Pada 17 dan 18 Disember yang lalu kami sekeluarga telah berkunjung ke A'Famosa Resort.
Penginapan telah ditempah lebih awal iaitu pada Malacca Tourism Show. Ummi dan Abah mengambil keputusan untuk menempah di A'Famosa kerana tawarannya agak menarik tp aku enggan utk mengambil tahu apakah tawaran yang menarik itu.
Kami bertolak dari rumah kira2 pukul 9 pagi dan menuju ke rumah atok itam kerana majlis perkahwinan kak siti yang merupakan anak beliau merangkap mak saudara aku. Pada pukol 12 tengahari kami bertolak ke water world yang terletak di daerah alor gajah dan sampai di situ kira2 pukul 12 tengahari. Selepas check in kami menuju ke tempat penginapan di mana kami diberi sebuah banglo yang mempunyai swimming pool. Kami semua amat teruja kerana first time dapat banglo yang mempunyai swimming pool. Selepas makan tengahari dan solat zohor kami menuju ke water world. Kemudian kami bermandi manda sehingga pukol 6 petang.
Kami bermalam di situ selama satu malam dan keesokan harinya kami bermandi di swimming pool di banglo pula. Selepas check out pada pukul 12 tghari kami menuju ke Kuala Pilah pula untuk menguruskan hal tanah abah.
Sekian sahaja percutian famili untuk tahun ini.