esunya Amalan Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Negeri ,IpohDalam Islam amalan solat berjemaah amatlah digalakkan kerana dapat mengeratkan amalan silaturahim sesama umat Islam.Yang mana umat Islam dapat berinteraksi sesama mereka disamping menunaikan ibadah fardu pada Illahi. Yang mana terdapat hadis yang menyatakan sesiapa yang bersembahyang berjemaah, nescaya Allah pertingkatkan amalannya 27 kali darjat melebihi dari amalan solat secara bersendiriaan.
Tetapi dewasa kini amalan bersolat jemaah makin dilupakan orang, terutama solat berjemaah pada waktu subuh. Kalau dilakukan cuma pada solat jumaat sahaja . Kecuali pada mereka yang mengutamakan solat berjemaah tanpa mengira tempat dan waktu. Apatah lagi pada mereka yang sering menetap di hotel-hotel atau yang sering bekerja atau menonton TV hingga lewat malam.
Tetapi yang peliknya disekitar bandaraya Ipoh yang saya lawati pada pukul 4.30 pagi (14hb November 2005) sekembali dari arah selatan menuju keutara, didapati pusat-pusat siber kafe dan restoran mamak di Ipoh Jaya yang dibukak 24 jam masih lagi sesak dengan pengunjungnya.Tak tahu lah saya akan tempat-tempat seperti pub atau disko yang banyak bertaburan dibandaraya Ipoh.
Sengaja saya mencari restoran mamak untuk mencari sesuap rezeki untuk berpuasa sunat pada hari Isnin disamping menambahkan bilangan puasa 6 yang baru memasuki puasa hari yang ke 4. Dapat juga memakan sekeping roti canai disamping teh tarik sebagai amalan bersahur sebelum berpuasa. Selepas makan dan minum saya menuju ke Masjid Negeri , Ipoh sambil memerhati arah jam yang menunjukkan pukul 5. 15 pagi.
Dalam hati berdebar-debar juga memohon pada Allah agar dapat berjumpa dengan Mufti Perak yang terkenal Dato Harussani, mana tahu mudah-mudahan beliau sanggup berlapang dada bersolat jemaah di Masjid Negeri Ipoh! Juga dapat melihat pelajar-pelajar Hafiz yang menuntut atau membuat latihan amali di Masjid Negeri. Tetapi alangkah hampanya bila sampai dekat sana tidak ramai manusia yang ada, kecuali seorang dua termasuk Pak Guard yang sedang menyalin kain mungkin sebagai persiapan untuk solat berjemaah waktu subuh.
Selebihnya hanya melihat pelawat-pelawat masjid yang masih lagi tidur berdengkur sebagai tanda beriktikaf ditingkat bawah masjid yang mempunyai lapisan 2 tingkat tersebut. Terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebelum kedatangan azan subuh. Bila naik ketingkat atas waktu jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Tiada siapa pun yang terdapat di tingkat atas tetapi lampu sudah dihidupkan dan alat penghawa dingin sudah beroperasi.
Sebentar kemudian bila masuk waktu solat, datang bilal untuk mengalunkan azan subuh. Selesai azan masih lagi tak ramai yang bersolat sunat Qabliyah subuh, sementara batang hidung Mufti tidak juga kelihatan. Mungkin beliau bersolat subuh dimasjid lain atau dikediaman rumah beliau. Hanya Allah jua yang tahu! Tiba masa untuk bersolat subah hanya didapati lebih kurang 15 orang sahaja yang datang untuk bersolat subuh. Termasuk Tok Imam dan bilal! Makmum hanya dalam satu saf sahaja! Itu pun tidak penuh!
Di Masjid Negeri yang punya besar dan seluas 2 tingkat yang rasa-rasa mampu memuat sehingga 3 ribu orang hanya didatangi oleh oleh 13 orang makmum! Tidak termasuk Tok Imam dan bilal yang yang datang menjalankan tugas mereka!!
Mana perginya program Rakan Masjid? Program Ziarah Masjid? Program Mengimarah Masjid? Mungkin tidak sehebat publisiti Program Kempen Ziarah Hotel oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan sehingga ramai umat Islam yang tinggal dihotel lebih selesa tidur lena di katil yang empok dan solat subuh bersendirian daripada solat subuh berjemaah di Masjid! Atau orang-orang Kaya Islam sekitar Ipoh lebih selesa beradu dengan pasangan masing2 daripada bangkit awal mengerjakan solat subuh secara berjemaah!
Mungkin disekitar masjid negeri, tidak terdapat kediaman umat Islam, tetapi lokasinya terletak bertentangan dengan Balai Polis Trafik,belum dikira lagi terletak berhampiran dengan Stesyen Keretapi dihadapannya, Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi dan agak jauh sedikit terletak Pejabat Agama Islam dan Bank Islam. Dan sesayup mata memandang lagi terletak Pejabat Kerajaan Negeri yang tersergam indah tidak sampai 1 kilometer dari Masjid Negeri! Atas sedikit Pejabat badan Pencegah Rasuah atau BPR.
Takkan lah kesemua umat Islam terutama kakitangan kerajaan yang bertugas berhampiran dengan Masjid Negeri tidak mampu untuk memakmurkan atau mengimarahkan masjid? Apahkah fungsi kedatangan mereka kebandaraya Ipoh setakat untuk mencari rezeki untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu dengan melupakan sekali fungsi masjid?
Atau pehak Mufti yang terlupa untuk menurunkan hulubalangnya atau laksamananya untuk turun padang bagi mengisi program manusia sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini di masjid! Nampak sangat pehak berkuasa agama lalai dalam menjalankan tugas untuk mengejutkan penduduk bandaraya Ipoh agar mengimarahkan masjid!
Nampaknya masjid hanya berfungsi sebagai tempat untuk bersolat jumaah dan tempat mengakad nikahkan pasangan Islam. Tetapi tidak sebagai tempat manusia untuk mengabadikan diri pada Allah. Masjid hanya dijadikan tempat memohon pertolongan seperti dalam kes Tsunami di Aceh. Tetapi bila mana manusia sudah senang lenang, mereka mudah lupa daratan,mereka lupa pada Tuhan. Kalau nak ingat Tuhan pun lebih senang secara bersendirian. Mungkin setakat memenuhi fungsi hablumminallah ( hubungan manusia dengan Tuhan) tetapi tidak dalam fungsi habluminanas ( hubungan manusia sesama manusia)
Orang-orang masjid seperti Tok Imam, bilal dan Tok Siak tak kira lah samada makan gaji atau sukarela hanya didekati terutama menjelangnya waktu kematian seperti mandi jenazah, bersolat dan upacara pengkebumian sahaja. Tetapi sementara hayat dikandung badan atau masih hidup siang dan malam bergelumang dengan dosa seperti pergaulan bebas dan 1001 kerja-kerja kemungkaran. Masjid hanya didekati pada masa dekat nak mati sahaja.
Apakah manusia masih lagi tidak mahu menginsafi diri mereka lagi?Sama-samalah kita tunggu program terbaru dari Mufti Perak dalam usaha menarik minat umat Islam untuk mengimarahkan masjid seperti Program Mengenal Pada Tuhan, Program Cinta pada Tuhan, agar manusia berlumba-lumba mengerjakan solat jemaah terutama pada waktu Subuh kerana rindunya mereka pada Tuhan dan takut pada neraka. Terutama pada Masjid Negeri yang terletak di Ipoh, Perak!!
Wassalam.
Moderator SiberMelayu
Swagbucks
7 years ago
No comments:
Post a Comment