Friday, July 31, 2009

week 3 day 5

Aktiviti pada hari ini adalah adjust brake utk check puspakom, dan tuka lampu yang rosak


Oil filter


Kingpin


Schematic diagram Backhoe


Abg Saiful tgh adjust wheel cylinder


Betulkan lampu sebenarnye. wayar die longgar.

Wednesday, July 29, 2009

week 3 day 4 - Jasin branch

Hari ni de lorri rosak kt jasin, satu lori angkat batu satu lagi lori tanker. So, aku apan, Abg Sabri, Am dan Abg Md Shah pon bergerak ke Jasin


Nilah no plat lori yang rosak tu


Bahagian pe ni ek? Da lupe la.. huhu


Ni Stator + Solenoid lori tanker. Cube teka yang mane satu Stator?


Opie berposing maut


Set Spanar Abg Saiful

Tuesday, July 28, 2009

week 3 day 3 - Raw Water Pump House


Pam tegak(horizontal)


Bahagian Underground


Pe bende ni?


Air Sungai Melaka nilah yang diminum oleh rakyat melaka


Bahagian belakang Pump House

Monday, July 27, 2009

week 3 day 3 - Empangan Durian Tunggal


Land rover yang digunakan ke empangan durian tunggal


Sebahagian dari empangan durian tunggal


Dari Kiri (Am, Areeb, Li, Apan, Abg Sabri dan Opie)


Ini dinamakan pam tidur ada 4 pam (2 Standby 2 On)


"Lubang neraka" yg terdapat kt sane. Kalau Jatuh ni.. Huu = 0

Pada hari ini Abg Md Shah x de. Keje Pon x byk. So, Abg Sabri yg baik hati mengajak kami pergi melihat sekitar Empangan Durian Tunggal Melaka dan Rumah Pam Air Mentah di Kg Gangsa.

Nk tgk gamba di Rumah Pam Air Mentah pulak?

Stay tuned!!!!!

Saturday, July 11, 2009

week 3 part 2

Lagi gambar semasa minggu ketiga:


Fuse Box



Bush cylinder head


Air Cond Belt


Air Cond Belt yang telah retak


Handle pintu lori yang telah rosak (Lorimas)

p/s:Kebanyakan komponen merupakan kepunyaan Mazda Fighter kecuali dinyatakan

week 3 at SAMB

Dibawah merupakan gambar komponen dan kerja yang dilakukan sepanjang aku berada di SAMB di bawah Jabatan Pengeluaran di bahagian workshop


Thermostat (Mazda Fighter)


Feeler Gauge untuk adjust rocker semasa nk tutup head



Feeler gauge dimasukkan ke dalam rocker untuk adjustment



Rocker sedang dipasang



Manifold sedang dicuci menggunakan angin

100th Post

Alhamdulillah blog ini telah berjaya mencapai postingnya yang ke -100. Jutaan terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan para pembaca sekalian yang telah banyak memberikan sokongan...

Sebarang kritikan atau komen amat dialukan daripada pembaca sekalian untuk memantapkan lagi kualiti blog ini

Sekian.

Terima Kasih.

Thursday, July 9, 2009

Boikot Khatijah Tan....

Kenapa mesti boikot Khatijah Tan?


Hari ni aku terkejut apabila melihat ikon tv yang agak popular iaitu Khatijah Tan mempromosikan antara produk yang menyumbangkan dana yang terbesar kepada US & ISRAEL. Produk yang dimaksudkan ialah COKE atau Coca Cola. Tidak sepatutnya seorang muslim mempromosikan sebuah produk yang menyumbangkan kepada musuh Islam malah ia turut difatwakan sebagai HARAM oleh Prof Dr Yusuf Qaradhawi...


Saya bukan berniat untuk menutup periuk nasi sesiapa tetapi bagi saya perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kepada seeorang muslim. Diharapkan saudari Khatijah Tan sedar akan kesilapannya...


Sebarang perkataan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak harap dimaafkan

Wednesday, July 8, 2009

HTC TyTN II Pro RM 1700 ONLY!!!!!!!

