Semalam kira-kira pukul 5 petang aku terlanggar seorang budak di depan sekolah Sri Lanang Jasin Melaka. Aku yang dalam perjalanan dari Jasin ke Kesang untuk pulang ke rumah memandu Toyota Unser kepunyaan abah. Aku yang memandu dengan kelajuan kira-kira 50km/j kerana semalam aku rasa memang tak sedap hati dan malas je nak bawa Unser tu telah melanggar seorang budak darjah 5 yang baru habis ko-ku. Aku cuma sempat brek dan tidak sempat mengelak kerana di sebelah kiri jalan terdapat pelajar dan ibu bapa berada di situ. Aku turun dari kereta dan bergegas mendapatkan budak itu. Walaubagaimanapun aku langsung tidak berapa cuak atau pun takut kerana aku yakin aku tak bersalah.Dan ternyata aku memang tidak bersalah kerana pengawal yang menjaga lalulintas tersebut menyalahkan budak tersebut kerana menunggang dengan laju dan basikal tersebut tidak mempunyai brek.
Aku menawarkan diri untuk menghantar budak itu ke klinik dan k rumahnya tetapi budak itu enggan dan aku menurunkannya di depan Taman Kelubi Damai di mana budak tu tinggal. Kemudian aku atas dasar kemanusiaan pergi ke sekolah balik utk berjumpa dengan cikgu yang bertugas kerana ingin berjumpa dengan org tua budak tersebut. dan anak cikgu wahid merangkap kepada suami cikgu fairus dengan murah hati menunjukkan kepada ku rumah budak itu.
aku berjumpa dengan parent budak itu dan meminta maaf kerana 'melanggar' anak mereka padahal bukan budak tu yg langgar aku. dan ibunya dengan mudah memaafkan aku kerana diriku yang tidak bersalah ini. tetapi bapak budak tu cam marah je. tapi x kesah la asalkan anak dia selamat. dan aku hulurkan rm10 kt budak tu utk beli ubat dan repair basikal (yang lebih tambah sendiri la).
Lake County Investment Properties
10 years ago
No comments:
Post a Comment