Tajuk di atas merupakan tajuk yang disampaikan oleh saudara hanif humam, iaitu naqib baru aku. Yang aku tertarik adalah kisahnya mengenai akidah para nabi. Ceritanya, pada waktu zaman nabi yakub ada seorang raja yang bernama herodus. Beliau ingin berkahwin dengan anak saudara beliau yang bernama herodia tetapi Islam tidak membenarkan perkahwinan bersama saudara terdekat. Nabi yakub diperintahkan untuk menarik balik kata-katanya tetapi beliau enggan. Herodia menyuruh Herodus untuk membawa kepala Nabi Yakub kepadanya. Herodus memerintahkan askarnya untuk mencari Nabi Yakub dan memenggal kepalanya. Kepala Nabi Yakub berjaya dipenggal oleh askar Herodus. Tidak cukup dengan itu Herodia meminta pula supaya bapa Nabi YAkub iaitu Zakaria dibunuh. Nabi Zakaria pula dicari oleh askar Herodus. Lalu baginda melarikan diri ke kebun. Baginda mempunyai mukjizat yang boleh bersembunyi di belakang pokok walabagaimanapun telah diketahui oleh askar Herodus. Lalu semua pokok ditebang oleh askar Herodus. Di sini kita dapat lihat bagaimana teguhnya iman para nabi pada zaman dahulu sehingga sanggup mengorbankan diri mereka. Renungkanlah....
No comments:
Post a Comment