Love Gadget?
Looking for suitable and affordable PDA.
Here it comes the Mid Year Promotion of HTC TyTN II Pro
Price is RM 1700 only!!!!
What are you waiting for?
Grab this golden chance to make it yours now.
Still in good condition
Reason to sell it: Seller love to travel, charging time is quite long. Thus seller do not have sufficient time to charge the phone during travelling
Contact Person : Mr Kassim (0133987455)

HTC TyTN II key features
  • Adjustable screen angle and slide-out QWERTY keyboard
  • 2.8-inch 240*320 QVGA touch screen
  • Get connected in any country
  • Tri-band UMTS & Quad-band GSM/GPRS/EDGE
  • 3.5G high speed internet
  • 9 times faster than 3G
  • Worldwide mobile high speed connectivity
  • Live HTC HomeTM screen
  • Windows Mobile 6.1 Professional with Direct Push Email
  • Internal GPS antenna, TomTom Navigator 6 Taster Edition
  • Business Card Scanner
  • 3 mega-pixel auto focus camera
  • Wireless LAN – WiFi 802.11b/g
  • Bluetooth 2.0
  • ROM 256MB and RAM 128MB
  • Easy scrolling with touch scrolling or jog wheel
  • microSDTM card slot
  • Dimensions - 112mm (L) x 59mm (W) x 19mm (T)
  • Weight - 190g with battery
  • Battery: 1,350 mAh rechargeable Li-polymer battery
  • Standby time:
    Up to 350 hours for UMTS
    Up to 365 hours for GSM
  • Talk time:
    Up to 264 minutes for UMTS
    Up to 420 minutes for GSM
    Up to 120 minutes for video call

Sunday, July 5, 2009

Melaka Tunggu Kelulusan Kementerian Bagi Projek Aerorail Bernilai RM1.8 Bilion

MELAKA, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Melaka masih menunggu kelulusan Kementerian Pengangkutan bagi melaksanakan sistem transit bandar, Aerorail, yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara, bernilai RM1.8 bilion.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau difahamkan kementerian itu sedang mengkaji aspek teknikal dan ketahanan sistem berkenaan yang akan dilaksanakan menerusi pembiayaan pelaburan syarikat swasta.

"Projek ini dah disetujui dari segi dasar dan saya harap ia dapat diluluskan segera," katanya semasa menjawab soalan pemberita, di sini, Isnin.

Sistem aerorail di Melaka akan dibina, dikendali dan diuruskan oleh Pyramid Express Sdn Bhd manakala sokongan teknikal dan pengurusan projek akan disediakan oleh Pinggiran Pelangi Sdn Bhd, ejen tempatan Aerobus International dari Houston Amerika Syarikat.

Laluan yang dicadangkan bermula dari plaza tol Ayer Keroh dan melalui Zoo Melaka, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Melaka Mall, Hospital Melaka, Melaka Sentral, Hang Tuah Mall, Menara Jam dan berakhir di Mahkota Medical Centre di Bandar Hilir, merangkumi jarak sejauh 18.4 km.

Pengarah Urusan Pyramid Express Datuk Lim Sue Beng pada upacara pecah tanah projek itu di Lebuh Ayer Keroh pada 27 Feb lepas, dilaporkan berkata Aerorail akan dibina menerusi dua fasa dan kerja pembinaan akan bermula dalam tempoh enam bulan, dengan pelaburan modal RM586 juta manakala fasa kedua menelan kos RM807 juta.

Lim berkata fasa pertama merangkumi jarak sejauh 9.565 km yang termasuk pembinaan 10 stesen dan dalam fasa kedua, jarak sejauh 8.77 km dengan tambahan tiga stesen.

Menurut Mohd Ali, sistem Aerorail yang serupa kini dibina di Beijing yang pada awalnya dijangka siap menjelang Sukan Olimpik yang bermula Jumaat ini.

"Bagaimanapun, projek Aerorail di Beijing itu tertangguh dan hanya akan disiapkan tahun depan dan saya ada mencadangkan supaya pemaju (Pyramid Express) membuat kajian kesesuaian projek di Beijing dan di Melaka," katanya.

