Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun BAru

Selamat tahun baru diucapkan kepada pembaca dan followers kalammar.blogspot.com kerana terus sudi membaca coretan saya..

Sekian...

Wednesday, December 30, 2009

Melayu yang Rosak

PAda 24-25 Disember yang lalu, saya sekeluarga pergi ke KL untuk berjalan sempena musim cuti sekolah.
Antara tempat yang dilawati adalah muzium negara, KLCC dan midvalley...
Perkara yang menyedihkan di sini adalah apabila ramai anak melayu yang turut sama untk menyambut perayaan krismas. Bagaimana Saya tahu mereka adalah melayu? Kerana mereka berbahasa Melayu dan rupa wajah mereka seperti Melayu.

Apa yang mereka buat?
Mereka memakai topi Santa...

X boleh pakai ke?
X tau la. Tapi pendapat saya, bagi remaja lelaki ini tidak memakai kopiah atau songkok pada hari raya tetapi pada masa krismas mereka boleh menyarungkan topi santa di kepala. Bagi remaja perempuan pula mereka secara terang-terangan tidak memakai tudung dan tanpa segan silu boleh pula menutup rambut mereka dengan topi santa tu juga... sILAP saya juga kerana tidak mengambil gmbar utk ditunjukkan sebagai bukti.. Maaflah...

Bagaimana sekarang?
X pela. Mungkin mereka ni Melayu Kristian kot. Sebab Melayu sekarang ni x semestinya Islam lagi. Ini berdasarkan bukti kajian yang dilakukan oleh sebuah badan. Apabila mereka meletakkan peratusan orang Melayu adalah 52% tetapi peratusan Islam adalah 50%. JAdi ini membuktikan ramai orang Melayu tidak Islam kerana bangsa lain seperti Cina, India dan kaum lain juga memeluk Islam. Sepatutnya peratusan tersebut lebih tinggi daripada 50%.

Sekian sahaja luahan perasaan aku terhadap bangsa..

SEDARLAAAAHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, December 28, 2009

Underwater Photography

This is the moment I waiting for. To put my beloved gadget under the water to snap some great pics of god creations...
Please have a look, at some of my pics below....
If u have a catchy eyes.. Please spot the pictures which has the fish.. Haha....



This pics were taken at Asahan, during my family day there..
Thank you my beloved Olympus mju Tough-6000...
I love you......

Thursday, December 24, 2009

?Dari Lembah Pantai ke Putrajaya? Vol 5: Kehidupan di Sungai Buloh

Perjalanan dari Mahkamah Jalan Duta menuju ke Penjara Sungai Buloh mengambil masa kira-kira 45 minit. Seingat aku ada lebih 20 orang tahanan yang dimasukkan ke dalam Black Maria, ke semuanya sudah dihadapkan ke mahkamah. Ada di antara mereka yang baru ditahan, ada yang hanya disambung reman dan ada juga yang telah dijatuhkan hukuman.

Dan ketika trak polis tersebut melalui kawalan keselamatan, sedarlah kami bahawa kami sudah sampai ke destinasi yang baru. PENJARA SUNGAI BULOH..

Hati mana yang tidak gentar apabila ketika kami dibawa keluar dari trak polis, benda pertama yang kami pandang ialah tembok batu kelabu yang cukup tinggi. Boleh dikatakan setinggi 100 meter atau lebih. Berlatarbelakangkan gunung-ganang nyata menunjukkan kawasan penjara ini dibina jauh dari kawasan penduduk awam.

Aku dan Syahruldeen bergerak dalam keadaan tangan yang masih bergari memasuki pintu besi yang kecil. Kami disuruh untuk duduk dengan kasar sebelum pemeriksaan keselamatan dilakukan. Setelah dicatat kehadiran dan bilangan semuanya maka kami diarahkan untuk masuk ke pintu utama menuju ke kawasan penjara. Hanya 2 pintu inilah satu-satunya jalan untuk keluar masuk bagi setiap banduan sama ada yang akan dibawa ke mahkamah atau yang bakal dibebaskan.

?Tak sangka yer kita sampai ke penjara ni?. Tak pernah aku terfikir aku akan masuk ke dalam penjara,? berseloroh aku kepada Syahruldeen. Sekadar hendak bergurau walaupun aku tahu perkara ini bukan gurauan sebenarnya.

Tatkala pintu laluan kedua dibuka, kami melihat kawasan yang sangat luas umpama kawasan padang rumput yang menghijau. Memang cukup luas didalamnya. Terdapat juga beberapa blok penempatan yang besar di sekitar kawasan tersebut yang kami percaya tempat semua banduan dikurung selama berada di sana. Perasaan takut, gerun, ngeri, seram dan bermacam-macam lagi perasaan timbul ketika memikirkan suasana tempat kurungan banduan tersebut.

?Buka baju dan beratur!!!? bentak Unit Keselamatan Penjara (UTK).

?BODOH KORANG NI!!!,TAKKAN BENDA NI PUN NAK AJAR!!! BANGANG!!!? tengkingnya lagi. Bagi mereka tiada rasa hormat yang perlu diberi kepada setiap banduan yang ada di sini.

Beraturlah kami sepanjang koridor blok pentadbiran dan rekod. Setiap keluar dan masuk wajib dicatat dan bagi mana-mana tahanan baru akan direkod semua dokumen peribadinya.

? Mohamad Izzuddin Hilmi!!!,? Berderau jantungku apabila namaku dipanggil.

?0309 4242? Ni nombor kau. Kalau kau masuk penjara lagi lepas ni, tak kisahlah 10 ke atau 20 tahun lagi pun masih guna nombor ni. Simpan baik-baik.? Arah pegawai penjara kepadaku.

Nombor ini macam ?berhantu?. Harapnya aku tak akan masuk lagi ke sini dan memang tidak mahu lagi masuk ke sini.

Bagi setiap pendatang baru ke panjara ini, perkara yang wajib dilakukan ialah rambut akan di mesin pendek. Tidak akan ada sebarang kompromi bagi sesiapa yang ingin menyimpan rambut mereka. Puas juga aku minta agar aku tidak di?botak?kan kerana kami hanya satu malam sahaja di sini, namun tidak dilayan. Hampir botak rambutku dibuatnya.

Beberapa perkakas diberikan bagi setiap banduan yang datang ke sini. Sepasang baju penjara berwarna unggu bagi tahanan reman, tilam nipis berserta sarung, blanket nipis sebagai selimut, sabun (dibuat dari kelapa sawit), cawan minum dan gayung untuk mandian.

Melalui fasa ke 2 pemeriksaan keselamatan juga terasa cukup menyusahkan. Setiap barang dan pakaian yang ada pada badan akan ditanggalkan dan diperiksa. Malah setiap tahanan juga wajib melalui mesin scan (seperti yang terdapat di lapangan terbang) bagi memastikan setiap tahanan tidak membawa sebarang senjata berbahaya.

Setelah selesai semua proses tersebut, kami dibawa ke bilik tahanan bersama perkakas yang telah diberikan. Kami terpaksa berjalan berkaki ayam di atas tar yang panas menuju ke sana. Nampak dari jauh kelibat banduan-banduan yang lain berlegar-legar dan melakukan aktiviti sendiri. Tersentuh hati kami melihat kehidupan mereka secara ?live?. Memang tidak sangka, kami diberi peluang oleh Allah untuk hidup bersama-sama mereka di sini walaupun untuk satu malam.

Kawasan penjara yang dibina pada tahun 1996 ini memang cukup luas. Terdapat lebih kurang 8 blok penempatan tahanan di beberapa sudut kawasan penjara ini. Semuanya menempatkan penghuni lelaki dari pelbagai lapisan umur dan bangsa.Bagi setiap blok akan dipagari dengan pagar yang setinggi hampir 60 meter sebanyak 3 atau empat lapis. Boleh kata mustahil bagi sesiapa untuk menerobos keluar dari penjara ini apabila seseorang itu telah memasukinya.

Selain dari blok-blok tahanan, terdapat juga 2 bangunan utama di tengah-tengah kawasan ini yang salah satunya menempatkan tahanan-tahanan yang baru pulang dari mahkamah. Mereka akan dikuarentin selama seminggu bagi memastikan mereka tidak membawa barang-barang yang diseludup ke dalam blok penempatan. Manakala satu lagi blok menempatkan tahanan- tahanan yang akan dibawa ke mahkamah keesokan harinya. Maka di blok kedua inilah kami ditempatkan kerana proses jaminan kami akan dilakukan keesokkan harinya di mahkamah.

Sementara kami dibawa ke penjara tempat kami akan dikurung, gayung mandian kami dikutip semula untuk beberapa ketika. Selang 10 minit kemudian, gayung tersebut dipulangkan semula.

?Ya Allah, ada nasi dalam gayung..?terkejut aku. Tak pernah dibuat orang makan nasi dalam gayung. Memang terkedu kami sebentar. Kami ingatkan gayung ini hanya untuk digunakan untuk mandi, rupanya gayung ini juga digunakan untuk makan. Cukup terasa hina.

Bayangkan keadaan sebegitu di dalam penjara. Pastinya kehidupan tidak semudah yang kita bayangkan.

Itu baru aku kisahkan mengenai gambaran suasana Penjara Sungai Buloh.

Yang pasti pengalaman hidup selama satu malam bersama mereka pasti akan membawa seribu satu pengalaman yang manis dan pahit untuk dikenang.

Wednesday, December 23, 2009

Mercedes GP Petronas



Rasenye macam kurang sesuai je bunyinya bagi team baru ni. Tahniah diucapkan kepada PETRONAS kerana telah berjaya menempatkan diri kepada sebuah team yang mempunyai prospek kemenangan yang tinggi...

Comeback yang dibuat oleh Michael Schumacher sekali gus akan membuatkan pasukan ini menjadi perhatian. Gandingan antara Schumi dan Ross Brawn selaku sifunya dulu ketika bersama Ferrari dijangka akan menambahkan lagi potensi pasukan ini. Tambahan lagi pasukan ini merupakan Juara pada musim lepas..

Maka dengan ini diumumkan secara rasminya saya akan menyokong tean Mercedes GP PETRONAS setelah sekian lama saya menjadi penyokong setia Sauber PETRONAS sehinggalah kepada BMW Sauber selama 10 tahun sejak F1 bermula di Sepang. Bagaimana pula dengan team Lotus 1 Malaysia? Saya akan fikirkan kemudian kerana beberapa faktor. Saya menjangkakan team ini akan berjaya memikat PETRONAS tetapi amat malang nasibnya.

Diharapkan PETRONAS mencapai musim yang cemerlang tahun hadapan dan musim F1 pada tahun hadapan akan menjadi tahun yang paling best...

p/s: harap-harap mase convofair nanti ada jualan merchadise Mercedes GP PETRONAS

Monday, December 21, 2009

?Dari Lembah Pantai ke Putrajaya? Vol 4: Kami dipermainkan..

