Saturday, June 27, 2009

Perbezaan antara Bai Bithaman Ajil(BBA) dan Konvensional

Konvensional
Apabila seseorang mengambil kemudahan pinjaman perumahan, secara ringkasnya institusi kewangan akan meminjamkan wang dengan kadar faedah yang ditetapkan kepada pelanggan.
Dengan wang itu, maka pelanggan akan menggunakannya untuk membeli rumah. Kadar faedah atau riba inilah yang diharamkan oleh syariah malah ia adalah tergolong daripada tujuh dosa besar di sisi agama Islam.

Bai Bithaman Ajil (BBA)
Pembiayaan perumahan BBA pula adalah satu urusan jual beli di antara institusi kewangan dan pelanggan.
Secara mudah, apabila pelanggan menandatangani perjanjian jual beli (S&P) dengan pemaju perumahan, secara amnya hak milik rumah yang dijual pemaju itu sudah menjadi milik pelanggan (beneficial owner).
Seterusnya pihak institusi kewangan akan membeli rumah itu daripada pelanggan dengan harga belian. Harga belian ini adalah jumlah pembiayaan yang akan diberikan kepada pelanggan.
Selepas itu, institusi kewangan akan menjual kembali rumah itu kepada pelanggan dengan harga jualan yang mana harga jualan itu dimasukkan keuntungan pihak institusi kewangan. Pelanggan kemudiaannya akan membayar harga jualan secara ansuran bulanan sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjian jualan yang ditandatangani.

Pebezaan ketara di antara pinjaman dan pembiayaan ini adalah bagi pembiayaan perumahan BB, pelanggan sudah mengetahui berapakah jumlah keseluruhan harga jualan yang perlu dibayar pelanggan.
Di sinilah berlakunya salah faham yang menyatakan bahawa pembiayaan perumahan BBA jauh lebih mahal daripada pinjaman kerana jumlah akhir bayaran pinjaman perumahan tidak dijelaskan langsung, walhal jumlah pembiayaan perumahan BBa secara jelas dicatat dalam surat perjanjian jualan.
Seku\iranya pihak pelanggan membuat kajian yang menyeluruh, kebanyakan pembayaran akhir pinjaman perumahan adalah jauh lebih mahal daripada pembiayaan BBA. Ini tidak termasuk jumlah penalti atau denda yang dikenakan kompaun sekiranya pelanggan lewat membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan.

4 comments:

mohad said...

susah skit nak faham ni....r

ammar said...

agakla..
pasal bisnes ni ade susah sket..
saya pon masih blaja lagi

Nik said...

Salam.

Terima kasih atas perkongsian ni. Tapi ada tak kelebihan lain kalau kita guna kaedah Islam? saya bercadang nak beli rumah dalam masa terdekat. Tengah survey bank mana yang tawarkan pakej yang terbaik. Ada cadangan tak?

/Nik

Famy said...

susah?ape yang susahnya?

ringkasnya, pjaman prumahan ikut cara BBA, masa nak sign agreement tu, telah tertulis berapa harga rumah, berapa untung bank ambil ( dalam bentuk RM----.--, sedangkan pinjaman perumahan pakai %, dimana % ni memangla tetap, tetapi, harga mata wang tetap turun naik dari semasa ke semasa. so, angka ringgit boleh naik atau turun. inilah dia dikatan riba. harganya tidak tetap, tergolong dalam bawah kos tersembunyi, yang tidak dinyatakan secara jelas semasa agreement ditandatangani.