Mohd Ali berkata Aerorail akan menjadi rangsangan kepada Melaka kerana ia bukan sahaja mengurangkan kesesakan trafik dan pencemaran alam sekitar, malah menampung keperluan pelancong yang dijangka mencecah lapan juta rang menjelang 2010.-- BERNAMA















A+ kepada Melaka Kota Warisan Dunia!

SETELAH sekian lama tidak keluar dari kota kosmopolitan Kuala Lumpur - yang penuh sesak dengan jalan-jalan berlubang dan sudah kurang serinya lagi, saya mengambil keputusan bercuti ke Melaka hujung minggu lalu.

Ke Melaka dengan memandu secara santai hanya memakan masa kira-kira sejam setengah. Tidaklah hebat sangat mengambil keputusan bercuti bersama keluarga ke negeri itu. Kali terakhir saya ke Melaka ialah kira-kira empat tahun lalu. Apa yang istimewanya Melaka? Tiada istimewa pun - asyik-asyik Kota A‘Farmosa, panjat Bukit St. Paul dan berjalan ke bangunan rumah kedai bercat merah di Jonker Walk menghala ke The Stadthuys. Di tepinya ialah Sungai Melaka yang mengalir lesu dan berbau tengit. Di sepanjang sungai itu berderetan bontot kedai-kedai lama Cina yang hodoh, kotor dan tiada apa yang istimewa pun.

Petang Jumaat lalu, dari rumah saya di Shah Alam, saya mengambil lebuh raya PLUS dan memasuki ke tol Alor Gajah. Sampai di bandar Alor Gajah pada kira-kira pukul 8 malam, saya teruja melihat bangunan rumah kedai di pekan itu dipasang dengan jaluran lampu yang mengikuti bentuk bangunan itu. Pokok-pokok di tepi-tepi jalanan diselaputi neon-neon. Terdetik di hati, cantiknya. Pertama kali saya sampai ke situ pada waktu malam.

Sampai di Tanjung Kling, saya daftar masuk ke sebuah pusat peranginan menghadap Selat Melaka di Pantai Klebang dan bermulalah percutian saya di negeri Hang Tuah yang dibuka oleh Parameswara pada sekitar 1400 Masihi.

Melaka bagi saya bukan seperti empat tahun lalu. Ia sudah berubah. Tergerak di hati saya untuk menulis di ruangan ini kerana Melaka telah berubah. Ia berubah 360 darjah daripada beberapa tahun lalu.

Nampaknya semua orang buat kerja - kerja keras. Dari atas sampai ke bawah, dari orang atasan sampai ke orang bawahan semuanya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Melaka. Orang Melaka sangat berbangga dengan negeri mereka.

Kampung-kampungnya tersusun rapi dan tiada semak samun dan belukar yang menyakitkan mata seperti di negeri-negeri lain. Terus terang saya katakan Melaka lain dari negeri-negeri lain. Semuanya tersusun.

Layak saya takrifkan, Melaka ialah negeri termaju dalam lingkungan negeri-negeri di Malaysia yang masih lagi ketinggalan. Tidak hairanlah Melaka berani meletakkan motonya sebagai Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia.

Sepanjang jalan di Melaka dari Alor Gajah hingga ke Banda Hilir dan ke Air Keroh saya kagum melihat tiada sampah sarap bersepah yang menyakitkan mata, atau jalan-jalan berlubang yang banyak di Kuala Lumpur. Tiada tanda-tanda jalan yang mengelirukan. Semuanya sempurna.Pada malam Sabtu, buat pertama kalinya saya menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot dari jeti di Dataran Quayside. Kawasan itu telah melalui transformasi yang amat menakjubkan. Gudang-gudang lama di situ telah diubah moden. Kesan-kesan kota lama yang diekskavasi dipelihara dengan baik.