HARI INI hari Selasa, merupakan hari yang ke-6 aku di lokap Brieckfields. Dan seharusnya aku dibebaskan pada pagi ini. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Aku dibawa bersama Syahruldeen berjumpa dengan IO (Investigate Officer) Najeeb. Ada beberapa urusan yang perlu kami jalani sebelum dibebaskan pagi nanti.

?Izzuddin, Syahruldeen.. pertuduhan korang kami dah tukar. Daripada pertuduhan khianat dengan api yang boleh kena hukum penjara 20 tahun tu kitorang ubah kepada tuduhan ceroboh. Ceroboh ini 3 bulan penjara atau denda bawah RM 1,000 jer,? kata IO Najeeb.

Alhamdulillah, aku dengan Syahruldeen memang bersyukur teramat sangat. Allahu Akbar. Terasa setiap doa kami selama seminggu ini agar dipermudahkan diperkenankan Allah. Memang Allah permudahkan urusan kami setakat ini. Mungkin pihak polis tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk buat dakwaan atas pertuduhan yang pertama tadi menyebabkan pertuduhan tersebut terpaksa ditukar.

Bayangkan sepanjang kami ditahan, terasa yang kami ini betul-betul teraniaya. Kami tidak tahu langsung apa hak-hak kami sepanjang ditahan. Hak untuk mendapatkan khidmat peguam juga disekat, hak untuk dimaklumkan tentang penahanan kami kepada keluarga sendiri juga dinafikan. Keluarga aku pun hanya tahu aku ditahan di dalam lokap hanya selepas 4 hari aku di tahan. Tiada siapa pun yang tahu aku dimana sepanjang tempoh itu. Kalau aku mati di dalam lokap, mungkin aku mati ?kering? seorang diri sahaja.

Balik dari sesi bersama IO pukul 4 pagi, kami dimasukkan semula ke dalam lokap. Aku diletakkan di lokap Brickfiels dan Syahruldeen pula di lokap Taman Tun Dr. Ismail. Sebelum kami berpisah sempat juga aku berpesan kepada Syahruldeen.

?Ingat Deen, solat Tahajjud malam ni. Doa banyak-banyak. Sujud syukur jangan tinggal. Allah dah banyak bantu kita seminggu ni. Insyaallah, pagi nanti kita akan dilepaskan.? Pesanku kepadanya.

Sememangnya pagi itu pagi yang paling ceria bagiku di dalam lokap. Insyaallah, kuat hatiku mengatakan yang ujian dari Allah akan berakhir. Malam itu kebetulan lokap penuh dengan OKT, aku pun cume dapat ruang yang kecil untuk solat sebentar. Ruang itu pun kebetulan memang tiada orang yang tidur di situ. Betul-betul berada di hadapan tandas dan lantainya agak basah. Sanggup atau tidak untukku bersujud di situ bukan alasan, yang pasti hanya aku ingin sujud pagi itu, sujud tanda syukurku kepada Allah.

Dan pagi itu kami berdua dibawa semula menaiki trak polis dalam keadaan berhimpit ke Mahkamah Jalan Duta untuk dijamin. Dengan rantai gari sepanjang 2 meter yang membolehkan seramai 6 orang digari sekali gus, kami dibawa ke mahkamah.

Kami dimaklumkan bahawa semua yang terlibat sudah hadir. Hakim, pendakwaraya, peguambela, keluarga dan penjamin sudah datang seawal pukul 8.30 pagi lagi. Tidak sabar kami untuk berjumpa dengan keluarga masing-masing kerana sepanjang tempoh penahanan sememangnya kami tidak diizinkan untuk berjumpa walau sekejap. Namun bukan semudah itu perjalanan kami hari tersebut.

Masa sudah menunjukkan pukul 12 tengahari, boleh dikatakan semua OKT yang dibawa ke Mahkamah sudah dihadapkan ke hakim. Cuma kami berdua sahaja yang entah tidak tahu untung nasib kami. Kami dimaklumkan bahawa IO Najeeb yang incharge kes kami terpaksa pergi ke Putrajaya. Memang pelik. Seharusnya dia bersama di mahkamah kerana dia merupakan orang yang paling penting terhadap pendakwaan kami. Hati aku sudah mula tidak sedap tengahari itu.

Dalam pukul 12.30 tengahari, kami dibawa pulang ke IPD Brickfields.Aku masih ingat ada seorang anggota polis yang manis mulutnya meminta aku ?belanjanya duit kopi? dengan alasan dia sudah membantuku sehingga aku dijamin. Minta duit suapanlah tu. Punyalah seronok dia mendapat duit RM 10.

Begitu juga sewaktu dompetku dipulangkan semula. Seingatku duit yang ada dalam dompet aku semasa aku ditahan sebanyak RM147.00. Memang aku pasti kerana aku sendiri yang mengiranya beberapa kali. Tetapi apabila aku menerimanya kembali, hilang 2 keping duit merah.

?Tuan, duit saya tak cukup ni tuan, tak cukup 20 ringgit lagi,? adu aku kepada anggota polis di sana.

?Diamlah kau. Ambil saja apa yang ada, jangan banyak tanya,? tengking anggota polis tersebut secara tak beradab.

Aku terdiam. Aku rasa aku tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi apa yang boleh aku buat? Aku hanya boleh diam sahaja. Biarkan.. Yang haram itu tetap haram, tak akan yang haram itu bertukar halal.

Pukul 1 petang, aku masih belum dibebaskan lagi sepertimana yang dijanjikan. Hanya kerana IO aku tiada di mahkamah kerana terpaksa pergi ke Putrajaya. Maka aku pun dipindahkan ke lokap Balai Polis Pantai. Lokap kedua aku sepanjang aku ditahan. Lokapnya baru diperbaiki, jauh lebih baik dari lokap Brickfields. Tetapi yang sayangnya tandasnya tetap tidak berpintu. Bukan setakat tiada pintu, dinding pun tiada.

?Tak sanggup aku buang air kat sini,? detik hatiku.

Merasa juga aku duduk di sana sejam dua. Yang pasti CCTV sentiasa memantau setiap gerak laku kami. Apa sahaja yang kami lakukan akan dipantau sehinggakan bilik air yang tiada dinding itu pun ada terpasang CCTV. Memang tidak selesa.

Dalam pukul 4 petang, sekali lagi nama aku dipanggil dengan kasar. Biasalah seminggu ini, tekanan, makian malah lebih dari itu aku pernah kena. Sudah bebal telinga aku menahannya.

Dalam keadaan tergesa-gesa aku bersama Syahruldeen dibawa menaiki kereta polis ke Mahkamah Jalan Duta. Baru petang ini IO aku muncul selepas dia menghilangkan diri pagi tadi.Munculnya bukan dengan tangan kosong, tetapi munculnya dengan membawa ?hadiah yang cukup bermakna? kepada kami.

?Izzuddin dan Syahruldeen, kamu dituduh dengan 4 pertuduhan serentak. KHIANAT DENGAN API, CUBAAN KHIANAT, CEROBOH JENAYAH DAN KESALAHAN LALU LINTAS..,?

Kami terkedu?

?Ya Allah, macam mana ni tuan, pagi tadi tuan janji nak tukar pertuduhan kami jadi ringan? Macam mana pertuduhan kami boleh tiba-tiba menjadi 4 selepas tuan balik dari Putrajaya?,? soal kami kepadanya.

?Susahlah nak cakap.? Hanya itu sahaja jawapan yang terpancul dari mulutnya.

Aku dengan Syahruldeen sudah rasa ada yang tidak kena dengan kes kami ini.Jam pula sudah menunjukkan pukul 4.15 petang. Baru sahaja prosiding mahkaman hendah bermula. Sebutan pertuduhan kami dibaca satu-persatu. Semuanya kami nafikan dan mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.

Agak terkejut sebenarnya pada patang itu kami diwakili oleh 2 orang peguam. Kami tidak dimaklumkan tentang kehadiran peguam yang akan mewakili kami. Malah menurut cerita sebenarnya, polis sendiri yang menasihatkan kepada ibu bapa kami agar tidak perlu menyediakan peguam. Tidak perlu katanya, mudah cerita.

Nasib baik ada bekas student yang bersusah payah mencari peguam untuk kami. Terima kasih. Jika tidak pasti kami tertipu lagi.

Namun disebabkan sebutan kes kami bermula lewat maka urusan jaminan tidak dapat dilakukan pada petang itu dengan alasan kaunter bank sudah ditutup. Maka mahu atau tidak kami terpaksa ditempatkan di PENJARA SUNGAI BULOH.

?Biar betul, takkan kena pergi penjara pula kami ni,? terkejut kami.

Waktu itu memang kami rasa kami ini betul-betul kena aniaya. Memang betul-betul kena aniaya dengan orang yang kononnya lebih berkuasa dengan kami.

?Takpe lah Deen, ini semua kerja manusia.. Kerja Allah itu lagi hebat dan lagi adil,? pesanku kepada Syahruldeen.

Lantas secepat itu kami dipisahkan dari keluarga kami. Dibawa menuju ke tingkat bawah bertemu dengan puluhan banduan yang akan dibawa ke penjara. Cukup menakutkan ketika itu.

Tangan kami digari bersama puluhan yang lain. Beratur bersama menaiki trak polis yang cukup besar yang biasanya diistilahkan sebagai BLACK MARIA. Trak yang ditutup dari setiap sudut dan hanya mempunyai beberapa liang udara sahaja untuk bernafas. Cukup panas didalamnya. Tidakku sangka kami akan menaiki trak polis yang selalu mengangkut penjenayah-penjenayah lain.

Adakah kami ini penjenayah? Adakah kes membunuh orang? Aku sebenarnya dianiaya. Adakah itu merupakan suatu jenayah?

Bersesak-sesak kami di dalam Black Maria menuju ke Penjara Sungai Buloh. Hampir 30 Minit perjalanan ke sana. Sairen polis dibunyikan tanpa henti sepanjang kami melalui lebuhraya. Dan setibanya kami di pintu depan penjara, kami diarahkan untuk turun.

Aku dan Syahruldeen mengadap tembok besar Penjara Sungai Buloh. Tergamam kami melihatnya.

?Tak sangka ye Deen kita ke sini,? bisikku kepadanya.

?Ya, akhirnya kita ke sini,? sahutnya.

Tembok tinggi penjara itu kami tenung, entah apa yang menanti kami di dalamnya.

Saturday, December 19, 2009

Siapakah Izzuddin Hilmi?

Izzuddin Hilmi ialah antara Orang Kena Tuduh (OKT) utama dalam kes berhubung dengan contengan ?Rosmah Puaka?. Beliau didakwa diseksa dan tidak mendapat hak sebagai tahanan termasuk khidmat peguam dan makluman ibu bapa semasa dalam tahanan dan sesi soal jawab polis. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin dan kini masih menunggu perbicaraan sehingga 13 Disember.

Thursday, December 17, 2009

Kemenangan Malaysia

Sungguh berat tugas yang dipikul oleh Skuad Bolasepak Malaysia setelah melangkah ke perlawanan akhir sukan SEA di Laos. Saya percaya sekiranya Malaysia tidak berjaya ke final sudah tentu skuad ini tidak akan dipandang. Sekarang setelah tempat di final sudah disahkan harapan menggunung rakyat Malaysia digalas di bahu setiap pemain.

Pagi tadi semasa membuka radio, rata-rata topik bualan stesen radio berkisar kepada perlawanan akhir menentang vietnam. Rata-rata rakyat Malaysia yakin Malaysia mampu menundukkan vietnam dengan jaringan yang sama ketika perlawanan sebelumnya. Ingatlah, jangan terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada skuad ini. Ini kerana untuk mengurangkan tekanan kepada mereka ketika bermain nanti. Saya percaya antara ramuan kejayaan sebelum ini adalah kerana mereka bermain secara total tanpa merasa sebarang tekanan.

Apa-apa pun sambutan Maal Hijrah jangan dilupakan, Islam adalah segala-galanya.

Wassalam....

Wednesday, December 16, 2009

?Dari Lembah Pantai ke Putrajaya? Vol 3: Dan aku mula bercakap..

Pengalaman hidup bersama dengan OKT (Orang Kena Tuduh) sepanjang proses reman selama 6 malam di lokap Brickfield sememangnya merupakan pengalaman yang cukup menarik kepadaku. Hampir boleh aku katakan kami ini seumpama sebuah keluarga kecil yang saling cuba memahami kisah hidup masing-masing. Latar hidup yang pelbagai serta etnik kaum yang berbeza meyebabkan keinginan untuk berkongsi suka-duka sememangnya meninggi.

Tidak aku katakan setiap perkongsian itu semuanya bagus dan baik. Malah ada juga beberapa kisah yang agak tidak selesa malah tidak pernah dijangka akan aku temui sepanjang bersama mereka.

Duduk bersama ?masyarakat sebenar? yang berada di luar tidak sama dengan sepanjang proses kehidupan aku selama ini. Mengetahui persepsi masyarakat dan nilai-nilai sebenar yang ada pada diri mereka membuka jelas membuka dimensi pemikiranku dari sudut yang baru.

Satu pengalamanku berada di sana, 2 orang remaja berumur 19 tahun yang pernah aku perkenalkan namanya sebelum ini, agak menarik untuk aku ceritakan sebagai pengajaran. Dari berkongsi siapa diri mereka sehingga menyentuh hal-hal peribadi yang agak sensetif menjadi topik perbincangan kami.

Di saat itu aku berjumpa dengan remaja Melayu Islam yang bercerita tentang kisah kehilangan ?teruna? mereka bersama pasangan masing-masing walaupun umur mereka baru belasan tahun. Bagi mereka itu merupakan suatu kebanggaan dan kepuasan. Seronok bertukar-tukar perempuan malah agak mengejutkan ada pasangan mereka berlainan bangsa malah berlainan agama.

?Korang tak rasa risau atau takut ker buat benda-benda macam tu?. Mak bapak kau tak tau ker?? cetus soalan dari mulutku.

?Alah, pandai-pandailah cover, kalau mengandung kahwin je lah. Apa susah?? jawabnya spontan.

?Ada seorang awek aku tu dah mengandung 2 bulan dah. Entah lah, dia kata itu anak aku. Tengoklah nanti, aku tak nak mengaku. Karang tak pasal-pasal aku pulak yang kena tanggung,? jawab seorang remaja lelaki yang lain.

Mengucap panjang aku. Mudahnya bagi mereka cakap begitu. Tidak timbul langsung perasaan malu dalam diri mereka Berbincang mengenai topik tersebut sebenarnya agak menjengkelkan. Banyak lagi sebenarnya butir bicara yang kami bualkan tapi cukuplah bagiku untuk mencoretnya disini. Selebihnya tidak perlu aku kisahkan. Barangkali di luar sana lebih banyak kisah-kisah yang berlaku cuma kita yang tidak pernah ambil tahu.

Hidup di dalam lokap sememangnya amat terdesak. Keadaan lokap yang sempit dan kotor, layanan polis yang kasar tanpa rasa hormat kepada tahanan dan banyak lagi.

Suatu ketika aku melihat terlampau terdesaknya mereka di sana. Cukuplah untuk mendapatkan rokok di dalam tahanan, mereka sanggup buat apa sahaja. Bayangkan untuk mendapatkan 2 kotak rokok berharga RM250 malah untuk mendapatkan 2 batang sahaja berharga RM 20. Percaya atau tidak terpulanglah. Tetapi itulah hakikanya yang aku luhat sendiri. Tidak perlu aku nyatakan siapa yang berlibat menyeludup rokok-rokok tersebut sepanjang kami berada di Lokap Polis Brickfield tersebut. Buatlah andaian dan tekaan sendiri.

Begitu juga kisah Uncle Lim yang pernah aku kisahkan juga sebelum ini. Kisah seorang CEO sebuah syarikat yang amat besar. Pengalaman mengurus syarikat selama lebih puluhan tahun malah terlibat dengan pelbagai lapangan bisnes membuatkannya benar-benar matang. Uncle Lim difitnah oleh adik iparnya melibatkan kes penyelewengan hampir jutaan Ringgit.

Dengan dialah aku selalu berkongsi. Dengan adanya dia bersama antara salah satu sebab aku mampu bertahan selama seminggu di dalam lokap ini. Sehinggakan hari ke lima iaitu hari ahad, aku mengadu kepadanya bahawa aku sememangnya sudah hampir tidak tahan dengan kehidupan aku disini. Remanku seharusnya habis pada hari ahad sedangkan polis beria-ia ingin menyambung remanku selama 4 hari lagi. Cukup tertekan dan merunsingkan malah aku mengharap sangat dapat keluar hari itu juga.

