Saturday, June 27, 2009

Perbezaan antara Bai Bithaman Ajil(BBA) dan Konvensional

Konvensional
Apabila seseorang mengambil kemudahan pinjaman perumahan, secara ringkasnya institusi kewangan akan meminjamkan wang dengan kadar faedah yang ditetapkan kepada pelanggan.
Dengan wang itu, maka pelanggan akan menggunakannya untuk membeli rumah. Kadar faedah atau riba inilah yang diharamkan oleh syariah malah ia adalah tergolong daripada tujuh dosa besar di sisi agama Islam.

Bai Bithaman Ajil (BBA)
Pembiayaan perumahan BBA pula adalah satu urusan jual beli di antara institusi kewangan dan pelanggan.
Secara mudah, apabila pelanggan menandatangani perjanjian jual beli (S&P) dengan pemaju perumahan, secara amnya hak milik rumah yang dijual pemaju itu sudah menjadi milik pelanggan (beneficial owner).
Seterusnya pihak institusi kewangan akan membeli rumah itu daripada pelanggan dengan harga belian. Harga belian ini adalah jumlah pembiayaan yang akan diberikan kepada pelanggan.
Selepas itu, institusi kewangan akan menjual kembali rumah itu kepada pelanggan dengan harga jualan yang mana harga jualan itu dimasukkan keuntungan pihak institusi kewangan. Pelanggan kemudiaannya akan membayar harga jualan secara ansuran bulanan sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjian jualan yang ditandatangani.

Pebezaan ketara di antara pinjaman dan pembiayaan ini adalah bagi pembiayaan perumahan BB, pelanggan sudah mengetahui berapakah jumlah keseluruhan harga jualan yang perlu dibayar pelanggan.
Di sinilah berlakunya salah faham yang menyatakan bahawa pembiayaan perumahan BBA jauh lebih mahal daripada pinjaman kerana jumlah akhir bayaran pinjaman perumahan tidak dijelaskan langsung, walhal jumlah pembiayaan perumahan BBa secara jelas dicatat dalam surat perjanjian jualan.
Seku\iranya pihak pelanggan membuat kajian yang menyeluruh, kebanyakan pembayaran akhir pinjaman perumahan adalah jauh lebih mahal daripada pembiayaan BBA. Ini tidak termasuk jumlah penalti atau denda yang dikenakan kompaun sekiranya pelanggan lewat membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Sunday, June 21, 2009

tiada post

Sori rakan2 kerana da lame x update blog.
ini mungkin kerana bahana penat bekerja..
entah kenapa tangan ni rase cm malas je nk menulis..

Sunday, June 7, 2009

hari ke-3 di SAMB

Hari ni bermulalah sesi internshipku dengan sempurna.Kegiatanku bermula seperti biasa cuma hari ini aku memakai pakaian casual smart ke tempat kerja iaitu memakai t shirt dan seluar. Sangat cool kan tempat kerja aku ni. Hari ini aku akan bekerja sama seperti pekerja lain (eyh same ke? rasenye cm x je. nk tau kenapa? baca tentatif aku pada hari ketiga internshipku ini.)
0800-Punch card
0830-Belajar tauhid. Pada mulanya aku tertanya-tanya mengapa ada sekumpulan pekerja senior membawa kitab kuning. Kemudian ada seorang pekerja melaungkan "Masuk!!!!, masuk!!!!!, belajaarr..." Kami semua pon masuk ke dalam surau. Kemudian yang menyuruh kami masuk tadi merupakan guru yang akan mengajar kami tauhid pada hari ini. Nama pakcik @ pekerja ni adalah En Jilani. Kami belajar tentang sifat 20 Allah. Pada pukul 9 pembelajaran tauhid pon berakhir.
0930-Minum pagi. Ni pun aku agak terkejut kerana En Zul merangkap supervisor aku kata g minum dulu n then bru start keje. Ini kerana pada permulaannya kami telah diberitahu tentang peraturan keluar masuk oleh En. Helmi dan terdapat juga surat pekeliling mengenai waktu minum. Tapi apa nak buat tu memang tradisi kat situ. Kami sebagai orang baru pun folo je.
1030-Start keje. Aku ditempatkan di workshop kenderaan terletak di belakang loji lama. Kami melihat sekitar kawasan, kami disuruh mengemas bengkel dan mencabut rumput serta menyapu sampah kerana esok ade pemeriksaan ISO 14001 (mengenai environment, student practical should know about this). Kami berkenalan dengan otai bengkel tersebut iaitu En Md Shah (orang sungai putat). Dia ni agak garang orangnya. Beliau bertanya "Korang ni tahun berapa da?" Kami jawab "Tahun Tiga" Dia tanye lagi "Korang kenal x component engine?" kami jawab dengan selambenye "x tau" kemudian dia pon marah "Apa!!! Korang tak tau? abes tu korang blaja ape kat sane tiga tahun?" Kitorang diam je. Kemudian kami berkenalan dengan En Suhaimi diorang jage bhgn service. Dia ni baik orangnya. Kemudian dia tunjuk kat kami cara menservis Truk pickup Isuzu. Cm senang je. huhu.
1400-Kami dibenarkan lunch. Cm bese la aku lepak kat masjid Tun Razak je. Sampai kol 4.
1630-Solat asar berjemaah di surau.
1700-Punch card (balik)

