Friday, March 6, 2009

Obama bersama Teleprompter





Mengapa Obama sering dilihat menggunakan Teleprompter juga dikenali sebagai autocue?



Saya sebelum ini menganggap obama sebagai seorang yg amat hebat apabila berpidato di pentas. Tetap malangnya sangkaan saya meleset. Kebergantungan Obama kepada teleprompter ini dilihat sebagai keganjilan kerana dalam sejarah AS tiada presiden yang terlalu bergantung menggunakan teleprompter ini. Ini termasuk juga semasa ucapan pendek membentangkan barisan kabinetnya.


Tetapi ini tidak menghalngnya daripada menjadi seorang Presiden Amerika Syarikat yang kulit Hitam buat pertama kalinya. Ini menunjukkan ucapan bukanlah sesuatu yang signifikan bagi masyarakat AS tetapi mahukan sesuatu perubahan sesuai dengan slogannya "CHANGE WE CAN BELIEVE IN" Tetapi apabila Teleprompter gagal berfungsi ucapannya menjadi seakan kurang menyengat.





p/s: Teleprompter merupakan alat yang digunakan untuk membantu bercakap dengan visual teks elektronik untuk ucapan atau skrip.


blog ini bukan bertujuan untuk menghentam Obama atau mencari kelemahannya tetapi cuma perasaan inquiri penulis.

No comments: