Saturday, January 23, 2010

Info Bulan Safar

Safar merupakan bulan kedua dalam kalendar Hijrah. Safar bermaksud sifar atau kosong. Orang arab pada bulan safar akan mengosongkan rumah mereka untuk berperang atau menuntut bela ke atas kabilah mereka.

Friday, January 22, 2010

Arsenal di Puncak

Walaupun menyedari, ini cumalah untuk beberapa hari sahaja kerana Chelsea masih lagi ketinggalan satu perlawanan.

Arsenal berada di puncak EPL pada hari rabu. Ketinggalan dua gol pada 30 minit pertama, Arsenal memerlukan 3 gol untuk menang dan empat gol untuk berada di takhta liga. Dan mereka berjaya melakukan dengan menewaskan Bolton 4-2 di Stadium Emirates.

Tuesday, January 5, 2010

Kisah Imam Abu Hanifah dan Tabi'in

Imam Abu Hanifah merupakan salah seorang daripada empat imam mazhab yang agung. Tabi' in pula merupakan golongan selepas golongan sahabat. Ketika Imam Abu Hanifah mengerjakan haji, sesudah melakukan saei, beliau ingin bercukur pula.

Ketika mahu bercukur beliau berjumpa dengan seorang tukang cukur berbangsa afrika yang berkulit gelap. tukang cukur tersebut merupakan seorang tabi'in tetapi Imam Abu Hanifah tidak mengetahui perkara tersebut. Tabi'in tersebut bernama Ata' ibn Yasar.

Imam Abu Hanifah pun bertanya harga untuk bercukur tersebut, dan pemuda tersebut menjawab "Apakah engkau berkira dalam ibadahmu?, duduk sahajalah". Terdiam Imam Abu Hanifah mendengar jawapan tersebut.

Kemudian Imam Abu Hanifah ditegur lagi oleh tukang cukur tersebut, "Menghadaplah kamu ke arah kiblat, sesungguhnya kan lebih afdal jika kau menghadap kiblat yang dekat di depan matamu ini". Imam Abu Hanifah berasa malu.

"Apakah kamu berdiam dan menutup mulutmu ini. Tidakkah kamu rasa bersukur? Berzikirlah wahai tuan". Imam Abu Hanifah berasa malu buat kesekian kalinya.

Sesudah Imam Abu Hanifah selesai bercukur, beliau bertanya kepada Ata', "Mengapa kamu tidak duduk sahaja di masjid dan membuka kelas agama? Kamu ini lebih sesuai untuk duduk di masjid dan menjadi ahli faqih (fekah)" Pemuda tersebut membalas, "Aku lebih sesuai dan selesa dengan pekerjaan ku di sini"

Friday, January 1, 2010

Mari Kita Meraikan Tahun Baru Masihi....




Mulai pada tahun hadapan, marilah kita mula meraikan tahun baru masihi yang disambut secara meriah dan besar-besaran oleh penduduk Bumi. Pagi tadi aku mendengar radio IKIM.fm mengenai cadangan daripada seorang sheikh daripada Madinah.





Beliau mencadangkan agar kita seluruh umat Islam lain bersama-sama menyambut kedatangan 1 Januari pada setiap tahun bersama orang lain tetapi dengan cara yang berbeza. Menurutnya, ini adalah kerana kita sebagai umat Islam boleh menyambut 1 Januari dengan sebab memperingati ulangtahun kelahiran Nabi Isa A.S..





Kita boleh menyambut dengan majlis bacaan Yasin, Khatam Al-Quran, Selawat dan ceramah serta majlis ilmu. Saya baru menyedari cadangan ini dan seharusnya umat Islam lain juga patut menyambutnya dan meninggalkan sambutan secara hiburan yang berlebihan atau pun hedonisme.