Terpesona saya menyusuri sungai yang mengambil masa pergi balik selama 45 minit. Saya berasa seperti bukan berada di Malaysia, tapi di mana-mana di negara maju lain. Lampu-lampu berwarna-warni diperkayakan di sepanjang perjalanan itu. Sampai di satu tempat bot memperlahankan kelajuan bagi menyaksikan pertunjukan air pancut menari di tepi tebing sungai itu. Terlalu unik melihat rumah-rumah Melayu dihiasi cahaya lampu, yang bilnya ditanggung oleh kerajaan. Bagi saya apa yang dilakukan ini bukan membazir, tapi dibayar balik oleh pendapatan industri pelancongannya yang hebat.

Pak Hassan, pemandu bot kami bercerita mengenai kisah-kisah bangunan lama dan beliau mengimbau kami ke zaman silam Melaka yang terlalu kaya sejarahnya. Dari pokok Melaka di tepi sungai kepada projek membawa roda feri Eye of Malaysia dari Taman Tasik Titiwangsa, Menara Taming Sari yang menjadi tarikan terbaru hinggalah kepada pokok bakau yang dipelihara, yang pada siang harinya kita boleh melihat biawak makan - makanan yang turut dibiayai oleh kerajaan negeri.

Beliau yang juga bertindak sebagai pemandu pelancong, sambil memandu bot pelancong ala di Sungai St. Antonio, Amerika Syarikat itu bercerita bagaimana kerajaan negeri akan mengubah bahagian belakang bangunan rumah kedai itu menjadi bahagian hadapan menghadap ke muka sungai. Di tepi sungai itu akan dijadikan pejalan kaki dan kafe-kafe seperti yang terdapat di Venice. Tiang-tiang untuk projek monorel telah pun dibina. Kampung Jawa, katanya yang kelihatan usang akan diambil alih dan dimajukan oleh saudagar dari Arab.

Membandingkan empat tahun lalu dengan apa yang ada hari ini, saya percaya semua kata-kata Pak Hassan itu. Apa yang beliau katakan itu akan menjadi kenyataan.

Beliau juga tidak lokek apabila membawa kami hingga ke kunci air yang dibina, bagi menunjukkan bagaimana sungai itu sentiasa dipenuhi air walaupun pada waktu air surut. Sebahagian daripada sungai itu ialah buatan manusia. Pada satu-satu masa, paras air sungai ialah pada ketinggian 14 kaki, cukup tinggi untuk aktiviti pelancongan air yang aktif dijalankan di sungai itu. Di tebing sungai seberang dari jeti Quayside, projek pembinaan hotel lima bintang sedang rancak dijalankan.

Terlalu bernilai cerita-cerita yang disampaikan oleh Pak Hassan, pesara kakitangan Jabatan Perikanan Klang itu. Perjalanan menyusuri sungai itu terlalu berbaloi dengan harga tambang RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. “Letih tapi seronok, hari ini saja saya dah bawa lebih 15 trip,” katanya puas.

Keesokan hari (Ahad) sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami sekali lagi singgah di Banda Hilir dan melawat beberapa tempat lazim di situ. Ternyata semuanya amat memuaskan. Bersih sungguh. Tindakan kerajaan Melaka membangunkan Dataran Pahlawan, misalnya amat bijak sekali. Di atasnya ialah padang yang bersejarah itu, di bawah ialah bazar dan mall perniagaan. Perlu direkod di sini, hanya dua perkara yang sedikit menghampakan. Pertama, kesesakan trafik di tengah bandar raya. Dan kedua, harga makanan di restoran kampung Melayu yang terlalu ‘mencekik darah’ - walaupun asam pedasnya memang sedap.

Selain itu, ternyata pentadbiran Melaka berjaya mengubah sebuah negeri itu menjadi pusat tarikan pelancongan yang berjaya. Pembangunan Melaka yang asalnya dimulakan oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik, kini dirancakkan oleh ketua menteri yang kreatif dan inovatif, Datuk Ali Rustam.

Kita syorkan para pentadbir negeri, perancang bandar yang terlalu kerap ke luar negara untuk melihat negara orang, melakukan lawatan sambil belajar ke Melaka. Contohilah pengurusan taman dan sampahnya yang dilihat terlalu tersusun. Perancangan infrastruktur pelancongannya yang begitu sistematik.

