Wednesday, March 25, 2009

Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok [TDMHE]

Ni first time aku nk komen tentang buku yang aku baru je abes bace. Aku pernah jumpe buku buku ni kat bookshop dan online bookshop tapi x menarik perhatian aku untuk menyelak muka surat buku ini. Pertama kali aku tengok buku ni macam x de pape yang menarik je. Tetapi selepas aku membaca, baru aku mengetahui betapa bergunanya isi kandngan buku ini.Mase mid sem break ni aku balik umah n then terjumpe buku ni kat atas meja di ruang tamu. Aku amek buku ni selak-selak sikit dan membaca beberapa perenggan dalam buku ni.


Buku ni merupakan hasil tulisan Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini merupakan buku kedua beliau selepas Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman[THMSI] tetapi aku membaca buku yang TDHME dulu. Aku sendiri tak kenal pon sape dia ni. Buku ni mengisahkan kisah hidup beliau dan bagaimana beliau berubah dan berdakwah. Liku-liku yang beliau alami selepas berubah dan berdakwah adalah seperti disindir dan diperli adalah perkara biasa kerana beliau pada suatu masa dahulu boleh dikatakan kurang 'alim'. Perubahan yang dilakukan beliau mendapat sokongan dan galakan yang kuat dari keluarga beliau sendiri terutama isteri kesayangannnya.


Secara ringkasnya buku ini mesti dibaca oleh setiap muslim di Malaysia yang ingin mencari panduan untuk berubah dan muslim yang ingin menongkatkan ketakwaannya kepada ALLAH.

No comments: