Himpunan 100k PPSMI tengahari ini.
Lokasi - kompleks SOGO, Pasar Seni, dan Masjid Negara. Pakaian putih.
11:37am
Kawasan Sogo mula dikawal lebih 100 anggota polis, di Dataran Merdeka terdapat 5 trak FRU dan begitu juga di JAWI
11:39am
Pihak polis mula mengadakan sekatan jalanraya di beberapa jalan utama ke KL. Kesesakan di laporkan seperti di Jalan Kuching.
11:55am
1 Water cannon kelihatan di luar Istana Negara, lebih 100 anggota FRU sedang berkawal dan helikopter sedang berlegar di kawasan istana.
12:09pm
Jumlah anggota Polis ditambah lebih 100 orang di Pasar Seni dan di hadapan bangunan JAWI kelihatan 3 trak Water Cannon.
12:44pm
Pihak polis telah mula menutup Jalan Klang Lama dan Jalan Parlimen.
12:57pm
Lebih 1500 orang daripada Kelantan tiba di KL Sentral melalui keretapi dan kini bergerak ke tiga lokasi perhimpunan.
1;06pm
Kira-kira 10,000 orang mula memenuhi kawasan sekitar Masjid Negara dengan memakai baju berwarna putih dan keadaan adalah terkawal.
1:22pm
Dr Hassan Ahmad melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai dan ia jelas menunjukkan PPSMI ditolak rakyat. Polis benarkan hanya 7 orang dengan 3 buah kereta bergerak ke Istana Negara selepas Zohor. Turut serta adalah beberapa wakil NGO Cina.
1:27pm
Pak Samad kecewa dengan sistem demokrasi negara apabila dilaporkan dua buah bas yang sedang menuju ke Masjid Negara telah ditahan Polis.
1:38pm
Wakil daripada Chinese assembly Hall telah tiba di perkarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.
1:55pm
Dua bas yang membawa orang asli dari Tapah telah ditahan polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk di soal siasat.
2:13pm
Kini jumlah rakyat melebihi 25 ribu dan sedan menunggu kumpulan daripada Kompleks Sogo dan Pasar Seni untuk berarak ke Istana Negara.
2:46pm
Lebih 150,000 orang kini sedang berarak dan uba merempuh sekatan yang diadakan FRU. Lebih 15 das gas pemedih mata dilepaskan.
2:48pm
Pak Samad dan AJK GMP sertai pelbagai tokoh akademik dan pimpinan Pakatan Rakyat turut diserang dengan gas pemedih mata.
3:34pm
Kawasan masjid negara ketika ini dicemari dengan air pancutan Water Cannon dan gas pemedih mata.
3:46pm
Sebahagian orang ramai yang bergerak ke arah masjid negara dihalang dan kelihatan 5 das gas pemedih mata dilepaskan ke dalam masjid.
6:04pm
Sehingga kini laporan tidak rasmi menyebut 124 telah ditahan pihak polis.
6:47pm
Himpunan 100,000, PM mula bimbang, keluar kenyataan agar isu PPSMI dibuat segera oleh kerajaan
Penulis tertanya-tanya mengapakah 7 mac dipilih sebagai himpunan ini?
Swagbucks
7 years ago
3 comments:
Rasanya Ammar, tarikh 7 mac dipilih atas kesesuaiannya (kerana hari cuti), juga paling hampir dgn ulangtahun peristiwa Keranda 152 pada 3 Mac 1967 yg lalu.
p.s: maaf, t'paksa buang komen2 sebelum ni yg linknya x tepat.
Post a Comment