Thursday, February 26, 2009

Perumpamaan

Menurut Imam Al Ghazali di dalam kitab Kimia As-Saadah, beliau mengumpamakan anggota-anggota badan manusia:
  • Manusia - Sebuah kerajaan yang kecil
  • Roh - Raja bagi kerajaan kecil
  • Tentera - Kebolehan.seperti mendengar, melihat, merasa dan sebagainya.
  • Polis - Marah
  • Pemungut cukai - Perasaan
  • Perdana menteri - Akal
  • Pemberontak - Nafsu
Pengajarannya;
Sifat marah sepatutnya ditahan dan dibendung bukannya dibuang terus. Di dalam diri manusia terdapat pelbagai unsur alam seperti api, air, angin dan sebagainya. Kesemua unsur ini akan berebut untuk berkuasa. Di sini Akal akan bertindak sebagai pihak yang neutral dengan menggunakan kedudukannya dan kepintarannya untuk memilih samada Roh atau Nafsu.

Anatomi Manusia

Imam Al Ghazali

Friday, February 20, 2009

Umar Abd Aziz

Fakta menarik mengenai Umar Abd Aziz
  • ketika beliau mula dilantik menjadi khalifah, beliau berkata kepada isterinya
aku memberimu dua pilihan: samada kamu mahu diceraikan atau kamu mahu mengikut
aku


isterinya menjawab

aku akan mengikutmu wahai suamiku
  • sifat zuhudnya amat terserlah sekali kerana beliau cuma mempunyai sepasang jubah sahaja. Beliau juga meninggalkan istana iaitu kediaman rasminya untuk tinggal bersama-sama rakyat untuk memudahkan rakyat berjumpa dengannya.
  • Beliau juga menanam sayur-sayuran di halaman rumah beliau.
  • Terdapat sebuah kisah dimana pada suatu masa ibunya sedang risau menunngu anaknya pulang dari perang. si ibu mendapat perkhabaran bahawa anaknya telah gugur syahid. Tetapi tidak lama kemudian, si ibu melihat anaknya pulan dengan menunggang kuda. Ibunya bertanya
    Wahai anakku, ibu mendapat khabar bahawa kamu telah gugur syahid, tetapi
    bagaimana kamu boleh pulang?
    si anak menjawab
    Allah membenarkan para syuhada untuk turun ke bumi seketika kerana kematian
    khalifah Umar Abd Aziz
  • keamanan yang berjaya diwujudkan semasa pemerintahannya; apabila aku menemui seekor kambing mati dibaham serigala, maka dari saat ini aku tahu khalifah Umar Abd Aziz telah tiada.
  • apabila beliau mengetahui beliau akan mati diracun, beliau pergi mencari orangya meletakkan racun ke dalam minuman itu dan berkata
    ambillah wang ini dan larilah sejauh mungkin, nescaya apabila orang mendapat
    tahu aku mati diracun oleh kamu, maka kamu akan dibunuh
  • Asas Akidah

    Asas akidah terbahagi kepada 3:
    1. Makrifatullah
    2. Makrifatul rasul
    3. Ilmu akhirat

    Thursday, February 19, 2009

    Dilarang memotong

    Di suatu tempat di Gerik terdapat satu keluarga orang asli yang mengambil upah untuk memotong getah. Di dalam keluarga orang asli itu cuma si anak sahaja yang bersekolah. Ibu bapanya tidak pernah bersekolah. Pada waktu cuti sekolah yang lalu anak orang asli tersebut membantu bapanya memotong getah. Tetapi apabila tiba di suatu tempat budak itu akan berpatah balik dan berterusan. Kemudian tuan punya kebun itu hairan kenapa orang asli itu tidak memotong getah selama ini. Tuan kebun itu pergi ke rumah orang asli itu untuk menanyakan hal yang sebenar. Tuan kebun itu bertanya
    Kenapa selama ini tak pergi memotong?
    anak orang asli itu menjawab
    Sebab ada papan tanda tulis DILARANG MEMOTONG

    Wednesday, February 18, 2009

    Teka teki

    Orang yang buat x pakai.
    Orang yang beli pon x nk pakai.
    Orang yang pakai x tahu.

    Jawapan: Keranda <--Highlight di sini

    Analogi baling kayu

    Pada suatu hari seorang pemuda bersiar-siar menggunakan kereta barunya. Tiba-tiba beliau mendengar bunyi pecah ketika memandu. Beliau turun dari kereta untuk melihat perkara yang berlaku. Beliau kemudian melihat lampu belakangnya pecah kerana dibaling dengan kayu. Beliau melihat seorang budak yang disyaki membaling kayu tersebut dan menghampirinya dengan perasaan marah. Kemudian budak itu berkata
    Syukurlah abang telah berhenti. Selama saya duduk di sini tiada siapa yang
    berhenti untuk membantu abang saya yang cacat di sebelah ini.
    Lantas pemuda itu tidak jadi marah dan membantu abang budak itu.

    Analogi ini digunakan oleh motivator sekarang kepada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Anak-anak yang dahagakan kasih sayang akan membuat sesuatu di luar jangkaan untuk mendapatkan perhatian dari ibu bapa.

    Saturday, February 7, 2009

    Akidah

    Tajuk di atas merupakan tajuk yang disampaikan oleh saudara hanif humam, iaitu naqib baru aku. Yang aku tertarik adalah kisahnya mengenai akidah para nabi. Ceritanya, pada waktu zaman nabi yakub ada seorang raja yang bernama herodus. Beliau ingin berkahwin dengan anak saudara beliau yang bernama herodia tetapi Islam tidak membenarkan perkahwinan bersama saudara terdekat. Nabi yakub diperintahkan untuk menarik balik kata-katanya tetapi beliau enggan. Herodia menyuruh Herodus untuk membawa kepala Nabi Yakub kepadanya. Herodus memerintahkan askarnya untuk mencari Nabi Yakub dan memenggal kepalanya. Kepala Nabi Yakub berjaya dipenggal oleh askar Herodus. Tidak cukup dengan itu Herodia meminta pula supaya bapa Nabi YAkub iaitu Zakaria dibunuh. Nabi Zakaria pula dicari oleh askar Herodus. Lalu baginda melarikan diri ke kebun. Baginda mempunyai mukjizat yang boleh bersembunyi di belakang pokok walabagaimanapun telah diketahui oleh askar Herodus. Lalu semua pokok ditebang oleh askar Herodus. Di sini kita dapat lihat bagaimana teguhnya iman para nabi pada zaman dahulu sehingga sanggup mengorbankan diri mereka. Renungkanlah....