Saturday, June 6, 2009

hari ke-2 internship

sorry lmbt siket..
internet down ari tu..
seperti yang telah dijanjikan pada post sebelum ni. Inilah kisah hari ke-2 internship bersama SAMB
0610 - Bangun pagi, mandi, subuh, breakfast
0705 - Bertolak dari rumah
0735 - Tiba di depan MSDC (tunggu apan)
0800 - Sampai di Loji Air Bertam, En. Helmi pon sampai gk akhirnye. Ni nk smbg sket dari smalam. Lepas je kitorg balik semalam En Helmi pon sampai. Patutla ari ni tgk si Kauthar tu da pakai t-shirt.
0830 - Jumpe En Helmi. Lapor diri. , Briefing
0930 - Jumpe En Zulkefli, SV.
1000 - G workshop amek punch card
1030 - Kitorg dibenarkan blk kerana pakaian x berapa sesuai (kemeja+slack+tie) + sume transport da kluar g site. so boleh la blk ke rumah.
Tq En Zul.Begitulah al kisahnya pada hari ke-2. Balik lagi awal dari hari 1st.Sekian..nk dgr cerita hari ketiga ?
tungguuuuu!!!!...

p/s - hari ke-2 merupakan hari last kitorg jumpe si Kauthar tu..

Tuesday, June 2, 2009

first day of Internship

Akhirnya aku memilih SAMB sebagai tempat internship kerana berdasarkan previous batch feedback semua perfect, so aku harap dgn intern kt sini dpt score A. Haha...


Semua perasaan ade ketika nk internship ni. Teruja, cuak , malas dan yang sewaktu dengannya.


Hari pertama aku bangun pada pukul 6.10 pagi.. Fuh, sangat awal. sepanjang hidup aku di UTP rasenye pernah sekali dua je bgn2 awal2 cmni tu pon mase foundation. huhu..

6.45 pagi breakfast bihun goreng pastu grak dgn abah lebih kurang kol 7.05 pagi. Sampai kat bangunan MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) abah g punch kad dulu. Then, abas anta ke Graha Maju kat Jalan Hang Tuah kat sebelah UiTM kampus bandar tu. Sampai kat situ kira2 kol 7.45 pagi. Sampai2 je tgk apan pon bru je sampai. Naik tingkat 12 jumpe apan. Kemudian tunggu kat lobby utk lapor diri. Masa tunggu tu de budak dari U lain gk. dalam 10 org kot. Ade dari UiTM Shah Alam, MMU dan pelajar KYM(Kolej Yayasan Melaka) sorang pon x datang.






Graha Maju


Kemudian agak2 kol 8 tu En. Mazlan panggil masuk conference room de briefing sket n amek attendance. Huuhu... Dalam 10 orang tu 3 orang je dari jab pengeluaran, yang lain sume bdk management. Pastu, En. Mazlan suro 3 orang budak dari Jab Pengeluaran g kt Loji Bertam, Durian Tunggal. 3 orang budak tu adalah Aku, apan dan kauthar (bdk MMU course BioInformatics). Aku pon tumpang apan g Loji Bertam tu, Si kauthar tu tumpang pekerja SAMB. Nk g ke sana sampai sesat2 sbb x pernah dgr pon loji bertam tu sepanjang hidup kat melaka ni walaupon dulu de berlari kat depan tu masa merentas desa kat MOZAC mase form 4.

Smpai kat situ, kitorang sepatutnye kene jumpe En Helmi, tp die tade plak. Tunggu punye tunggu sampai kol 10 de sorg pekerja ni kate "g la kluar minum dulu En Helmi mungkin balik lmbt". Kitorg bertiga pon kluar g minum kat warong depan IBN tu. pastu jalan2 kat bandar durian tunggal sbb si Kauthar ni nk cari topup. Pastu apan drop aku kt masjid Tun Razak sbb die nk blk umah. Aku dok kat situ smbil membuat perkara bermanfat sampai kol 2.

Kol 2 datang blk kat Loji air tu. tunggu lagi sampai kol 3.30, kemudian ade akak ni datang cakap "Korang tunggu samapi ni, dari pagi tadi akak tengok duduk kt sini je" kemudian kitorg ckp tunggu En Helmi kemudian die bg tau "Oh, En Helmi takde, die kat Merlimau ni. Dia memang sibuk sket ari ni. Kenape kamu x bg tau dari tadi?. X pela kamu blk dulu, esok pagi2 dtg blk." apa lagi, aku dgn apan pon chiow la. Si kauthar tu tunggu bapak die.. Lastly, apan drop aku kat dpn Seri Negeri nk blk ke rumah.

Begitulah cerita hari pertama aku di SAMB.

Sambungan cerita hari kedua bakal muncul. tungguuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!

haha....