Saturday, September 12, 2009

RKSK satu kejayaan atau kegagalan?

Semalam ketika aku selesai menunaikan solat jumaat di sebuah masjid di Ayer Keroh, aku terdengar perbualan beberapa kanak-kanak kecil.

Kanak-Kanak 1: Hei, tahun depan kita g sekolah naik basikal same2 nak?
Kanak-Kanak 2: X boleh la, tahun depan aku nk masuk asrama.
Kanak-Kanak 3: Aku pon, masuk asrama best tau.
Kanak-Kanak 2: Kita boleh hidup bebas bila kita masuk asrama.
Kanak-Kanak 3: Kalau duduk rumah x bebas.
Kanak-Kanak 1: (Terus mendiamkan diri)

Kanak-kanak tersebut berlalu meninggalkan masjid. Aku kira Kanak-Kanak ni merupakan pelajar darjah 6 yang baru selesai UPSR. 2 Kanak-Kanak tersebut bercita-cita untuk masuk ke asrama manakala yang seorang lagi ingin ke sekolah harian biasa sahaja.

Daripada perbualan mereka aku dapat merasakan Kanak-Kanak yang ingin ke asrama tadi bukan untuk tujuan belajar tetapi sekadar untuk berhibur bersama rakan-rakannya yang lain. Seperkara lagi mengapakah Kanak-Kanak tersebut mengatakan yang mereka tidak bebas di rumah?

KM Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam telah melancarkan program RKSK atau pun RumahKu SyurgaKu beberapa tahun yang lalu. Apakah itu RKSK? RKSK merupakan program untuk menjadikan keluarga di Melaka ini khasnya dapat hidup bersama dibawah satu bumbung dengan aman dan harmoni. Justeru, pelbagai masalah sosial dapat dihindarkan. Tetapi berdasarkan perbualan Kanak-Kanak tersebut apakah objektif RKSK ini telah dapat dicapai? Antara kejayaan RKSK yang dapat dilihat ialah dengan terbina taman perumahan RKSK di Bukit Katil. Tetapi sejauh mana keberkesanan program ini?

Renung-renungkanlah....

No comments: