Saturday, September 12, 2009

RKSK satu kejayaan atau kegagalan?

Semalam ketika aku selesai menunaikan solat jumaat di sebuah masjid di Ayer Keroh, aku terdengar perbualan beberapa kanak-kanak kecil.

Kanak-Kanak 1: Hei, tahun depan kita g sekolah naik basikal same2 nak?
Kanak-Kanak 2: X boleh la, tahun depan aku nk masuk asrama.
Kanak-Kanak 3: Aku pon, masuk asrama best tau.
Kanak-Kanak 2: Kita boleh hidup bebas bila kita masuk asrama.
Kanak-Kanak 3: Kalau duduk rumah x bebas.
Kanak-Kanak 1: (Terus mendiamkan diri)

Kanak-kanak tersebut berlalu meninggalkan masjid. Aku kira Kanak-Kanak ni merupakan pelajar darjah 6 yang baru selesai UPSR. 2 Kanak-Kanak tersebut bercita-cita untuk masuk ke asrama manakala yang seorang lagi ingin ke sekolah harian biasa sahaja.

Daripada perbualan mereka aku dapat merasakan Kanak-Kanak yang ingin ke asrama tadi bukan untuk tujuan belajar tetapi sekadar untuk berhibur bersama rakan-rakannya yang lain. Seperkara lagi mengapakah Kanak-Kanak tersebut mengatakan yang mereka tidak bebas di rumah?

KM Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam telah melancarkan program RKSK atau pun RumahKu SyurgaKu beberapa tahun yang lalu. Apakah itu RKSK? RKSK merupakan program untuk menjadikan keluarga di Melaka ini khasnya dapat hidup bersama dibawah satu bumbung dengan aman dan harmoni. Justeru, pelbagai masalah sosial dapat dihindarkan. Tetapi berdasarkan perbualan Kanak-Kanak tersebut apakah objektif RKSK ini telah dapat dicapai? Antara kejayaan RKSK yang dapat dilihat ialah dengan terbina taman perumahan RKSK di Bukit Katil. Tetapi sejauh mana keberkesanan program ini?

Renung-renungkanlah....

ramadhan oh ramadhan....

Lagu raye mula kedengaran sejak hari isnin yang lalu biarpun ramadhan masih belum menjejak ke fasa yang terakhir. Fasa yang terakhir merupakan fasa pembebasan daripada api neraka. Apalah nasibmu wahai ramadhan. Datang tidak dijemput pergi tidak dihantar malah dihalau lagi. Apa yang membuatkanku berasa kecewa ialah radio berunsur Islam juga turut memutarkan lagu raya biarpun lewat sedikit berbanding radio hiburan yang lain.

Tidak salah untuk menyambut syawal atau hari raya tetapi berpada-padalah. Malam lailatulqadar pun belum kita ketemu lagi. Malah 1 Syawal merupakan hari untuk kita bergembira menyambut kemenangan setelah berjaya berpuasa selama sebulan. Perlu diingat bahawa bala H1N1 sedang melanda negara kita dan negara negara lain jadi bulan ramadhan merupakan bulan yang terbaik untuk memohon keampunan kepada Allah dan menghindarkan bala tersebut daripada muka bumi ini. Insyaallah....

p/s: Menurut perkiraan Imam Al Ghazali, malam ini merupakan malam lailatulqadar. Jadi bersama samalah kita mencarinya.

Monday, September 7, 2009

Imam ikut makmum?

Imam ikut makmum?
ade ke?

Perkara ni berlaku sebentar tadi semasa aku tgh bersembahyang di sebuah surau di atas muka bumi yang permai ini. Pada rakaat ketiga solat witir sepatutnya imam akan membaca doa qunut selepas ruku'. Tetapi mungkin imam tersebut terlupa lantas terus sujud. Makmum yang tercengang-cengang pula kemudian berkata Qunut! Qunut!. Imam tersebut bangkit semula daripada sujudnya dan terus membaca doa qunut.

Apa yang aku dapat lihat tadi seperti tidak seharusnya berlaku. Jadi bagaimana ya dengan solat tadi? Walaupun solat witir tadi cumalah solat sunat sahaja, tapi once kita da buat kene la buat dengan tertibnya. Betul tak?