Jika Melaka boleh mengapa Kuala Lumpur tidak boleh? Mengapa Sungai Klang dibiarkan lesu dan kotor sedangkan ia boleh dijadikan laluan river cruise dari KL ke bandar diraja Klang; sama seperti yang berlaku di Sungai Melaka? Mengapa Padang Kota Lama di Pulau Pinang terlalu membosankan - dengan gerai mee sotong di tepinya masih daif sama seperti puluhan tahun lalu? Mengapa Pasar Siti Khatijah di Kota Bharu yang diberi nama Bandar Raya Islam terlalu kotor dengan tikus-tikus mondok yang menjijikkan?

Melaka tidak cainnotophobia (disebut: kain no to fobia). Pemimpinnya tidak takut atau fobia kepada pembaharuan atau tidak takut mencipta sesuatu yang baru.

Ia semuanya datang dari seorang pemimpin yang berfikiran kreatif dan mahu melihat kecantikan untuk membangunkan negerinya.

Walaupun Melaka sebuah negeri kecil, tapi hati orangnya waja. Syabas Melaka!

Oleh Zaini Hassan

Genap seminggu di Woksyop

9 Jun

0800 - Masuk kerja
0830 - Belajar Fekah dengan En Jilani
0900 - Tukar oil filter, transmission oil n Engine Oil
JCB.
1000 - Minum pagi + makan durian kat Gapam (kebun Abg Md
Shah)
1400 - Rehat + solat Zuhur
1645 - Solat asar
1700 - Balik
Maka dengan ini genaplah seminggu perkhidmatan aku di woksyop dan Aku telah berkenalan dengan semua mekanik seperti berikut:
Zolkafeli (SV)
Md Shah b. Abdol (Kanan)
Sabri b. Baba (Pen. Kanan)
Shahepolbari b. Sarif (Staff Brake)
Suhaimi b. Abd. Rahman (Staff Service)
Mohd Zaki b. Dol (Misc)
Mohd Armi b. Mohd. (Misc)
Mail b. Abu (Puspakom)

dan pelajar intern:
Am (Uniten)
Li (UTeM)
Areeb (UTeM)
Opi (UTeM)
Apan(UTP)
Aku(UTP)

p/s: selepas ni aku cuma menulis butiran pekerjaan sahaja, tidak perlulah terlalu detail sangat ye..

Minggu ke-2 di SAMB

8 Jun

Hari ni merupakan minggu kedua di SAMB
0800 - Punch masuk

0830 - Weekly assembly kat Loji DAF
1000 - Relax
1430 - Tukar brake pad kete Proton Saga 1st Edition
1500 - Tukar washer JCB dgn Abg Md Shah
1645 - Solat asar berjemaah
1700 - PUnch balik

p/s: DAF ni name rawatan untuk air bersih seperti air dari empangan menggunakan teknologi Sweeden

hari ke-5 di SAMB

5 Jun

0800 - Punch masuk
0830 - Baca Yasin berjemaah
0900 - Minum pagi
1000 - Repair bottom clutch truck pickup yg bocor dgn abg Sabri
1100 - Check brake lori dgn Abg Shahepol
1200 - Blk umah Apan
1300 - Solat Jumaat
1645 - Solat Asar
1700 - Punch balik

MAka dengan ini Lengkaplah minggu pertama aku di SAMB

HAri ke 4

Hari ke 4

0800 - Punch card masuk
0830 - Belajar tauhid bersama En Jilani (staff metering)
1000 - Minum pagi
1030 - Repair clutch bakar dgn abang Armi n Zaki
1100 - Repair boom backhoe (tukar hose yang connect hydraulic cylinder ke lever) dan pasang bearing kat kingpin. KAt sini baru aku tengok rupa bearing dpn mata. selama ni blaja kat dlm klas MED dgn Mr Azmi pasal bearing Timken n SKF.
1400 - Rehat, lunch + solat zuhur kat kg Tun Razak, Bukit Katil.
1615 - Amek sofcopy bdk intern yang dolu2 dari PC En. Majid
1645 - Solat Asar berjemaah kat surau
1705 - Punch card keluar