Terus terang aku mengatakan aku sangat malu menjadi Melayu dan rakyat Malaysia.
Daripada masalah politiknya yang tidak pernah reda dari dulu sehinggalah masalah hedonisme yang melanda. Maghrib tadi aku terbaca Utusan Malaysia dan juga Utusan Melayu(yang versi Jawi punya). Terdapat sebuah artikel mengenai program Gadis Melayu (GM) di Tv9 sempena acara kemuncaknya yaang akan berlangsung pada 5 Nivember ini. Melayu menurut perlembagaan adalah seseorang yang boleh berbahasa melayu , beragama Islam, dan mengamalkan hidup dan adat resam melayu.
Apakah membuka aurat itu syariat Islam? Tentu sekali bukan. Tetapi pada rancangan GM ini 4 daripada 5 finalisnya tidak bertudung. Apakah ini? Adakah mereka bukan Islam? Rasanya mesti Islam. Tetapi mengapakah mereka tidak bertudung? Jika sewaktu Sharifah Amani mengatakan dirinya akan kelihatann bodoh jika berbahasa Melayu, dia mendapat kecaman yang hebat daripada media dan masyarakat.. Tetapi apabila seseorang Islam itu melanggar syariatnya, ia terus mendapat pujian dan sokongan daripada masyarakt (Jahil dan Jumud).
Episod Melayu ini tidak berakhir di sini. Hari ini diisytiharkan di dalam Utusan pemenang peraduan Utusan-Genting. 97% pemenangnya adalah Melayu yang menerimaa hadiah berupa kad percutian Genting Highlands. Apabila Melayu tentulah Islam. Adakah ini tepat? Jika menurut Mufti Perak, Harussani Zakaria, 500,000 orang melayu telah murtad. Ini bererti Melayu masa kini tidak semestinya Islam lagi. Oklah, jika semua pemenang itu beragama Islam mengapakah hadiahnya mesti ke Genting Highlands? Bukankah ini merupakan tempat perjudian terbesar di Malaysia. Sedikit sebanyak kita akan menyumbang dan meraikan bersama-sama kaki judi. Bagaimanakah ini?
p/s: Harap-harap suatu hari nanti bolehlah berbangga balik menjadi Melayu dan rakyat Malaysia. Bersama kita mengubahnya.
Lake County Investment Properties
10 years ago
No comments:
Post a Comment