Thursday, June 10, 2010

Abu Ubaidah Al Jarrah

Setiap orang pasti menpunyai idola masing masing. Idola sepatutnya merupakan orang yang boleh dicontohi dan membimbing kita ke jalan yang lurus.

JIka ditanya pada kebanyakan orang, siapakah idola anda? Pasti mereka menjawab, idola saya adalah Nabi Muhammad. Tidak salah salah untuk kita memilih selain idola kita asalkan mereka memberikan contoh dan perwatakan yang mulia.

Semasa Rasulallah masih hidup terdapat sepuluh orang yang telah dijamin syurga, antaranya adalah Abu Ubaidah Al Jarrah. Mungkin kita jarang mendengar nama ini berbanding Abu Bakar, Umar, Usman atau pun Ali.

Oleh itu marilah kita bersama sama mengenali siapakah dia orang yang bernama Abu Ubaidah Al Jarrah ini.

  • Nama penuh: Amir bin Abdullah bin Jarrah.
  • Perwatakan: Kurus, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu.
  • Lahir di Mekah, di rumah keluarga suku Quraisy yang terhormat.
  • Beliau termasuk antara orang yang mula mula memeluk Islam.
  • Beliau memeluk Islam sehari selepas Abu Bakar As Siddiq
  • Beliau memeluk Islam bersama Arqam bin Abi Al Arqam dan Abdurrahman bin Auf ditangan Abu Bakar yang membawa mereka berjumpa Rasulallah.,
  • Nabi pernah bersabda "Setiap umat mempunyai orang kepercayaannya dan umat ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah"
  • Atas pengislaman ini bapanya menaruh dendam yang mendalam kepadanya dan berazam untuk membunuhnya.
  • Semasa perang badar, beliau dapat mengelak daripada dibunuh oleh bapanya.
  • Tetapi semasa perang Uhud, beliau tidak dapat mengelak daripada bersemuka daripada bapanya dan telah membunuhnya.
  • Ekoran itu Allah menurunkan firmannya dalam surah Mujadillah ayat 22.
  • Semasa keadaan kucar kacir dalam perang uhud, beliau mencari nabi untuk melindungi baginda dan mendapati pipi baginda luka akibat rantai besi penutup kepala baginda.
  • Abu Ubaidah mencabut rantai besi itu menggunakan gigi beliau sehingga gigi beliau tercabut. Kemudian Abu Ubaidah mencabut rantai besi yang satu lagi menggunakan gigi beliau juga sehingga mengakibatkan dua giginya hilang.
  • Rasulallah telah memberi gelaran "Gagah dan Jujur"
  • Pada suatu hari sekumpulan Kristian datang bertemu Rasulallah untuk meminta wakil daripada pihak muslimin supaya menjadi orang tengah untuk meleraikan pertengkaran.
  • Nabi menjawab, datanglah pada petang nanti, akan ku kirimkan orang yang jujur.
  • Kebetulan pada masa itu, Umar juga berada di situ dan ingin dirinya dipilih.
  • Selepas nabi selesai mengerjakan solat Zuhur, nabi memandangkan kebelakang dan pada waktu itu Umar meninggikan dirinya agar dapat dilihat Rasulallah. Kemudian nabi terpandang Abu Ubaidah dan memanggilnya supaya mengikuti kumpulan Kristian itu untuk meleraikan pertengkaran.
  • Abu Ubaidah juga merupakan seorang yang ZUHUD. Ini dpaat dilihat semasa Khalifah Umar melawat Abu Ubaidah yang ketika itu telah menjadi gabenor di Syria. Umar mendapati cuma terdapat pelana kuda, pedang dan perisa di rumah Abu Ubaidah.
  • Umar bertanya, "Kenapa kamu tidak mengambil harta rampasan perang seperti orang lain?" Abu Ubaidah menjawab "Ini sudah memadai bagiku".
  • Semasa wabak Taun melanda Syam, Umar menghantar surat menyuruh Abu Ubaidah untuk pulang ke Madinah. Tetapi Abu Ubaidah membalas, "Wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu tuan memerlukan saya, akan tetapi saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah jangan paksa saya pulang ke Madinah dan izinkanlah saya tinggal di sini"
  • Umar menangis dan para hadirin beryanya adakah Abu Ubaidah telah meninggal? Umar menjawab "Abu Ubaidah sedang berada di ambang kematian"
  • Menjelang kematiannya, Abu Ubaidah berpesan supaya
  • Menunaikan solat,
  • Berpuasa di bulan ramadan.
  • Membayar Zakat
  • Menderma
  • Mengerjakan Haji dan Umrah
  • Saling nasihat menasihati
  • Jangan menipu
  • Jangan terpedaya dengan godaan dunia.

