Saturday, July 31, 2010
Bihun vs Mee
Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.
Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"
Friday, July 30, 2010
Warga Australia tidak tahu berbahasa Melayu
berhijrah ke Malaysia...
Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk
berkata "kuih donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat
memesan makanannya sendiri.
Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.
"Nak makan apa?" tanya pelayan.
"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.
Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih
donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar
pula untuk mengucapkan "roti daging".
Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke
restoran dan terus memesan,
"Roti daging."
"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.
"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.
kui3..
Thursday, July 29, 2010
Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!
Thursday, July 15, 2010
Nak Makan kat Kedai Mamak?
Ini adalah emel yang dihantar Umi.. -->
Ambil Pekerja Asing Tamparan Hebat Bakal Berlaku
Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi
tadi saya telah berborak mengenai penyakit-penyakit 60-an bersamanya.
Uncle M: Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering
(TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit kulit, sakit mata
merah dah datang balik ke Malaysia.
Hanief: Saya tak berapa pasti pula.
Uncle M: Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor,
peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua akan bawa topik isu
semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.
Hanief: Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan
nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup bersih dan
ubat-ubatan lagi.
Uncle M: Tahu tak mana puncanya?
Hanief: ...
Uncle M: Kedai Mamak.
Hanief: Haha... Kedai Mamak?
Uncle M: Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.
Hanief: Tapi kenapa dengan Mamak?
Uncle M: Bukankah diorang guna pekerja asing dari India ? Ada yang
bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi. Lepas itu dia pun
potongkan roti canai kau.
Hanief: Hahahaha...
Uncle M: Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan
di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor bukan TB, tapi sakitnya
serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang
virus TB itu dah lalui proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.
Hanief: Dah pulih ke dia?
Uncle M: Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.
Hanief: Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada
pemeriksaan kesihatankan?
Uncle M: Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang
naik tongkang? Lagilah!
Hanief: Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat
transit pelancongan, tak payah guna visa.
Uncle M: Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat
sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?
Hanief: Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.
Uncle M: Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang.
Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari kerja pula. Itu
yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?
Hanief: Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja
asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja asing.
Uncle M: Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja
asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG dan lain-lain. Orang
Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi
itu pun saya tanya, ada tak pekerja Indonesia . Kalau ada saya tak
makan. Buat apa saya bayar untuk dapat penyakit?
Hanief: Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod
kesihatan. Atau pun beri suntikan?
Uncle M: Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung?
Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang bawa penyakit
daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta
setahun. Tapi kita nanti terpaksa belanja RM100 juta untuk basmi
penyakit yang dibawa pendatang asing.
Hanief: Logik juga ya?
Uncle M: Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kau
fikir-fikirkanlah lepas ni.
Hanief: Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun
cerita Mamak rendam seluar dalam.
Uncle M: Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi
penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan serangga. Ada satu
restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W.
Siap pasang ayat Quran lagi. Rupa-rupanya India . Ayam ambil dari
pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur,
kadar racun serangga dia tinggi.
Hanief: Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan
sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan sampah. Lepas itu
jual di pasar.
Uncle M: Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada
klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi arnab ke ikan, pasti
boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan
Panadol. Panadol ni dia tipu otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak
rasa.
Hanief: Painkiller ke?
Uncle M: Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant.
Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia campur sikit serbuk daun
ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat.
Ramai orang suka teh tarik.
Hanief: Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk
terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit. Macam warga Red
Indian di Amerika dulu.
Uncle M: Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di
kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau fikir-fikirlah sendiri.
Hanief: Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?
Uncle M: Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia,
kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang Malaysia panik.
Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia ?
Hanief: Betul juga. Restoran Mamak pun berlambak dalam Lembah Klang.
Liana meninggal dunia akibat batuk kering
...akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman
Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam.
from Kosmo! - Jan 28, 2010 2:59 AM
Amaran tibi
...jangkitan penyakit batuk kering atau tibi sekitar Lembah Klang
semakin membimbangkan apabila meningkat daripada 1,253 kes pada 2007
kepada 1,387 kes sepanjang 2008 dengan tujuh kematian.
from Harian Metro - Apr 4, 2009 10:28 AM
Ketua Biro Utusan Perlis meninggal dunia
...akibat penyakit batuk kering (Tibi).
from Utusan Online - Jan 8, 2009 10:23 AM
Hasil kajian INFORMM diiktiraf
...taun dan batuk kering.
from Harian Metro - Jun 10, 2008 11:46 AM
Kelonggaran eksport kera ditarik balik elak wabak
...batuk kering (TB) dan hepatitis.
from Berita Harian - Feb 2, 2008 10:27 AM
Bekas polis derita sakit
...akibat penyakit batuk kering dihidapinya sejak enam tahun lalu
menyebabkan kerosakan paru-paru.
from Berita Harian - Jan 24, 2008 9:49 AM
Tiga peratus warga asing bawa penyakit
...batuk kering, sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun.
from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM
Tiga peratus warga asing bawa penyakit
...sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun.
from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM
4,000 pendatang bawa sifilis
...kelamin jenis sifilis apabila diperiksa semula dalam saringan
kesihatan selepas sebulan berada di negara ini, sepanjang tahun lalu.
