Wednesday, March 25, 2009

Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman [THMSI]

Sesudah selesai membaca TDMHE aku terjumpa pula buku THMSI. Tanpa berlengah masa aku pon mencapai buku tersebut dan terus membacanya. Melalui THMSI ini baru aku mengenali siapakah sebenarnya insan yang bernama Muhd Kamil ini iaiu pengarang bari TDMHE dan THMSI. Muhd Kamil merupakan seorang yang agak bertuah kerana berjaya menghabiskan phd dalam masa 32 bulan sahaja dan berjaya menjadi profesor pada umur 39 tahun. Sekarang beliau merupakan pensyarah di UiTM.

Buku THMSI ini merupakan bestseller dan berjaya dijual sebanyak 10,000 unit selama 6 bulan sahaja. Buku ini menceritakan bagaimana beliau memohon untuk menjadi jemputan Allah selama 44 hari bagi menunaikan fardhu haji. Dari buku ini dapat dilihat bagaimana diceritakan mengenai sifa-sifat Allah yang terpuji yang memuliakan tetamu yang berkunjumg ke rumahnya dengan niat yang suci dan murni.

Pada pendapat saya buku ini sepatutnya menjadi buku yang kedua kerana buku TDHME mengisahkan tentang zaman-zaman gelap di dalam kehidupan beliau. Melalui kedua-dua buku ini beliau mempunyai semangat yang lain daripada orang lain yang susah hendak diceritakan melalui tulisan di blog ini sahaja. Anda sendiri patut membacanya.

No comments: