Wednesday, February 18, 2009

Analogi baling kayu

Pada suatu hari seorang pemuda bersiar-siar menggunakan kereta barunya. Tiba-tiba beliau mendengar bunyi pecah ketika memandu. Beliau turun dari kereta untuk melihat perkara yang berlaku. Beliau kemudian melihat lampu belakangnya pecah kerana dibaling dengan kayu. Beliau melihat seorang budak yang disyaki membaling kayu tersebut dan menghampirinya dengan perasaan marah. Kemudian budak itu berkata
Syukurlah abang telah berhenti. Selama saya duduk di sini tiada siapa yang
berhenti untuk membantu abang saya yang cacat di sebelah ini.
Lantas pemuda itu tidak jadi marah dan membantu abang budak itu.

Analogi ini digunakan oleh motivator sekarang kepada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Anak-anak yang dahagakan kasih sayang akan membuat sesuatu di luar jangkaan untuk mendapatkan perhatian dari ibu bapa.

No comments: