Tuesday, May 26, 2009
pasca penaklukan
Monday, May 18, 2009
Penaklukan Konstantinopal
Bahkan dalam membangunkan benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turut menghulurkan tangan untuk membantu mengangkat batu dan pasirnya. Setelah persiapan rapi, bermulalah penyerbuan ke atas Konstantinopel. Perang yang hebat berkecamuk yang telah berlangsung lebih satu bulan, belum pun menampakkan tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut, kerana ditaut oleh pasukan Romawi yang memasang rantai-rantai besar dan panjang hingga menghalang kapal mendekatinya.
"Wahai Guruku, bilakah saat yang dijanjikan itu akan tiba?"Tanya Muhammad Al-Fateh dalam suasana tidak jelas itu kepada gurunya Syeikh Syamsuddin Al Wali.
"Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi!"Jawab Syeikh Syamsuddin.
Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau makin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan pada Allah dan mengajak tenteranya melaksanakan hal yang serupa, sebab hanya orang bertaqwa yang mendapat bantuan Tuhan. Maka pada suatu malam Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Jurutera Sultan telah menemui inovasi teknologi yang boleh disebut penemuan terbesar zaman itu. Iaitu, mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat.
Gambaran ketika usaha menarik kapal melalui bukit sejauh 3 batu
Dengan mengelilingi selat pada tengah malam, tibalah kapat-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bahagian belakang benteng Konstantinopel.
Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategik kerana dilindungi oleh benteng alam, iaitu bukit-bukit. Kapal-kapal tentera Islam berjumlah 70 buah mendarat di Semenanjung Pera di pinggir bukit itu dan berusaha mendakinya. Di situlah terjadilah keajaiban yang merupakan karamah bantuan Allah SWT pada malam itu. Secara lahiriah, meskipun kapal-kapal itu dapat 'dipaksa' berjalan di darat dengan menggunakan balok-balok kayu raksasa tetapi untuk mendaki bukit membawa 70 kapal layar berukuran besar dalam tempoh beberapa jam adalah suatu hal yang mustahil.
Bukit yang ditarah untuk menarik 70 buah kapal
Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukanlah berjalan di darat tetapi se akan-akan melayang mendaki dan menyusuri bukit-bukau sejauh 16 km sampai di Golden Horn, sehingga operasi pendaratan 5,000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat.
Gambaran peta Teluk Golden Horn
Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopel. Paginya, pada hari Selasa 29 Mei 1453 Konstantinopel takluk ke tangan tentara Islam, di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Makam mulia Sultan Muhammad Al Fateh.
Sunday, May 17, 2009
Sultan Muhammad Fateh
"Akan dibuka Kota Konstantinopal (Istanbul) oleh tentera Islam. Maka sebaik-baik panglimanya adalah panglima yang buka kota tersebut dan sebaik-baik tentera adalah yang membuka kota tersebut."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Siapakah Sultan Muhammad Fateh?
Potret Sultan Muhammad Al Fateh
Sultan Muhammad Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432. Ketika berita lahirnya beliau sampai, ayahnya Sultan Murad sedang membaca Al-Quran tepat pada Surah Al-Fath ayat 1 bermaksud
"Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"
Waktu itu Sultan Murad sedang mempersiapkan penyerbuan ke atas Konstantinopal.
Di bawah disertakan sedikit info tentang SULTAN MUHAMMAD FATEH:
- Sebelum Konstantinopal berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Fateh, percubaan oleh tentera Islam telah dilakukan tidak kurang dari enam kali.
- Cuba teka berapakah umur beliau semasa membuka konstantinopal?
- Beliau berumur 24 (<--- sila highlight untuk mengetahui jawapannya)tahun semasa membuka Kota Konstantinopal. Ada yang mengatakan umur beliau adalah sekitar 21 atau 24 tahun. Misi yang dibuat beliau bukanlah misi biasa tetapi misi yang perlukan keazaman dan kekuatan yang tinggi. Pepatah arab ada mengatakan "Renungkan orang yang tiada apa-apa tidak boleh memberi apa-apa " Jadi renungkanlah apakah yang telah kita telah sumbangkan sesuatu untuk agama kita.
- Beliau dilahirkan daripada keluarga diraja, Bapanya merupakan Sultan Murad II
- Guru beliau adalah Syamsudin Al Wali, berketurunan saidina Abu Bakar. Latihan disiplin yang sangat keras diberikan kepada Sultan Muhammad. Kesusahan perlu diatasi untuk mengecapi kesenangan. Maka bila ada kesusahan, perlu mengatasi cabaran, untuk mengatasi cabaran perlukan keyakinan.
- Beliau juga mahair dalam ilmu matematik. Beliau mengadaptasi ilmu matematik ke dalam ilmu peperangan. Beliau telah mereka cipta meriam yang sangat besar. Pada masa itu, meriam merupakan senjata yang baru dan tercanggih. Berat peluru meriam tersebut dikatakan seberat 300kg dan boleh menepati sasaran sehingga 1 batu (1.6km) jauhnya. Pada masa ini peperangan berlaku di laut.