Akhirnya Abu Ubaidah meninggal dunia di Syam pada tahun 18 Hijrah ketika beliau berumur 58 tahun.

Ada Apa Dengan Nama

Namaku diberi Muhammad 'Ammar bin Kassim

'Ammar bermaksud yang memakmurkan, yang lemah lembut dalam percakapan dan yang kuat iman dalam.

Alhamdulillah aku masih tiada lagi nama gelaran dan ibu bapa serta rakan rakan ku masih lami memanggilku AMMAR.

Aku juga berbangga dengan nama ini kerana ia sedap didengar dan unik. Sebab itulah blog ini dinamakan kALAMmar.

Di sini aku ingin menceritakan mengenai sahabat nabi yang bernama Ammar.

  • Nama penuh beliau adalah AMMAR ibnu YASIR
  • Dilahirkan pada tahun gajah.
  • Hamba Banu Adi.
  • Ibunya bernama Sumayyah bin Khayyat (orang ke-7 memeluk Islam)
  • Bapanya Yasir dan Sumayyah.
  • Merupakan kawan kepada rasulallah sebelum memeluk Islam lagi.
  • Menjadi orang tengah antara perkahwinan Rasulallah dengan Khadijah.
  • Keluarga ini diseksa pada tahun terakhir hijrah.
  • Sumayyah dan suaminya menjadi syahid pertama dalam Islam.
  • Abu Jahal telah mengetuai segala seksaan terhadap semua sahabat Rasulallah.
  • Keluarga Ammar antara yang paling teruk diseksa.
  • Selepas seksaan itu, Hamzah dan para sahabat pergi ke tempat seksaan dan mendapati semua muslim yang diseksa telah syahid kecuali Ammar.
  • Ammar telah dibebaskan dan diberi minum air.
  • Semasa perang menghapuskan golongan Ridda' (murtad), Ammar telah kehilangan sebelah telinganya melawan tentera Al Yamama.
  • Semasa pemerintahan Umar, Ammar dilantik menjadi gabenor di Kufah.
  • Ammar syahid semasa perang Siffin dibunuh oleh tentera Muawiyah/

Wednesday, June 9, 2010

E book E Magazine

Apa Khabar para pembaca sekalian?
Rasanya sudak lama kita tidak bersua.
Harap maaf kerana kesibukan sebagai Mahasiswa Tahun Akhir amat membataskan untuk mengupdate blog ni.

Sebagai tanda maaf dan penghargaan atas sokongan kalian semua saya ingin menghadiahkan beberapa majalah versi digital atau lebih dikenali sebagai E Book. Saya faham, mungkin kebanyakan daripada anda yang tidak berkemampuan merungut kerana harga buku dan majalah antarabangsa di pasaran amat terhad dan mahal. Jadi diharap usaha saya ini dapat memberikan kemudahan kepada kita. Teruslah mengunjungi blog ini kerana saya akan menambah lagi koleksi buku dan majalah untuk manfaat bersama.

File name: National Geographic Interactive 2010-06.pdf
File size:18.63 MB


File name: Popular Science 2010-07.pdf
File size:31.27 MB


File name: Popular_Science_2010-03.pdf
File size:17.07 MB

Tuesday, March 23, 2010

Apa yang saya buat semasa cuti Mid Sem

15 Mac
Pulang ke rumah pada pukol 10 pagi naek bas SE dari taman maju.. Tiba di Melaka pada pukol 6 petang..

16 Mac
Membuat pavement parking utk kereta Proton Abah.. Bertungkus Lumus dari pagi hingga ke petang utk menyiapkan kerja supaya boleh pulang ke rumah nenek.. BAtu pon habis, maka kerja pon tergendala..

17 Mac
Pulang ke rumah nenek.. Tolong nenek utk setup gerai buah... Tolong nenek jaga kebun durian.. Menggait manggis bersama Boy di kebun. Hasilnya pada petang ini 50kg. Memancing ikan di kolam untuk buat lauk... Hasilnya dapat 7 ekor ikan tilapia dengan bantuan boy yg hebat. Hasil jualan pada hari ini berjumlah rm 43. RM 8 untuk durian dan RM 35 untuk manggis..

18 Mac
Menggait Manggis di kebun. Hasil menggait selama 20 minit adalah 4kg. Lepaskan lembu di sebelah pagi.. Menjaga kebun durian.. Pulang ke rumah pada 10 pagi.. Sambung untuk membuat pavement parking... pavement siap pada pukul 4 petang dengan kerjasama dari seluruh keluarga. Pergi ke Metrojaya sale di MITC melaka.. Menghabiskan duit sebanyak rm82.

19 MAc
Berangkat pulang ke UTP. Ambil bas transnasional di Melaka Sentral pada pukol 9 pagi ke Kuala Lumpur. Melawat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Menghabiskan rm70 ringgit utk majalah dan Buku. Rm60 untuk buku dan RM10 utk majalah. Pulang ke UTP pada pukul 3.30 petang dari Puduraya. Tiba d Utp pada pukul 6 petang.

Saturday, March 13, 2010

Result Qualifying GP Bahrain 2010

Di bawah merupakan result untuk Qualifying F1 dan sekali gus starting grid untuk race esok..

1 Sebastian Vettel RBR-Renault 1:55.029 1:53.883 1:54.101
2 Felipe Massa Ferrari 1:55.313 1:54.331 1:54.242
3 Fernando Alonso Ferrari 1:54.612 1:54.172 1:54.608
4 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 1:55.341 1:54.707 1:55.217
5 Nico Rosberg Mercedes Benz GP Ltd 1:55.463 1:54.682 1:55.241
6 Mark Webber RBR-Renault 1:55.298 1:54.318 1:55.284
7 Michael Schumacher Mercedes Benz GP Ltd 1:55.593 1:55.105 1:55.524
8 Jenson Button McLaren-Mercedes 1:55.715 1:55.168 1:55.672
9 Robert Kubica Renault 1:55.511 1:54.963 1:55.885
10 Adrian Sutil Force India-Mercedes 1:55.213 1:54.996 1:56.309
11 Rubens Barrichello Williams-Cosworth 1:55.969 1:55.330
12 Vitantonio Liuzzi Force India-Mercedes 1:55.628 1:55.653
13 Nico Hulkenberg Williams-Cosworth 1:56.375 1:55.857
14 Pedro de la Rosa BMW Sauber-Ferrari 1:56.428 1:56.237
15 Sebastien Buemi STR-Ferrari 1:56.189 1:56.265
16 Kamui Kobayashi BMW Sauber-Ferrari 1:56.541 1:56.270
17 Vitaly Petrov Renault 1:56.167 1:56.619
18 Jaime Alguersuari STR-Ferrari 1:57.071
19 Timo Glock Virgin-Cosworth 1:59.728
20 Jarno Trulli Lotus-Cosworth 1:59.852
21 Heikki Kovalainen Lotus-Cosworth 2:00.313
22 Lucas di Grassi Virgin-Cosworth 2:00.587
23 Bruno Senna HRT-Cosworth 2:03.240
24 Karun Chandhok HRT-Cosworth 2:04.904

Sedikit pendapat daripada saya selaku peminat F1, kedudukan Ferrari masih utuh sebagai pencabar utama, manakala Juara Musim Lepas Brawn GP atau Mercedes Petronas GP tahun akan bermula dipetak yang boleh dikiran agak terkebelakang sedikit jika status Juara Bertahan diambil kira. Lagenda Schumi pula bermula pada perak ke 7. Boleh la dikira sebagai sesuatu yg baik setelah bersara selama ini..

Apa pun, diharapkan esok dapat melihat sebuah race yang mantap. Ooopps lupe plak nk komen tentang Lotus GP (team Malaysia). Kedudukan pada 20 dan 21 boleh dikira tidak menepati sasaran kerana sasaran mereka adalah untuk menjadi team champion antara newbie. tetapi x mengapa ini baru permulaan diharapkan boleh improve untuk race esok..


All the best untuk semua team.. Buat pengetahuan semua team sokongan saya adalah Mercedes GP Petronas. Setelah sekian lama saya menyokong BMW Sauber pada tahun ini saya berharap Mercedes GP boleh muncul sebagai juara dengan gandingan mantap Ross Brawn dan Schumi.


Kepada sesiapa yang kurang faham dengan pendapat dan analisis saya boleh buat research sket dan tanye melalui emel atau comment..
p/s: kete2 pada tahun ni sangat smart la.. best2


Tuesday, March 9, 2010

Boikot LEGO!!!!!!!!!!!!

Rasenye dah x perlu diterangkan lagi kenape kita perlu bersama sama memboikot LEGO.
Satu gambar dah boleh menggambarkan sejuta perkataan.
Untuk sesiapa yang x faham maksud gambar ni biar saya terjemahkan

"Bermain seperti anda seperti seorang NABI Muhammad mengandungi 23 isteri termasuk Aishah yang berumur 6 tahun"


Friday, March 5, 2010

Lawak Sket

Bak Kate org ketawe penawar duka..
Pe kate ri ni bace sket cite lawak ni...

Lawak1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Lawak 2
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 3
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.