Showing posts with label intern. Show all posts
Showing posts with label intern. Show all posts

Tuesday, November 3, 2009

Sesi Makan durian_ w4d2_230609

Hari ni selepas tazkirah kitorang terus pergi ke kebun durian abg md shah kat gapam. Kitorang kutip sume durian yang gugur dan bawak blk kat workshop.

Sampai je, terus kopek buah tu.. Banyak gk la rasenye. ade la dalam 12-15 biji. Pergh bukan main azab lagi nk menghabiskannye..



Abg sepol yang baru je sampai


Kanan bersama praktikal kanan


Li Si bdk Pontian


Abg Suhaimi yang control


Tgk!!! brape byk abg sabri makan...

Lepas je melahap durian, sambung la keje pe lagi.. Hari ni bukak hydraulic cylinder kingpin sbb dah bocor.


Inilah dia hydraulic cylinder yang berjaya dibuka


Bergambar bersama hydraulic cylinder di samping Abg Md Shah

Sunday, November 1, 2009

week 4 day 1 - 22 Jun 09

Hari ni adjust fuel pump sbb asap yang kluar dari ekzos pick up ni putih..
Klu inspection puspakom or JPJ or JAS mmg x lepas..


Ni la asap putih yang dimaksudkan tu..


Gambar fuel pump telindung disebalik bende alah ni(da lupe la name die).

Then, aku de tangkap gambar beberape aerator utk korang. Aerator ni berfungdi untuk menambahkan kandungan udara di dalam air dan menambahkan kealkalian dengan menambahkan kapur.


Inilah die aerator


Air dari sungai Melaka


Kapur dimasukkan ke dalam air

Sunday, July 5, 2009

HAri ke 4

Hari ke 4

0800 - Punch card masuk
0830 - Belajar tauhid bersama En Jilani (staff metering)
1000 - Minum pagi
1030 - Repair clutch bakar dgn abang Armi n Zaki
1100 - Repair boom backhoe (tukar hose yang connect hydraulic cylinder ke lever) dan pasang bearing kat kingpin. KAt sini baru aku tengok rupa bearing dpn mata. selama ni blaja kat dlm klas MED dgn Mr Azmi pasal bearing Timken n SKF.
1400 - Rehat, lunch + solat zuhur kat kg Tun Razak, Bukit Katil.
1615 - Amek sofcopy bdk intern yang dolu2 dari PC En. Majid
1645 - Solat Asar berjemaah kat surau
1705 - Punch card keluar

Sunday, June 7, 2009

hari ke-3 di SAMB

Hari ni bermulalah sesi internshipku dengan sempurna.Kegiatanku bermula seperti biasa cuma hari ini aku memakai pakaian casual smart ke tempat kerja iaitu memakai t shirt dan seluar. Sangat cool kan tempat kerja aku ni. Hari ini aku akan bekerja sama seperti pekerja lain (eyh same ke? rasenye cm x je. nk tau kenapa? baca tentatif aku pada hari ketiga internshipku ini.)
0800-Punch card
0830-Belajar tauhid. Pada mulanya aku tertanya-tanya mengapa ada sekumpulan pekerja senior membawa kitab kuning. Kemudian ada seorang pekerja melaungkan "Masuk!!!!, masuk!!!!!, belajaarr..." Kami semua pon masuk ke dalam surau. Kemudian yang menyuruh kami masuk tadi merupakan guru yang akan mengajar kami tauhid pada hari ini. Nama pakcik @ pekerja ni adalah En Jilani. Kami belajar tentang sifat 20 Allah. Pada pukul 9 pembelajaran tauhid pon berakhir.
0930-Minum pagi. Ni pun aku agak terkejut kerana En Zul merangkap supervisor aku kata g minum dulu n then bru start keje. Ini kerana pada permulaannya kami telah diberitahu tentang peraturan keluar masuk oleh En. Helmi dan terdapat juga surat pekeliling mengenai waktu minum. Tapi apa nak buat tu memang tradisi kat situ. Kami sebagai orang baru pun folo je.
1030-Start keje. Aku ditempatkan di workshop kenderaan terletak di belakang loji lama. Kami melihat sekitar kawasan, kami disuruh mengemas bengkel dan mencabut rumput serta menyapu sampah kerana esok ade pemeriksaan ISO 14001 (mengenai environment, student practical should know about this). Kami berkenalan dengan otai bengkel tersebut iaitu En Md Shah (orang sungai putat). Dia ni agak garang orangnya. Beliau bertanya "Korang ni tahun berapa da?" Kami jawab "Tahun Tiga" Dia tanye lagi "Korang kenal x component engine?" kami jawab dengan selambenye "x tau" kemudian dia pon marah "Apa!!! Korang tak tau? abes tu korang blaja ape kat sane tiga tahun?" Kitorang diam je. Kemudian kami berkenalan dengan En Suhaimi diorang jage bhgn service. Dia ni baik orangnya. Kemudian dia tunjuk kat kami cara menservis Truk pickup Isuzu. Cm senang je. huhu.
1400-Kami dibenarkan lunch. Cm bese la aku lepak kat masjid Tun Razak je. Sampai kol 4.
1630-Solat asar berjemaah di surau.
1700-Punch card (balik)

