Saturday, February 27, 2010

Lagu terbaru Yuna

Jika dulu Yuna tampil dengan lagu Dan Sebenarnya, kali ini lagi baru beliau bertajuk "Kita Sebenarnya" x de la.. memain je.. ini adalah sekadar pesanan dan nasihat utk renungan bersama..

Kita sebenarnya..Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

Kita sebenarnya..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada Hari Jumaat.

Kita sebenarnya..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang.

Kita sebenarnya..Lebih tahu tentang artis2 pujaan daripada Nama-Nama Allah.

Kita sebenarnya..Lebih suka menyebut Hello..! Hai..! daripada Assalamualaikum.

Kita sebenarnya..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid.

Kita sebenarnya..Lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri.

Kita sebenarnya..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

Kita sebenarnya..Lebih suka ke konsert, karaoke, daripada Ceramah Agama.

Kita sebenarnya..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka.

p/s: Yuna kalau ko bace post ni fikir fikirkanlah utk buat lagu pasal ni (Yuna nk bace blog ni? perasannye.. huhu)
hahaha..

Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H


Assalamualaikum

kALAMmar ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1431 H. Di sini saya ingin mencadangkan mulai tahun ini apa kita kita menyambut hari lahir kita dalam tahun Hijrah pula. Jika kita boleh menyambut hari kelahiran rasulallah pada 12 Rabiul Awal dan bukan pada 20 April setiap tahun.

Seperti contohnya saya dilahirkan pada 2 Januari 1988 bersamaan dengan 12 Jamadil Awal 1408 H. Bagi mereka yang tidak tahu tarikh lahir mereka dalam hijrah saya boleh membantu anda dengan menukarkan tarikh lahir anda kepada Masihi kepada Hijrah. Anda cuma perlu menghantar tarikh lahir anda ke comment atau emel ini muhammadammar5241@gmail.com dan saya akan mereply dengan kadar segera. Marilah kita bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul.

Salam Maulidur Rasul 1431,
Sekian,

Tuesday, February 16, 2010

Cuti Tahun Baru Cina

Sempena cuti tahun Baru cina baru-baru ini, keluargaku berkesempatan pulang ke rumah nenek di Kg Mantai, Negeri Sembilan. Seperti biasa apabila ikan semua sudah besar-besar dan gemuk-gemuk aktiviti memancing atau menjaring akan berlangsung. Tapi pada kali ini aktiviti memancing sahaja kerana tiada jaring dan tenaga kerja untuk menjaring. Dapatlah beberapa ekor ikan talapia untuk dibuat lauk selama beberapa hari.

Kemudian bergerak pula ke Kompleks Falak Al Khawarizmi di Tg. Bidara untuk cerapan hilal Jamadil Awal. Hilal berjaya di cerap. Untuk mengetahui rupa bentuk hilal, sila lihat gambar di bawah.

Rasanya sekian sahaja untuk coretan pada kali ini sempena cuti Tahun Baru Cina. Jumpa lagi di lain waktu.

Panorama Selat Melaka di kala senja

Gambar hilal yang sangat halus

Abah sedang mendayung rakit di kolam

Mardhiah dan Mawaddah

Zulqarnain dan jorannya


Umi memerhatikan gelagat anak anaknya


Bergambar di kubah selepas cerapan hilal

Saturday, January 23, 2010

Info Bulan Safar

Safar merupakan bulan kedua dalam kalendar Hijrah. Safar bermaksud sifar atau kosong. Orang arab pada bulan safar akan mengosongkan rumah mereka untuk berperang atau menuntut bela ke atas kabilah mereka.

Friday, January 22, 2010

Arsenal di Puncak

Walaupun menyedari, ini cumalah untuk beberapa hari sahaja kerana Chelsea masih lagi ketinggalan satu perlawanan.

Arsenal berada di puncak EPL pada hari rabu. Ketinggalan dua gol pada 30 minit pertama, Arsenal memerlukan 3 gol untuk menang dan empat gol untuk berada di takhta liga. Dan mereka berjaya melakukan dengan menewaskan Bolton 4-2 di Stadium Emirates.

Tuesday, January 5, 2010

Kisah Imam Abu Hanifah dan Tabi'in

Imam Abu Hanifah merupakan salah seorang daripada empat imam mazhab yang agung. Tabi' in pula merupakan golongan selepas golongan sahabat. Ketika Imam Abu Hanifah mengerjakan haji, sesudah melakukan saei, beliau ingin bercukur pula.

Ketika mahu bercukur beliau berjumpa dengan seorang tukang cukur berbangsa afrika yang berkulit gelap. tukang cukur tersebut merupakan seorang tabi'in tetapi Imam Abu Hanifah tidak mengetahui perkara tersebut. Tabi'in tersebut bernama Ata' ibn Yasar.

Imam Abu Hanifah pun bertanya harga untuk bercukur tersebut, dan pemuda tersebut menjawab "Apakah engkau berkira dalam ibadahmu?, duduk sahajalah". Terdiam Imam Abu Hanifah mendengar jawapan tersebut.

Kemudian Imam Abu Hanifah ditegur lagi oleh tukang cukur tersebut, "Menghadaplah kamu ke arah kiblat, sesungguhnya kan lebih afdal jika kau menghadap kiblat yang dekat di depan matamu ini". Imam Abu Hanifah berasa malu.

"Apakah kamu berdiam dan menutup mulutmu ini. Tidakkah kamu rasa bersukur? Berzikirlah wahai tuan". Imam Abu Hanifah berasa malu buat kesekian kalinya.

Sesudah Imam Abu Hanifah selesai bercukur, beliau bertanya kepada Ata', "Mengapa kamu tidak duduk sahaja di masjid dan membuka kelas agama? Kamu ini lebih sesuai untuk duduk di masjid dan menjadi ahli faqih (fekah)" Pemuda tersebut membalas, "Aku lebih sesuai dan selesa dengan pekerjaan ku di sini"

Friday, January 1, 2010

Mari Kita Meraikan Tahun Baru Masihi....




Mulai pada tahun hadapan, marilah kita mula meraikan tahun baru masihi yang disambut secara meriah dan besar-besaran oleh penduduk Bumi. Pagi tadi aku mendengar radio IKIM.fm mengenai cadangan daripada seorang sheikh daripada Madinah.





Beliau mencadangkan agar kita seluruh umat Islam lain bersama-sama menyambut kedatangan 1 Januari pada setiap tahun bersama orang lain tetapi dengan cara yang berbeza. Menurutnya, ini adalah kerana kita sebagai umat Islam boleh menyambut 1 Januari dengan sebab memperingati ulangtahun kelahiran Nabi Isa A.S..





Kita boleh menyambut dengan majlis bacaan Yasin, Khatam Al-Quran, Selawat dan ceramah serta majlis ilmu. Saya baru menyedari cadangan ini dan seharusnya umat Islam lain juga patut menyambutnya dan meninggalkan sambutan secara hiburan yang berlebihan atau pun hedonisme.