from Harian Metro - Nov 14, 2007 9:40 AM
2,571 mati dalam penjara, pusat tahanan
...depoh tahanan pendatang tanpa izin, meninggal dunia akibat pelbagai
penyakit sejak 1999 sehingga tahun lalu.
from Berita Harian - Mar 24, 2009 9:04 AM
Pendatang hidap HIV dihantar pulang
...menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk HIV selepas menjalani
pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di negara ini.
from Harian Metro - Nov 23, 2007 10:01 AM
Wednesday, July 14, 2010
Pulangkan (versi hutang)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang
(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku
Pulangkan hutang-hutangmu-(Pegawai PTPTN)
Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)
(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
hingga akhir nyawa..
Sunday, July 11, 2010
Lesunya Amalan Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Negeri ,Ipoh
Tetapi dewasa kini amalan bersolat jemaah makin dilupakan orang, terutama solat berjemaah pada waktu subuh. Kalau dilakukan cuma pada solat jumaat sahaja . Kecuali pada mereka yang mengutamakan solat berjemaah tanpa mengira tempat dan waktu. Apatah lagi pada mereka yang sering menetap di hotel-hotel atau yang sering bekerja atau menonton TV hingga lewat malam.
Tetapi yang peliknya disekitar bandaraya Ipoh yang saya lawati pada pukul 4.30 pagi (14hb November 2005) sekembali dari arah selatan menuju keutara, didapati pusat-pusat siber kafe dan restoran mamak di Ipoh Jaya yang dibukak 24 jam masih lagi sesak dengan pengunjungnya.Tak tahu lah saya akan tempat-tempat seperti pub atau disko yang banyak bertaburan dibandaraya Ipoh.
Sengaja saya mencari restoran mamak untuk mencari sesuap rezeki untuk berpuasa sunat pada hari Isnin disamping menambahkan bilangan puasa 6 yang baru memasuki puasa hari yang ke 4. Dapat juga memakan sekeping roti canai disamping teh tarik sebagai amalan bersahur sebelum berpuasa. Selepas makan dan minum saya menuju ke Masjid Negeri , Ipoh sambil memerhati arah jam yang menunjukkan pukul 5. 15 pagi.
Dalam hati berdebar-debar juga memohon pada Allah agar dapat berjumpa dengan Mufti Perak yang terkenal Dato Harussani, mana tahu mudah-mudahan beliau sanggup berlapang dada bersolat jemaah di Masjid Negeri Ipoh! Juga dapat melihat pelajar-pelajar Hafiz yang menuntut atau membuat latihan amali di Masjid Negeri. Tetapi alangkah hampanya bila sampai dekat sana tidak ramai manusia yang ada, kecuali seorang dua termasuk Pak Guard yang sedang menyalin kain mungkin sebagai persiapan untuk solat berjemaah waktu subuh.
Selebihnya hanya melihat pelawat-pelawat masjid yang masih lagi tidur berdengkur sebagai tanda beriktikaf ditingkat bawah masjid yang mempunyai lapisan 2 tingkat tersebut. Terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebelum kedatangan azan subuh. Bila naik ketingkat atas waktu jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Tiada siapa pun yang terdapat di tingkat atas tetapi lampu sudah dihidupkan dan alat penghawa dingin sudah beroperasi.
Sebentar kemudian bila masuk waktu solat, datang bilal untuk mengalunkan azan subuh. Selesai azan masih lagi tak ramai yang bersolat sunat Qabliyah subuh, sementara batang hidung Mufti tidak juga kelihatan. Mungkin beliau bersolat subuh dimasjid lain atau dikediaman rumah beliau. Hanya Allah jua yang tahu! Tiba masa untuk bersolat subah hanya didapati lebih kurang 15 orang sahaja yang datang untuk bersolat subuh. Termasuk Tok Imam dan bilal! Makmum hanya dalam satu saf sahaja! Itu pun tidak penuh!
Di Masjid Negeri yang punya besar dan seluas 2 tingkat yang rasa-rasa mampu memuat sehingga 3 ribu orang hanya didatangi oleh oleh 13 orang makmum! Tidak termasuk Tok Imam dan bilal yang yang datang menjalankan tugas mereka!!
Mana perginya program Rakan Masjid? Program Ziarah Masjid? Program Mengimarah Masjid? Mungkin tidak sehebat publisiti Program Kempen Ziarah Hotel oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan sehingga ramai umat Islam yang tinggal dihotel lebih selesa tidur lena di katil yang empok dan solat subuh bersendirian daripada solat subuh berjemaah di Masjid! Atau orang-orang Kaya Islam sekitar Ipoh lebih selesa beradu dengan pasangan masing2 daripada bangkit awal mengerjakan solat subuh secara berjemaah!
Mungkin disekitar masjid negeri, tidak terdapat kediaman umat Islam, tetapi lokasinya terletak bertentangan dengan Balai Polis Trafik,belum dikira lagi terletak berhampiran dengan Stesyen Keretapi dihadapannya, Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi dan agak jauh sedikit terletak Pejabat Agama Islam dan Bank Islam. Dan sesayup mata memandang lagi terletak Pejabat Kerajaan Negeri yang tersergam indah tidak sampai 1 kilometer dari Masjid Negeri! Atas sedikit Pejabat badan Pencegah Rasuah atau BPR.
