Thursday, June 10, 2010

Abu Ubaidah Al Jarrah

Setiap orang pasti menpunyai idola masing masing. Idola sepatutnya merupakan orang yang boleh dicontohi dan membimbing kita ke jalan yang lurus.

JIka ditanya pada kebanyakan orang, siapakah idola anda? Pasti mereka menjawab, idola saya adalah Nabi Muhammad. Tidak salah salah untuk kita memilih selain idola kita asalkan mereka memberikan contoh dan perwatakan yang mulia.

Semasa Rasulallah masih hidup terdapat sepuluh orang yang telah dijamin syurga, antaranya adalah Abu Ubaidah Al Jarrah. Mungkin kita jarang mendengar nama ini berbanding Abu Bakar, Umar, Usman atau pun Ali.

Oleh itu marilah kita bersama sama mengenali siapakah dia orang yang bernama Abu Ubaidah Al Jarrah ini.

  • Nama penuh: Amir bin Abdullah bin Jarrah.
  • Perwatakan: Kurus, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu.
  • Lahir di Mekah, di rumah keluarga suku Quraisy yang terhormat.
  • Beliau termasuk antara orang yang mula mula memeluk Islam.
  • Beliau memeluk Islam sehari selepas Abu Bakar As Siddiq
  • Beliau memeluk Islam bersama Arqam bin Abi Al Arqam dan Abdurrahman bin Auf ditangan Abu Bakar yang membawa mereka berjumpa Rasulallah.,
  • Nabi pernah bersabda "Setiap umat mempunyai orang kepercayaannya dan umat ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah"
  • Atas pengislaman ini bapanya menaruh dendam yang mendalam kepadanya dan berazam untuk membunuhnya.
  • Semasa perang badar, beliau dapat mengelak daripada dibunuh oleh bapanya.
  • Tetapi semasa perang Uhud, beliau tidak dapat mengelak daripada bersemuka daripada bapanya dan telah membunuhnya.
  • Ekoran itu Allah menurunkan firmannya dalam surah Mujadillah ayat 22.
  • Semasa keadaan kucar kacir dalam perang uhud, beliau mencari nabi untuk melindungi baginda dan mendapati pipi baginda luka akibat rantai besi penutup kepala baginda.
  • Abu Ubaidah mencabut rantai besi itu menggunakan gigi beliau sehingga gigi beliau tercabut. Kemudian Abu Ubaidah mencabut rantai besi yang satu lagi menggunakan gigi beliau juga sehingga mengakibatkan dua giginya hilang.
  • Rasulallah telah memberi gelaran "Gagah dan Jujur"
  • Pada suatu hari sekumpulan Kristian datang bertemu Rasulallah untuk meminta wakil daripada pihak muslimin supaya menjadi orang tengah untuk meleraikan pertengkaran.
  • Nabi menjawab, datanglah pada petang nanti, akan ku kirimkan orang yang jujur.
  • Kebetulan pada masa itu, Umar juga berada di situ dan ingin dirinya dipilih.
  • Selepas nabi selesai mengerjakan solat Zuhur, nabi memandangkan kebelakang dan pada waktu itu Umar meninggikan dirinya agar dapat dilihat Rasulallah. Kemudian nabi terpandang Abu Ubaidah dan memanggilnya supaya mengikuti kumpulan Kristian itu untuk meleraikan pertengkaran.
  • Abu Ubaidah juga merupakan seorang yang ZUHUD. Ini dpaat dilihat semasa Khalifah Umar melawat Abu Ubaidah yang ketika itu telah menjadi gabenor di Syria. Umar mendapati cuma terdapat pelana kuda, pedang dan perisa di rumah Abu Ubaidah.
  • Umar bertanya, "Kenapa kamu tidak mengambil harta rampasan perang seperti orang lain?" Abu Ubaidah menjawab "Ini sudah memadai bagiku".
  • Semasa wabak Taun melanda Syam, Umar menghantar surat menyuruh Abu Ubaidah untuk pulang ke Madinah. Tetapi Abu Ubaidah membalas, "Wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu tuan memerlukan saya, akan tetapi saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah jangan paksa saya pulang ke Madinah dan izinkanlah saya tinggal di sini"
  • Umar menangis dan para hadirin beryanya adakah Abu Ubaidah telah meninggal? Umar menjawab "Abu Ubaidah sedang berada di ambang kematian"
  • Menjelang kematiannya, Abu Ubaidah berpesan supaya
  • Menunaikan solat,
  • Berpuasa di bulan ramadan.
  • Membayar Zakat
  • Menderma
  • Mengerjakan Haji dan Umrah
  • Saling nasihat menasihati
  • Jangan menipu
  • Jangan terpedaya dengan godaan dunia.

Akhirnya Abu Ubaidah meninggal dunia di Syam pada tahun 18 Hijrah ketika beliau berumur 58 tahun.

Ada Apa Dengan Nama

Namaku diberi Muhammad 'Ammar bin Kassim

'Ammar bermaksud yang memakmurkan, yang lemah lembut dalam percakapan dan yang kuat iman dalam.

Alhamdulillah aku masih tiada lagi nama gelaran dan ibu bapa serta rakan rakan ku masih lami memanggilku AMMAR.

Aku juga berbangga dengan nama ini kerana ia sedap didengar dan unik. Sebab itulah blog ini dinamakan kALAMmar.

Di sini aku ingin menceritakan mengenai sahabat nabi yang bernama Ammar.

  • Nama penuh beliau adalah AMMAR ibnu YASIR
  • Dilahirkan pada tahun gajah.
  • Hamba Banu Adi.
  • Ibunya bernama Sumayyah bin Khayyat (orang ke-7 memeluk Islam)
  • Bapanya Yasir dan Sumayyah.
  • Merupakan kawan kepada rasulallah sebelum memeluk Islam lagi.
  • Menjadi orang tengah antara perkahwinan Rasulallah dengan Khadijah.
  • Keluarga ini diseksa pada tahun terakhir hijrah.
  • Sumayyah dan suaminya menjadi syahid pertama dalam Islam.
  • Abu Jahal telah mengetuai segala seksaan terhadap semua sahabat Rasulallah.
  • Keluarga Ammar antara yang paling teruk diseksa.
  • Selepas seksaan itu, Hamzah dan para sahabat pergi ke tempat seksaan dan mendapati semua muslim yang diseksa telah syahid kecuali Ammar.
  • Ammar telah dibebaskan dan diberi minum air.
  • Semasa perang menghapuskan golongan Ridda' (murtad), Ammar telah kehilangan sebelah telinganya melawan tentera Al Yamama.
  • Semasa pemerintahan Umar, Ammar dilantik menjadi gabenor di Kufah.
  • Ammar syahid semasa perang Siffin dibunuh oleh tentera Muawiyah/

Wednesday, June 9, 2010

E book E Magazine

Apa Khabar para pembaca sekalian?
Rasanya sudak lama kita tidak bersua.
Harap maaf kerana kesibukan sebagai Mahasiswa Tahun Akhir amat membataskan untuk mengupdate blog ni.

Sebagai tanda maaf dan penghargaan atas sokongan kalian semua saya ingin menghadiahkan beberapa majalah versi digital atau lebih dikenali sebagai E Book. Saya faham, mungkin kebanyakan daripada anda yang tidak berkemampuan merungut kerana harga buku dan majalah antarabangsa di pasaran amat terhad dan mahal. Jadi diharap usaha saya ini dapat memberikan kemudahan kepada kita. Teruslah mengunjungi blog ini kerana saya akan menambah lagi koleksi buku dan majalah untuk manfaat bersama.

File name: National Geographic Interactive 2010-06.pdf
File size:18.63 MB


File name: Popular Science 2010-07.pdf
File size:31.27 MB


File name: Popular_Science_2010-03.pdf
File size:17.07 MB