Hari ni bermulalah sesi internshipku dengan sempurna.Kegiatanku bermula seperti biasa cuma hari ini aku memakai pakaian casual smart ke tempat kerja iaitu memakai t shirt dan seluar. Sangat cool kan tempat kerja aku ni. Hari ini aku akan bekerja sama seperti pekerja lain (eyh same ke? rasenye cm x je. nk tau kenapa? baca tentatif aku pada hari ketiga internshipku ini.)
0800-Punch card
0830-Belajar tauhid. Pada mulanya aku tertanya-tanya mengapa ada sekumpulan pekerja senior membawa kitab kuning. Kemudian ada seorang pekerja melaungkan "Masuk!!!!, masuk!!!!!, belajaarr..." Kami semua pon masuk ke dalam surau. Kemudian yang menyuruh kami masuk tadi merupakan guru yang akan mengajar kami tauhid pada hari ini. Nama pakcik @ pekerja ni adalah En Jilani. Kami belajar tentang sifat 20 Allah. Pada pukul 9 pembelajaran tauhid pon berakhir.
0930-Minum pagi. Ni pun aku agak terkejut kerana En Zul merangkap supervisor aku kata g minum dulu n then bru start keje. Ini kerana pada permulaannya kami telah diberitahu tentang peraturan keluar masuk oleh En. Helmi dan terdapat juga surat pekeliling mengenai waktu minum. Tapi apa nak buat tu memang tradisi kat situ. Kami sebagai orang baru pun folo je.
1030-Start keje. Aku ditempatkan di workshop kenderaan terletak di belakang loji lama. Kami melihat sekitar kawasan, kami disuruh mengemas bengkel dan mencabut rumput serta menyapu sampah kerana esok ade pemeriksaan ISO 14001 (mengenai environment, student practical should know about this). Kami berkenalan dengan otai bengkel tersebut iaitu En Md Shah (orang sungai putat). Dia ni agak garang orangnya. Beliau bertanya "Korang ni tahun berapa da?" Kami jawab "Tahun Tiga" Dia tanye lagi "Korang kenal x component engine?" kami jawab dengan selambenye "x tau" kemudian dia pon marah "Apa!!! Korang tak tau? abes tu korang blaja ape kat sane tiga tahun?" Kitorang diam je. Kemudian kami berkenalan dengan En Suhaimi diorang jage bhgn service. Dia ni baik orangnya. Kemudian dia tunjuk kat kami cara menservis Truk pickup Isuzu. Cm senang je. huhu.
1400-Kami dibenarkan lunch. Cm bese la aku lepak kat masjid Tun Razak je. Sampai kol 4.
1630-Solat asar berjemaah di surau.
1700-Punch card (balik)
Swagbucks
7 years ago
No comments:
Post a Comment