Sebulan dua ni saya semasa mengambil adik pulang dari sekolah agama, saya memerhatikan kebanyakan ibu bapa atau abang kakak menunggu kepulangan anak atau adik masing-masing. Bagus betul senario ini. Ini boleh mengurangkan atau mencegah kes kehilangan atau penculikan kanak-kanak. Tapi ada sesuatu pemandangan yang tidak enak mata memandang. Di kala ibu bapa dan abang kakak menunggu anak dan adik masing-masing, saya melihat ada sesetengahnya yang tidak menutup aurat. Astagfirullah.
Apakah tujuan sebenarnya anak anak ini dihantar ke sekolah agama? Sudah tentu untuk memberi pendidikan agama bukan? tetapi apakah ibu bapa atau abang kakak ini tidak tahu tentang mendedahkan aurat itu haram hukumnya. Mungkin juga dan barangkali mereka juga tidak tahu yang mewarnakan rambut itu adalah haram. Perkara mewarnakan rambut ini biasanya dilakukan oleh anak-anak muda.
Posting ini adalah untuk mengingatkan para pembaca dan penulis sendiri. Diharapkan di samping kita menghantar anak atau adik kita ke sekolah agama kita juga patut mengambil iktibar di sebalik itu. Sekian
Lake County Investment Properties
10 years ago
No comments:
Post a Comment