Takkan lah kesemua umat Islam terutama kakitangan kerajaan yang bertugas berhampiran dengan Masjid Negeri tidak mampu untuk memakmurkan atau mengimarahkan masjid? Apahkah fungsi kedatangan mereka kebandaraya Ipoh setakat untuk mencari rezeki untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu dengan melupakan sekali fungsi masjid?
Atau pehak Mufti yang terlupa untuk menurunkan hulubalangnya atau laksamananya untuk turun padang bagi mengisi program manusia sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini di masjid! Nampak sangat pehak berkuasa agama lalai dalam menjalankan tugas untuk mengejutkan penduduk bandaraya Ipoh agar mengimarahkan masjid!
Nampaknya masjid hanya berfungsi sebagai tempat untuk bersolat jumaah dan tempat mengakad nikahkan pasangan Islam. Tetapi tidak sebagai tempat manusia untuk mengabadikan diri pada Allah. Masjid hanya dijadikan tempat memohon pertolongan seperti dalam kes Tsunami di Aceh. Tetapi bila mana manusia sudah senang lenang, mereka mudah lupa daratan,mereka lupa pada Tuhan. Kalau nak ingat Tuhan pun lebih senang secara bersendirian. Mungkin setakat memenuhi fungsi hablumminallah ( hubungan manusia dengan Tuhan) tetapi tidak dalam fungsi habluminanas ( hubungan manusia sesama manusia)
Orang-orang masjid seperti Tok Imam, bilal dan Tok Siak tak kira lah samada makan gaji atau sukarela hanya didekati terutama menjelangnya waktu kematian seperti mandi jenazah, bersolat dan upacara pengkebumian sahaja. Tetapi sementara hayat dikandung badan atau masih hidup siang dan malam bergelumang dengan dosa seperti pergaulan bebas dan 1001 kerja-kerja kemungkaran. Masjid hanya didekati pada masa dekat nak mati sahaja.
Apakah manusia masih lagi tidak mahu menginsafi diri mereka lagi?Sama-samalah kita tunggu program terbaru dari Mufti Perak dalam usaha menarik minat umat Islam untuk mengimarahkan masjid seperti Program Mengenal Pada Tuhan, Program Cinta pada Tuhan, agar manusia berlumba-lumba mengerjakan solat jemaah terutama pada waktu Subuh kerana rindunya mereka pada Tuhan dan takut pada neraka. Terutama pada Masjid Negeri yang terletak di Ipoh, Perak!!
Wassalam.
Moderator SiberMelayu
Friday, July 9, 2010
Just A Mom
She hesitated, uncertain how to classify herself.
"What I mean is, " explained the recorder,
"do you have a job or are you just a ....?"
"Of course I have a job," snapped the woman.
"I'm a Mom."
"We don't list 'Mom' as an occupation,
'Housewife' covers it,a? Said the recorder emphatically.
I forgot all about her story until one day I found myself
In the same situation, this time at our own Town Hall.
The Clerk was obviously a career woman, poised,
Efficient, and possessed of a high sounding title like,
"Official Interrogator" or "Town Registrar."
"What is your occupation?" she probed.
What made me say it? I do not know..
the words simply popped out.
"I'm a Research Associate in the field of
Child Development and Human Relations."
The clerk paused, ball-point pen frozen in midair and
looked up as though she had not heard right.
I repeated the title slowly emphasizing the most
significant words.
Then I stared with wonder as my pronouncement
was written, in bold, black ink on the official questionnaire.
"Might I ask," said the clerk with new interest,
"just what you do in your field?"
Coolly, without any trace of fluster in my voice,
I heard myself reply,
"I have a continuing program of research,
(what mother doesn't)
in the laboratory and in the field,
(normally I would have said indoors and out).
I'm working for my Masters, (first the Lord and then the whole family)
and already have four credits (all daughters).
Of course, the job is one of the most demanding
in the humanities, (any mother care to disagree?)
and I often work 14 hours a day, (24 is more like it).
But the job is more challenging than most
run-of-the-mill careers and the rewards are more
about the satisfaction rather than just money."
There was an increasing note of respect in the
Clerk's' voice as she completed the form, stood up,
and personally ushered me to the door.
As I drove into our driveway, buoyed up by my
glamorous new career, I was greeted by my
lab assistants -- ages 13, 7, and 3.
Upstairs I could hear our new experimental model,
(a 6 month old baby) in the child development program,
testing out a new vocal pattern.
I felt I had scored a beat on bureaucracy!
And I had gone on the official records as someone
more distinguished and indispensable
to mankind than "just another Mom."
Motherhood!
What a glorious career!
Especially when there's a title on the door..
Does this make grandmothers
"Senior Research Associates in the field of Child Development and Human Relations"
And great grandmothers
"Executive Senior Research Associates?"
I think so!!!
I also think it makes Aunts
"Associate Research Assistants."