Saturday, September 12, 2009

ramadhan oh ramadhan....

Lagu raye mula kedengaran sejak hari isnin yang lalu biarpun ramadhan masih belum menjejak ke fasa yang terakhir. Fasa yang terakhir merupakan fasa pembebasan daripada api neraka. Apalah nasibmu wahai ramadhan. Datang tidak dijemput pergi tidak dihantar malah dihalau lagi. Apa yang membuatkanku berasa kecewa ialah radio berunsur Islam juga turut memutarkan lagu raya biarpun lewat sedikit berbanding radio hiburan yang lain.

Tidak salah untuk menyambut syawal atau hari raya tetapi berpada-padalah. Malam lailatulqadar pun belum kita ketemu lagi. Malah 1 Syawal merupakan hari untuk kita bergembira menyambut kemenangan setelah berjaya berpuasa selama sebulan. Perlu diingat bahawa bala H1N1 sedang melanda negara kita dan negara negara lain jadi bulan ramadhan merupakan bulan yang terbaik untuk memohon keampunan kepada Allah dan menghindarkan bala tersebut daripada muka bumi ini. Insyaallah....

p/s: Menurut perkiraan Imam Al Ghazali, malam ini merupakan malam lailatulqadar. Jadi bersama samalah kita mencarinya.

No comments: