Monday, May 30, 2011

Pengawas Kena Tangkap Merokok



Sunday, May 29, 2011

Teka Teki IKIM.fm

1. Dalam byk2 benda, benda apa bulat2 dan bergerabak - Tasbih
2. Buah apa ada pokok di atas dan di bawah - Nenas
3. Apa bende ramai pemandu sorang penumpang - Mengusung jenazah
4. Apakah surah yang tidak mempunyai huruf fa - Al Fatihah

Kalau Singapore ade 4D Melaka ada 5D


Wednesday, May 4, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Kisah Tokoh Agung 1.1

Kisah 1:
Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.
Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.
“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.
“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.
“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.
“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”
Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.
“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Cinta memang tak harus memiliki…

Friday, April 29, 2011

Ibadah Intim

Tadi petang semasa mendengar Al-Kulliyah yang membincangkan mengenai ibadah intim. Antara quote best daripada ahli panel iaitu Ustaz Badlishah Alaudin ialah jangan jadikan isteri seperti:


  1. Bola sepak - Selepas dapat ditendang, dibaling dan dikejar oleh berbelas orang.

  2. Skateboard - Selepas dapat dipijak-pijak

Jadikan isteri umpama bola ragbi, sesudah dapat disimpan dan dijaga dengan erat.


Tuesday, March 29, 2011

Wednesday, March 23, 2011

Gimme A Break

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.release tention~
i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Saturday, March 19, 2011

Thursday, March 17, 2011

Senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka



p/s: kesian abg ron.. belum dapat uniform lagi eh?

Wednesday, March 16, 2011

Gambar dari Satelit Tsunami melanda Jepun Mac 2011

Arahama

Selepas


Sebelum


Lapangan Terbang Sendai

Selepas


Sebelum


Yuriage
Selepas


Sebelum


Sendai

Selepas


Sebelum


Ishinomaki
Selepas

Sebelum

Semua imej atas Ehsan GeoEye

Friday, March 11, 2011

Dia peluk Islam kerana kebenaran Al Quran mengenai firaun

Pada pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah

Sunday, March 6, 2011

Cuit- cuit PRK Merlimau



Ketika aku melihat rancangan Dialog di TV1 yang membincangkan tentang tajuk 'Melaka Maju'. Aku juga turut merakam siaran ini supaya boleh dibuat sebagai koleksi. Ada satu bahagian yang aku tertarik dimana Dato Ali cakap hari ini isi borang, semalam lulus. Semasa beliau bercakap begini teringat aku tentang quote yang dibuat oleh Samy Velu tentang Pos Malaysia "Hari ini hantar, semalam sampai". Jadi di sini aku kongsikan video tersebut.

Thursday, March 3, 2011

Budaya Baru Maasyarakat Melayu Islam

Sebulan dua ni saya semasa mengambil adik pulang dari sekolah agama, saya memerhatikan kebanyakan ibu bapa atau abang kakak menunggu kepulangan anak atau adik masing-masing. Bagus betul senario ini. Ini boleh mengurangkan atau mencegah kes kehilangan atau penculikan kanak-kanak. Tapi ada sesuatu pemandangan yang tidak enak mata memandang. Di kala ibu bapa dan abang kakak menunggu anak dan adik masing-masing, saya melihat ada sesetengahnya yang tidak menutup aurat. Astagfirullah.

Apakah tujuan sebenarnya anak anak ini dihantar ke sekolah agama? Sudah tentu untuk memberi pendidikan agama bukan? tetapi apakah ibu bapa atau abang kakak ini tidak tahu tentang mendedahkan aurat itu haram hukumnya. Mungkin juga dan barangkali mereka juga tidak tahu yang mewarnakan rambut itu adalah haram. Perkara mewarnakan rambut ini biasanya dilakukan oleh anak-anak muda.

Posting ini adalah untuk mengingatkan para pembaca dan penulis sendiri. Diharapkan di samping kita menghantar anak atau adik kita ke sekolah agama kita juga patut mengambil iktibar di sebalik itu. Sekian

Wednesday, March 2, 2011

Bagaimana Rasulallah Tidur?

"Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)." (HR Bukhari dan Muslim)




Jom tidur cara Rasulullah!

Tuesday, March 1, 2011

Istigfar

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan
kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan
mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :


“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau
(Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa
mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)


"Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih daripada tujuh puluh kali" (Al-Bukhari)






....Rasulullah Sendiri Pun Banyak Beristighfar Walaupun Telah Dijanjikan Syurga....
Bagaimana Dengan Kita??

Monday, February 28, 2011

Hukum Air Nanah, Suci atau Najis


Iman Syafie dan para imam lainya bersepakat mengatakan bahawa air nanah adalah najis mutawassitah. Jika air nanah atau luka nanah itu sedikit tidak bercampur dengan benda lain yang cair dimaafkan, kerana secara umumnya manusia sangat sulit membersih air nanah yang keluar sedikit dari badan manusia. Kadar sedikit yang dimaksudkan ialah najis itu tidak dipandang jelek oleh seseorang dan tidak dapat membatalkan wuduk. Nanah yang dimaafkan adalah berasal daripada manusia keluar kurang dari besar duit 10 sen. Jika ia besar dari duit 10 sen dia dikira sebagai najis.

Kata Imam Syafie lagi darah jerawat kecil, darah nyamuk, tahi lalat, air luka bakar dan cacar yang berbau maupun yang tidak berbau, bekas bekam sedikit ataupun banyak dan darah orang lain yang sedikit adalah dimaafkan. Kesemuanya ini tidak membatalkan wuduk dan juga solat.

Cara membersihkan air nanah adalah dengan cara menghilangkan air nanah terlebih dahulu, kemudian dibasuh air nanah tersebut sehingga suci, jika setelah dibasuh masih keluar lagi air nanah, maka dikehendaki seseorang itu balut nanah tersebut supaya ia tidak merebak dan keluar dengan lebih banyak lagi.

Saturday, February 26, 2011

Perjuangan yang belum selesai

Perjuangan yang belum selesai merupakan hasil karya bekas perdana menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Audio tersebut boleh di download di bawah.

File name: Perjuangan yang belum selesai.wav
File size:939.50 KB