?YOU HAVE TO SET YOUR MIND. ITS ALL ABOUT YOUR MINDSET. IF YOU CAN CONTROL IT AND BE READY TO BE FREE FOR OTHER 4 DAYS. YOU MAY BE TOUGH ENOUGH,? katanya padaku.

? Izzuddin, you kena kuat. Jangan mengharap yang you akan lepas hari ini. Tak semudah itu sebenarnya.?

?Mindsetkan? fikiran you yang you akan lepas hari selasa atau rabu. Kalau betul you akan lepas hari selasa, then you dah bersedia. Tapi kalau you lepas hari ini, anggaplah itu bonus,? katanya kepadaku lagi.

Bila aku renung semula kata-katanya, betul juga apa yang dia katakan. ITS ALL ABOUT OUR MINDSET. Bagaimana kita mampu kontrol pemikiran kita untuk menerima sesuatu yang melangkau kemampuan kita sebelum ini. Aku juga teringat inilah perkara yang sering ditaman dan didoktrin oleh senior-senior dalam siri-siri ?latihan kepimpinan? aku sebelum ini. Perkaranya sama sahaja.

Dan itu yang menjadi bekalanku sepanjang beberapa hari lagi aku di sini?

Bukan mudah nak bertahan dengan ujian ini. Memang susah?

Tetapi Alhamdulillah, banyak yang Allah permudahkan?

Alhamdulillah?

Tuesday, December 15, 2009

?Dari Lembah Pantai ke Putrajaya? Vol 2: Ibadahku dalam tahanan

Hanya beralaskan ?blanket? (kain kasar yang tidak berapa tebal) sebagai lapit antara badan dan juga lantai simen yang sejuk membuatkan kehidupan aku di dalam lokap ini hanya ala kadar sahaja. Lantainya sentiasa lembab dan basah pasti menyebabkan sesiapa pun berasa geli untuk memijaknya buat kali pertama.

Namun perkara yang paling aku jaga sepanjang aku berada di sini ialah solat. Bayangkan pada hari pertama aku dipenjara aku solat sebanyak 7 waktu sehari semalam dek kerana aku hanya berpandukan kepada lubang udara sebagai ?jam semulajadi? untukku menjengah ke langit dan mengagak waktu solat. Sepasang baju lokap berwarna oren aku jaga sebersih mungkin bagi membolehkan aku bersolat dengannya sepanjang aku berada di sini. Tandas yang kotor dan sentiasa berbau ?hancing? dan digunakan oleh hampir 20 orang tahanan pada satu-satu masa pasti menyebabkan aku was-was untuk mengambil wudu? di situ pada awalnya. Begitu payahnya hidup dalam keadaan darurat untuk terus istiqamah menjaga waktu solat.

Sepanjang seminggu aku di sana, seingatku hanya aku seorang sahaja yang solat di sudut hujung lokap itu. Bukan kerana tiada muslim lain yang ditahan sama, tapi alasan mereka cukup mudah;

?Baju kitorang ni kotorlah, tak boleh bawak sembahyang? tak sah sembahyang baju kotor.?

Pandai juga mereka menjawab bila aku mengajak mereka solat bersama-sama. Memang dari segi hukum baju yang kami pakai pasti kotor dan menanggung najis. Baju yang diberikan itulah yang kami pakai selama seminggu tanpa tukar ganti. Kalau nak diikutkan, mana sah solat berpakaian kotor.

Tapi dari sudut yang lain, tanggungjawab untuk solat itu tetap wajib. Suasana yang memaksa kita untuk berpakaian sebegitu. Malah tanggungjawab untuk mendirikan solat jauh lebih besar dari menjaga pakaian agar bersih. Bagi aku, ianya sudah menjadi rukhsah. Tetap aku solat walau bagaimana keadaannya sekalipun.

Cuma yang menjadi kenangan bagiku sepanjang aku di dalam lokap, seorang tahanan yang turut berada di sana berasal dari Pakistan. Dia tidaklah fasih berbahasa Melayu kerana tidak sampai setahun bekerja di Malaysia, Namun aku pasti dia beragama Islam. Puas juga aku mengajaknya solat bersama denganku. Sepatah-sepatah aku bercakap dengannya. Mungkin dia faham dan mungkin juga tidak. Banyak jugak songeh mamat Pakistan ini. Malas jugak dia nak solat.

Tetapi entah mengapa (kalau tidak silap aku pada hari yang ke 3 aku berada di sana) ketika aku sedang solat maghrib berseorangan tiba-tiba Mamat Pakistan ini berdiri di sebelah kananku. Terlampau rapat. Mungkin disebabkan tempat ini sempit maka dia merapatkan dirinya kepadaku. Terus menerus aku menyempurnakan solatku sehingga selesai.

Dan tatkala aku selesai memberi salam di penghujung solatku, dia terus bangkit. Baru aku sedar yang dia juga bersolat berimamkan aku sejak tadi. Tidak terkata aku sejenak, terdiam dan hanya memerhati dia solat. Sungguh aku katakan, aku terus sujud tanda syukur tidak terhingga. Aku menangis dalam sujudku. Betapa besar nikmatnya aku rasakan apabila berjaya mengajaknya untuk solat bersama-samaku.

Dan keesokannya dia pun dibebaskan keluar. Bebas untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.

