Monday, February 28, 2011

Hukum Air Nanah, Suci atau Najis


Iman Syafie dan para imam lainya bersepakat mengatakan bahawa air nanah adalah najis mutawassitah. Jika air nanah atau luka nanah itu sedikit tidak bercampur dengan benda lain yang cair dimaafkan, kerana secara umumnya manusia sangat sulit membersih air nanah yang keluar sedikit dari badan manusia. Kadar sedikit yang dimaksudkan ialah najis itu tidak dipandang jelek oleh seseorang dan tidak dapat membatalkan wuduk. Nanah yang dimaafkan adalah berasal daripada manusia keluar kurang dari besar duit 10 sen. Jika ia besar dari duit 10 sen dia dikira sebagai najis.

Kata Imam Syafie lagi darah jerawat kecil, darah nyamuk, tahi lalat, air luka bakar dan cacar yang berbau maupun yang tidak berbau, bekas bekam sedikit ataupun banyak dan darah orang lain yang sedikit adalah dimaafkan. Kesemuanya ini tidak membatalkan wuduk dan juga solat.

Cara membersihkan air nanah adalah dengan cara menghilangkan air nanah terlebih dahulu, kemudian dibasuh air nanah tersebut sehingga suci, jika setelah dibasuh masih keluar lagi air nanah, maka dikehendaki seseorang itu balut nanah tersebut supaya ia tidak merebak dan keluar dengan lebih banyak lagi.

Sunday, February 27, 2011

Sekitar Hari Penamaan Calon Dun Merlimau

Saturday, February 26, 2011

Perjuangan yang belum selesai

Perjuangan yang belum selesai merupakan hasil karya bekas perdana menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Audio tersebut boleh di download di bawah.

File name: Perjuangan yang belum selesai.wav
File size:939.50 KB