereka membantuku. Ketika aku tiada alas kain sebagai tempat untukku solat, mereka menghulurkan blanket mereka kepadaku. Tempat yang sempit mereka lapangkan untukku. Meraka tidak kisah malah mungkin biasa melihat orang Islam bersembahyang sebelum ini.
Dan suatu peristiwa yang inginku kongsi bersama. Dialogku bersama seorang brother yang aku agak rapat dengannya sejak awal. Dia berumur sekitar 39 tahun tapi nyata rupanya masih segar muda. Sudah berkeluarga dan beranak lima. Kesnya samun bersenjata dan jika disabitkan bersalah mungkin dia akan dikenakan hukuman hayat, iaitu hukuman kekal di penjarakan sepanjang hayatnya. Ini adalah kesalahannya yang kedua yang menyebabkan dia ditahan polis. Dahulu dia juga pernah dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selama 6 tahun kerana memiliki dadah.
Dan ketika kami saling berkongsi cerita hidup masing-masing, dia lebih banyak menceritakan keadaan keluarganya yang tersayang. Mungkin amat kesal dan runsing memikirkannya maka dia pun mula bercerita tentang pengalamannya di dalam penjara dahulu.
?Izzuddin, kau hafal tak sampai habis surah Yaasin?? soalnya kepadaku.
?Dulu hafallah jugak, tapi tak de lah hafal sampai habis,? jawabku segan. Mungkin soalan ini timbul kerana dia tahu aku ini belajar agama agaknya.
?Kau nak tau tak pengalaman aku dalam penjara Sungai Buloh? Aku duduk sana 6 tahun. Kau bayangkan aku dari tak tau langsung huruf Alif Ba Ta sampai aku dapat hafal 26 Juzu? Al-Qur?an,? sambung ceritanya kepadaku.
?Hebat juga dia ni,? ujarku di dalam hati. Rasa malu pun mula timbul apabila tanpa diminta dia mula membaca Surah Yaasin dihadapanku sehingga habis.
Sedangkan dia bekas banduan yang dipenjara pun mampu menghafal Al-Qur?an, aku yang belajar bertahun-tahun ini satu habuk pun tiada apa.
Banyak sebenarnya aku dapat belajar apabila aku melalui saat yang paling getir di tahan di lokap. Belajar mengenal manusia, belajar mengenal diri sendiri dan labih-lebih lagi aku belajar manganal Allah.
Dalam tempoh seminggu aku direman, aku merasakan yang aku ini lebih dekat dengan Allah berbanding sebelum-sebelumnya. Waktu kita sudah tiada sesiapa di sisi malah tiada siapa yang boleh membantu, waktu tu hanya Allah sahaja yang menjadi peneman hidupku siang dan malam. Aku lebih mudah menangis seorang diri di dalam penjara berbanding sebelum dan sesudah aku dijamin. Air mataku memang cukup murah dan mudah untuk mengalir.
Alhamdulillah, sepanjang malam aku mempunyai kekuatan untuk bangun dan bertahajud. Cukup mengasyikkan apabila kita berseorangan sujud di sebalik pintu besi yang ada. Tatkala itu barulah kita mengetahui bahawa kita ini tidaklah sehebat mana yang pernah kita laungkan.
Sejak aku di tahan hanya 3 malam terakhir yang amat aku rasa nikmatnya bertahajud. Memang perasaan ini tidak pernah aku alami sebelumnya. Begitu juga aku diberi kekuatan untuk berpuasa sunat hari Isnin di dalam lokap. Mungkin tidak pernah lagi mana-mana tahanan yang berpuasa sunat di dalamnya.
Dan ketika malam yang ke enam, selepas aku bangun menunaikan solat tahajud, maka aku pun bertanya kepada pegawai polis yang bertugas pada malam itu. Hajatku ingin tahu sama ada waktu solat subuh sudah masuk atau belum.
?Oit, kau tau tak kau sembahyang salah kiblat?. Kiblat ke depanlah, yang kau sembahyang membelakangkan kiblat kenapa?? tegur polis tersebut kepadaku.
Ya Allah, baru aku tahu, selama 5 hari aku solat di sini rupanya aku tersalah kiblat.
?Mana saya tau bang, dah ada sorang polis tu tunjuk kiblat ni kat saya waktu mula-mula saya masuk dulu,? jawabku spontan.
Mungkin polis itu tidak pernah solat agaknya? Detik hatiku?.
Lake County Investment Properties
10 years ago
No comments:
Post a Comment