Tembok Byzantine dan Meriam Diraja yang digunakan
- Kehebatan beliau sebagai panglima perang juga disebut oleh sejarawan barat. Beliau diakui sebagai Ketua Panglima Perang yang sangat hebat dari sudut logistik.
- Seramai 700 orang diperlukan untuk menggerakkan meriam tersebut.
- Seramai 300,000 tentera terlibat semasa peperangan tersebut dan 200 armada kapal perang.
- Kota Konstantinopal berjaya dibuka oleh beliau pada 29 Mei 1453.
- Semenjak baligh beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu begitu juga dengan tenteranya. Beliau juga turut menjaga solat rawatib dan tahajudnya.
- Al Fateh merupakan gelaran yang diberikan kepadanya sebagai pembuka Kota Konstantinopal.
Salah sebuah potret di sebuah muzium
Saturday, May 16, 2009
aNTARA 3
Banyak betul posting aku petang ni.. Tetibe je rase nak menaip petang-petang cmni kat blog ni..
Posting kali ni aku mahu menceritakan mengenai internship aku pula. Aku telah mendapat tawaran daripada 3 company di bawah ni (company ke?, aku x tau nk namekan pe so aku tulis je company. Boleh kan? if wrong please correct me). Antara offer yang paling awal samapai adalah daripada PKNM dan SAMB. Menurut offer letter daripada PKNM aku perlu reply surat itu untuk menyatakan persetujuan ku untuk intern 2 minggu dari surat ini dikeluarkan. Malangya aku menerima surat itu setelah dua minggu dari tarikh tutup tersebut kerana pada waktu surat itu tiba di UTP aku masih di rumah kerana cuti mid sem.
Aku call name yang tertera di surat tu utk bertanyakan status aku dan die kate hantar je pakai fax. tetapi sebaliknya aku hantar pakai pos biase. So, cmne skarang? Status masih unknown.
Analisis untuk setiap tempat pula, kalau aku pilih SAMB aku akan bersama apan tapi kalau PKNM aku akan bersama Alep dan MBMB pula aku akan berseorangn.
Seperti mana yang aku tahu dari Alep, PKNM akan bagi elaun lebih kurang RM250-350. Manakala SAMB RM0 dan MBMB dunno.
Jobscope pula, aku macam kurang jelas peranan aku di PKNM dan MBMB. Tapi kalau menurut senior, di SAMB pelajar Meche akan banyak turun padang buat site visit dan welding.
Peluang untuk score pula, menurut senior juga, kebanyakan atau boleh dikatakan semua pelajar dapat A kat SAMB manakala kami merupakan pelajar pioneer untuk MBMB dan PKNM. Last sekali, workload pada akhir-akhir intern nanti mungkin berganda atau pun di ignorekan kerana Melaka akan mencapai status negeri maju pada 1 Januari 2010. Semua pekerja maybe busy untuk mempersiapkan diri menanti detik yang sangat bersejarah itu.
Diharapkan aku berjaya memilih yang terbaik. Ya Allah tunjukkanllah yang terbaik untukku.
2 Januari @ 12 Jamadil Awal
p/s: Harijadi seterusnya adalah Adah, atau pun adikku yang bongsu bernama Siti Nur Mawaddah pada keesokan hari iaitu pada 22 Jamadil Awal.
Hero yang mati..
Thursday, May 14, 2009
Lelaki PAS memegang perempuan?
Mengapa sesorang ahli PAS atau pun Parti Islam SeMalaysia boleh bersalaman dengan seorang wanita. Tidak pernah lagi sepanjang saya 21 tahun hidup di Bumi ni pernah melihat Ahli Pas berjabat tangan dengan bukan mahram.
Adakah dibenarkan didalam Islam bahawa seseorang ahli politik boleh berjabat tangan dengan penyokongnya.
Sebelum ini kerap kali juga dilihat Imam Islam Hadhari bersalaman dengan perempuan...
Diharapkan kemusykilan ini dapat diuraikan dengan bantuan pembaca sekalian.
Tuesday, May 12, 2009
Bende free yang paling top kat europe
FRANCE
Monday, May 11, 2009
Happy Belated Mother's Day
However 10Th May 2009 is not the only mother's day..
Everyday is Mother's Day..
To Ummi happy Mother's Day...
My beloved mother
[mother's day pon de belated ke?]
Birthday Present
By the way this posting is all about aqbal n my birthday present.. On Saturday Aqbal came to my room and just hanging around there for some time. After entertaining Aqbal, I'm continued study for final.. After 30 minutes I realizes there was a orange Nike box on my bed. Thought it might be someone else belonging's and I leave it there. After few minutes, my curiosity drives me to open the box to find the owner.
Tuesday, May 5, 2009
Mistake!!!!!!!!!
SORRRY!!!!!!!!!!!!