Saturday, June 6, 2009

hari ke-2 internship

sorry lmbt siket..
internet down ari tu..
seperti yang telah dijanjikan pada post sebelum ni. Inilah kisah hari ke-2 internship bersama SAMB
0610 - Bangun pagi, mandi, subuh, breakfast
0705 - Bertolak dari rumah
0735 - Tiba di depan MSDC (tunggu apan)
0800 - Sampai di Loji Air Bertam, En. Helmi pon sampai gk akhirnye. Ni nk smbg sket dari smalam. Lepas je kitorg balik semalam En Helmi pon sampai. Patutla ari ni tgk si Kauthar tu da pakai t-shirt.
0830 - Jumpe En Helmi. Lapor diri. , Briefing
0930 - Jumpe En Zulkefli, SV.
1000 - G workshop amek punch card
1030 - Kitorg dibenarkan blk kerana pakaian x berapa sesuai (kemeja+slack+tie) + sume transport da kluar g site. so boleh la blk ke rumah.
Tq En Zul.Begitulah al kisahnya pada hari ke-2. Balik lagi awal dari hari 1st.Sekian..nk dgr cerita hari ketiga ?
tungguuuuu!!!!...

p/s - hari ke-2 merupakan hari last kitorg jumpe si Kauthar tu..

Saturday, May 16, 2009

aNTARA 3

Fuhh!!!!
Banyak betul posting aku petang ni.. Tetibe je rase nak menaip petang-petang cmni kat blog ni..
Posting kali ni aku mahu menceritakan mengenai internship aku pula. Aku telah mendapat tawaran daripada 3 company di bawah ni (company ke?, aku x tau nk namekan pe so aku tulis je company. Boleh kan? if wrong please correct me). Antara offer yang paling awal samapai adalah daripada PKNM dan SAMB. Menurut offer letter daripada PKNM aku perlu reply surat itu untuk menyatakan persetujuan ku untuk intern 2 minggu dari surat ini dikeluarkan. Malangya aku menerima surat itu setelah dua minggu dari tarikh tutup tersebut kerana pada waktu surat itu tiba di UTP aku masih di rumah kerana cuti mid sem.

Aku call name yang tertera di surat tu utk bertanyakan status aku dan die kate hantar je pakai fax. tetapi sebaliknya aku hantar pakai pos biase. So, cmne skarang? Status masih unknown.

Kalau SAMB pula aku diminta untuk lapor diri pada hari pertama latihan pukul 8 pagi di Graha Maju. Ini bermakna tempat aku telah secured. (Sorry, ni je gamba yang aku dapat jumpe untuk SAMB)
MBMB merupakan offer yang baru aku terima iaitu pada study week. Kepeningan aku untuk memilih tempat intern telah bertambah dari dua ke tiga. huhu. Sangat murah rezeki Allah. Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih ya Allah. Kes aku untuk MBMB pula lebih kurang sama lapor diri di Graha Makmur pukul 8 pagi. Ini bermakna tempatku di sini juga telah secured.

Analisis untuk setiap tempat pula, kalau aku pilih SAMB aku akan bersama apan tapi kalau PKNM aku akan bersama Alep dan MBMB pula aku akan berseorangn.
Seperti mana yang aku tahu dari Alep, PKNM akan bagi elaun lebih kurang RM250-350. Manakala SAMB RM0 dan MBMB dunno.
Jobscope pula, aku macam kurang jelas peranan aku di PKNM dan MBMB. Tapi kalau menurut senior, di SAMB pelajar Meche akan banyak turun padang buat site visit dan welding.
Peluang untuk score pula, menurut senior juga, kebanyakan atau boleh dikatakan semua pelajar dapat A kat SAMB manakala kami merupakan pelajar pioneer untuk MBMB dan PKNM. Last sekali, workload pada akhir-akhir intern nanti mungkin berganda atau pun di ignorekan kerana Melaka akan mencapai status negeri maju pada 1 Januari 2010. Semua pekerja maybe busy untuk mempersiapkan diri menanti detik yang sangat bersejarah itu.

Diharapkan aku berjaya memilih yang terbaik. Ya Allah tunjukkanllah yang terbaik untukku.