Alhamdulillah, sepanjang aku berada di sana, mudah juga untukku bersolat walaupun rata-rata penghuni yang ada di sana terdiri dari orang bukan Islam. Mudah bagi mereka membantuku. Ketika aku tiada alas kain sebagai tempat untukku solat, mereka menghulurkan blanket mereka kepadaku. Tempat yang sempit mereka lapangkan untukku. Meraka tidak kisah malah mungkin biasa melihat orang Islam bersembahyang sebelum ini.

Dan suatu peristiwa yang inginku kongsi bersama. Dialogku bersama seorang brother yang aku agak rapat dengannya sejak awal. Dia berumur sekitar 39 tahun tapi nyata rupanya masih segar muda. Sudah berkeluarga dan beranak lima. Kesnya samun bersenjata dan jika disabitkan bersalah mungkin dia akan dikenakan hukuman hayat, iaitu hukuman kekal di penjarakan sepanjang hayatnya. Ini adalah kesalahannya yang kedua yang menyebabkan dia ditahan polis. Dahulu dia juga pernah dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selama 6 tahun kerana memiliki dadah.

Dan ketika kami saling berkongsi cerita hidup masing-masing, dia lebih banyak menceritakan keadaan keluarganya yang tersayang. Mungkin amat kesal dan runsing memikirkannya maka dia pun mula bercerita tentang pengalamannya di dalam penjara dahulu.

?Izzuddin, kau hafal tak sampai habis surah Yaasin?? soalnya kepadaku.

?Dulu hafallah jugak, tapi tak de lah hafal sampai habis,? jawabku segan. Mungkin soalan ini timbul kerana dia tahu aku ini belajar agama agaknya.

?Kau nak tau tak pengalaman aku dalam penjara Sungai Buloh? Aku duduk sana 6 tahun. Kau bayangkan aku dari tak tau langsung huruf Alif Ba Ta sampai aku dapat hafal 26 Juzu? Al-Qur?an,? sambung ceritanya kepadaku.

?Hebat juga dia ni,? ujarku di dalam hati. Rasa malu pun mula timbul apabila tanpa diminta dia mula membaca Surah Yaasin dihadapanku sehingga habis.

Sedangkan dia bekas banduan yang dipenjara pun mampu menghafal Al-Qur?an, aku yang belajar bertahun-tahun ini satu habuk pun tiada apa.

Banyak sebenarnya aku dapat belajar apabila aku melalui saat yang paling getir di tahan di lokap. Belajar mengenal manusia, belajar mengenal diri sendiri dan labih-lebih lagi aku belajar manganal Allah.

Dalam tempoh seminggu aku direman, aku merasakan yang aku ini lebih dekat dengan Allah berbanding sebelum-sebelumnya. Waktu kita sudah tiada sesiapa di sisi malah tiada siapa yang boleh membantu, waktu tu hanya Allah sahaja yang menjadi peneman hidupku siang dan malam. Aku lebih mudah menangis seorang diri di dalam penjara berbanding sebelum dan sesudah aku dijamin. Air mataku memang cukup murah dan mudah untuk mengalir.

Alhamdulillah, sepanjang malam aku mempunyai kekuatan untuk bangun dan bertahajud. Cukup mengasyikkan apabila kita berseorangan sujud di sebalik pintu besi yang ada. Tatkala itu barulah kita mengetahui bahawa kita ini tidaklah sehebat mana yang pernah kita laungkan.

Sejak aku di tahan hanya 3 malam terakhir yang amat aku rasa nikmatnya bertahajud. Memang perasaan ini tidak pernah aku alami sebelumnya. Begitu juga aku diberi kekuatan untuk berpuasa sunat hari Isnin di dalam lokap. Mungkin tidak pernah lagi mana-mana tahanan yang berpuasa sunat di dalamnya.

Dan ketika malam yang ke enam, selepas aku bangun menunaikan solat tahajud, maka aku pun bertanya kepada pegawai polis yang bertugas pada malam itu. Hajatku ingin tahu sama ada waktu solat subuh sudah masuk atau belum.

?Oit, kau tau tak kau sembahyang salah kiblat?. Kiblat ke depanlah, yang kau sembahyang membelakangkan kiblat kenapa?? tegur polis tersebut kepadaku.

Ya Allah, baru aku tahu, selama 5 hari aku solat di sini rupanya aku tersalah kiblat.

?Mana saya tau bang, dah ada sorang polis tu tunjuk kiblat ni kat saya waktu mula-mula saya masuk dulu,? jawabku spontan.

Mungkin polis itu tidak pernah solat agaknya? Detik hatiku?.

Monday, December 14, 2009

Malaysia ke Final Bolasepak Sukan Sea di Laos



Malaysia pada malam ini telah berjaya menewaskan Laos selaku tuan rumah di hadapan ribuan penonton di Stadium Nasional laos. Malaysia menang dengan jaringan 3-1. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar, 2 gol dan lain-lain tu saya x tau plak... X sempat nk tgk game ni.. Terlupe plak ade game tadi.. Kol 9.30 tadi bru on tv.. Pape pon tahniah Malaysia. Semoga mendapat emas menentang Vietnam yang telah menewaskan Singapore... Kali terakhir Malaysia layak ke final adalah pada 2001 semasa Malaysia menjadi tuan rumah.


?Dari Lembah Pantai ke Putrajaya? Vol 1: Pengalaman hidup di sebalik gerigi besi

Oleh: Mohd Izzuddin Hilmi*

Ingin benar saya kongsikan pengalaman sepanjang tempoh Allah menguji saya dengan ujian yang berat ini. Siapa sangka manusia yang bernama Izzuddin Hilmi ini ditakdirkan Allah untuk ?terpilih? mendekam di sebalik gerigi besi selama 6 malam di lokap polis Brickfield malah diberi kesempatan untuk menembusi tembok tinggi Penjara Sungai Buloh dan bermalam di sana bersama dengan seribu satu ragam banduan yang tidak pernah terfikir oleh saya untuk bersama mereka selama ini.

Bukanlah niat saya menulis untuk berbangga jauh sekali untuk membuatkan sesiapa yang membaca kagum dengan diri ini, akan tetapi apa yang ingin saya kongsikan sangat-sangat dengan yang lain sebahagian liku-liku kehidupan saya yang tersulam dalamnya perit jerih hidup sebagai tahanan malah tersisip juga di celahnya senyum tawa yang tidak seberapa.

Dan tatkala kedengaran selakan pintu besi berlaga dengan keras dan pintu gerigi besi dibuka, maka sedarlah diriku bahawa di dalam lokap ini bakal menjadi tmpat bermalamku selama beberapa hari ini. Hati aku resah melihat beberapa orang tahanan yang lain yang dalam ingatanku sekitar 11 orang semuanya menjeling ke arahku ketikaku masuk. Seorang cina tua (yang aku panggil Uncle Lim) melihat aku kehairanan dari satu sudut kecil di dalam lokap itu. Begitu juga 7 orang India dan 5 orang Melayu turut sama kelihatan di sana.

Aku tahu bahawa aku perlu melalui situasi ini kerana secara pasti aku sudah ada di sini.Aku juga mengetahui bahawa suasana di sebalik gerigi besi yang gelap ini menjanjikan suatu bentuk tekanan yang dasyat kepada setiap yang menghuninya.

Lokap yang terdiri dari 3 ruang utama yang dipisah dengan dinding batu, tandas yang sememangnya tidak berpintu, keadaan lokap suram dan hanya terdapat beberapa lubang kecil sebagai tempat pengaliran udara dan ketidakselesaan tidur beralaskan simen memang membuatkan hatiku resah dan fikiranku tertekan. Tidakku sangka di sini aku sekarang berada.

Perkara pertama yang aku lakukan apabila melangkah masuk ke sini ialah menunaikan solat fardhu Zohor, solat pertamaku sebagai seorang tahanan sememangnya meruntun jiwaku ini. di sebalik lubang udara itulah aku mengagak masuknya waktu solat.Yang ku harap hanya satu, semoga Allah kuatkan hatiku dan persiapkan diriku ini selama beberapa hari disini.

Hari pertamaku bermula dengan mengenali penghuni-penghuni di sini. Uncle Lim, seperti mana yang aku coretkan sebelum ini, tidakku sangka merupakan CEO sebuah syarikat besar di ibukota. Kesnya melibatkan penipuan berjuta-juta Ringgit duit syarikatnya, namun Uncle Lim menafikan tuduhan itu, sedangkan dia difitnah oleh adik iparnya sendiri katanya.

Osun A/L Kayan (orang Serawak) dan Malik Ridwan sepasang kawan baik. Baru berusia 19 tahun. Kes mereka mencuri RAM komputer yang nilainya tidak sampai seratus ringgit pun. Tetapi tuduhan yang dikenakan dibawah seksyen 308 (mencuri dalam Bangunan) dan boleh didenda sampai RM3000. Memang tidak berbaloi kes mereka.

Ada juga kes memiliki kereta curi. Nun, jauh di tahan di Bukit Kayu Hitam dan dihantar terus ke IPD Brickfield. Kes samun bersenjata pun ada. Ikut hukumannya, penjara hayat. Dari apa yang aku faham hukuman ini menyebabkan seseorang itu dipenjarakan sepanjang hayat mereka. Andai mereka mati di sana, barulah jenazah mereka berpeluang untuk dibawa ?keluar? dari penjara. Begitu juga dengan kes-kes lain yang sempat aku bertanya kepada penghuni di sini. Dan apabila aku renungi, aku rasakan memang Allah pilih aku untuk duduk bersama dengan mereka, menyelam dan memahami kisah hidup manusia yang jarang aku jumpa selama ini.

Dan tiba waktu makan, mungkin sekitar jam 6.30 petang, pintu lokap dibuka. Maka berebutlah setiap penghuni mengambil makanan yang ada. Nasi berlaukkan sayur taugeh dan sebiji telur, sebungkus kuah sup yang masin pengganti kicap dan air masak yang dibungkus dengan plastik menjadi hidangan kami malam ini. Dan malam pertama di sini kami habiskan dengan berkongsi kisah hidup masing-masing. Setiap suka-duka, kisah silam, dan tidak kurang juga penyesalan yang lahir tulus dari hati setiap mereka menjadi perkongsian kami.

Yang pastinya, aku merasakan yang sekarang ini Allah memperlihatkan kepadaku situasi sebenar masyarakat yang ada.

Tuesday, December 8, 2009

2nd Visit

Aku tengok ramai rakan2 aku yang tidak mengupdate blognya kebelakangan ini. Adakah mungkin kerana 2nd visit ni?

Tapi aku pulak boleh lagi update blog dan tambah countdown Melaka Maju 2010. Kenapa aku letak countdown tersebut?
Kerana aku adalah anak Melaka...
huhuhu..

ok la..
da kol 12 ni..
esok nk keje..
bye..
wassalam....

Wednesday, December 2, 2009

Sedekad pemerintahan D.S Ali Rustam



Tahniah kepada D.S. Ali kerana hari ini genap pemerintahan anda di Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia...



kini anda telah mendapat jolokan arkitek pembangunan negeri Melaka.



Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Visi anda tercapai iaitu Melaka mencapai status Melaka Maju 2010...



HEIL ALI
!!!



SIEG HEIL!!!