Thursday, February 19, 2009

Dilarang memotong

Di suatu tempat di Gerik terdapat satu keluarga orang asli yang mengambil upah untuk memotong getah. Di dalam keluarga orang asli itu cuma si anak sahaja yang bersekolah. Ibu bapanya tidak pernah bersekolah. Pada waktu cuti sekolah yang lalu anak orang asli tersebut membantu bapanya memotong getah. Tetapi apabila tiba di suatu tempat budak itu akan berpatah balik dan berterusan. Kemudian tuan punya kebun itu hairan kenapa orang asli itu tidak memotong getah selama ini. Tuan kebun itu pergi ke rumah orang asli itu untuk menanyakan hal yang sebenar. Tuan kebun itu bertanya
Kenapa selama ini tak pergi memotong?
anak orang asli itu menjawab
Sebab ada papan tanda tulis DILARANG MEMOTONG

No comments: