Saturday, March 28, 2009

IDLE

This blog will be idle from now on because this place forbid to use google peripheral such as gmail, blogger and gtalk. it is supposed to be until mid may only. c u again after that time. sorry for any difficulties

Wednesday, March 25, 2009

Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman [THMSI]

Sesudah selesai membaca TDMHE aku terjumpa pula buku THMSI. Tanpa berlengah masa aku pon mencapai buku tersebut dan terus membacanya. Melalui THMSI ini baru aku mengenali siapakah sebenarnya insan yang bernama Muhd Kamil ini iaiu pengarang bari TDMHE dan THMSI. Muhd Kamil merupakan seorang yang agak bertuah kerana berjaya menghabiskan phd dalam masa 32 bulan sahaja dan berjaya menjadi profesor pada umur 39 tahun. Sekarang beliau merupakan pensyarah di UiTM.

Buku THMSI ini merupakan bestseller dan berjaya dijual sebanyak 10,000 unit selama 6 bulan sahaja. Buku ini menceritakan bagaimana beliau memohon untuk menjadi jemputan Allah selama 44 hari bagi menunaikan fardhu haji. Dari buku ini dapat dilihat bagaimana diceritakan mengenai sifa-sifat Allah yang terpuji yang memuliakan tetamu yang berkunjumg ke rumahnya dengan niat yang suci dan murni.

Pada pendapat saya buku ini sepatutnya menjadi buku yang kedua kerana buku TDHME mengisahkan tentang zaman-zaman gelap di dalam kehidupan beliau. Melalui kedua-dua buku ini beliau mempunyai semangat yang lain daripada orang lain yang susah hendak diceritakan melalui tulisan di blog ini sahaja. Anda sendiri patut membacanya.

Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok [TDMHE]

Ni first time aku nk komen tentang buku yang aku baru je abes bace. Aku pernah jumpe buku buku ni kat bookshop dan online bookshop tapi x menarik perhatian aku untuk menyelak muka surat buku ini. Pertama kali aku tengok buku ni macam x de pape yang menarik je. Tetapi selepas aku membaca, baru aku mengetahui betapa bergunanya isi kandngan buku ini.Mase mid sem break ni aku balik umah n then terjumpe buku ni kat atas meja di ruang tamu. Aku amek buku ni selak-selak sikit dan membaca beberapa perenggan dalam buku ni.


Buku ni merupakan hasil tulisan Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini merupakan buku kedua beliau selepas Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman[THMSI] tetapi aku membaca buku yang TDHME dulu. Aku sendiri tak kenal pon sape dia ni. Buku ni mengisahkan kisah hidup beliau dan bagaimana beliau berubah dan berdakwah. Liku-liku yang beliau alami selepas berubah dan berdakwah adalah seperti disindir dan diperli adalah perkara biasa kerana beliau pada suatu masa dahulu boleh dikatakan kurang 'alim'. Perubahan yang dilakukan beliau mendapat sokongan dan galakan yang kuat dari keluarga beliau sendiri terutama isteri kesayangannnya.


Secara ringkasnya buku ini mesti dibaca oleh setiap muslim di Malaysia yang ingin mencari panduan untuk berubah dan muslim yang ingin menongkatkan ketakwaannya kepada ALLAH.

Monday, March 9, 2009

1st Anniversary of Malaysia's Political Tsunami

Genap setahun tsunami politik melanda tanah air kita, tapi bagaimana pula dengan manifesto yang telah dijanjikan oleh parti - parti politik yang telah bertanding pada piliharaya lalu?

Setahun berlalu menyaksikan kehangatan dan kecelaruan politik tanah air masih belum reda. DSAI bersama angan-angan 16 September terus malap tetapi YB dari Pakatan Rakyat telah keluar dari parti masing-masing.

Semalam pula berlangsung himpunan 100,000 bagi membantah PPSMI. Adakah ini merupakan sambutan di ambang ulangtahun tsunami politik Malaysia? Media perdana melaporkan bahawa cuma 5,000 orang sahaja yang hadir tetapi media alternatif melaporkan sebaliknya iaitu 150,000. Ini merupakan satu perbezaan yang amat besar. Siapakah yang tersilap dalam pengiraan dan fail dalam matematiknya? Saya tinggalkan semua persoalan ini untuk dijawab oleh anda.

sama-sama kita renungkan.......

Saturday, March 7, 2009

PPSMI Update

Himpunan 100k PPSMI tengahari ini.
Lokasi - kompleks SOGO, Pasar Seni, dan Masjid Negara. Pakaian putih.

11:37am
Kawasan Sogo mula dikawal lebih 100 anggota polis, di Dataran Merdeka terdapat 5 trak FRU dan begitu juga di JAWI

11:39am
Pihak polis mula mengadakan sekatan jalanraya di beberapa jalan utama ke KL. Kesesakan di laporkan seperti di Jalan Kuching.

11:55am
1 Water cannon kelihatan di luar Istana Negara, lebih 100 anggota FRU sedang berkawal dan helikopter sedang berlegar di kawasan istana.

12:09pm
Jumlah anggota Polis ditambah lebih 100 orang di Pasar Seni dan di hadapan bangunan JAWI kelihatan 3 trak Water Cannon.

12:44pm
Pihak polis telah mula menutup Jalan Klang Lama dan Jalan Parlimen.

12:57pm
Lebih 1500 orang daripada Kelantan tiba di KL Sentral melalui keretapi dan kini bergerak ke tiga lokasi perhimpunan.

1;06pm
Kira-kira 10,000 orang mula memenuhi kawasan sekitar Masjid Negara dengan memakai baju berwarna putih dan keadaan adalah terkawal.

1:22pm
Dr Hassan Ahmad melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai dan ia jelas menunjukkan PPSMI ditolak rakyat. Polis benarkan hanya 7 orang dengan 3 buah kereta bergerak ke Istana Negara selepas Zohor. Turut serta adalah beberapa wakil NGO Cina.

1:27pm
Pak Samad kecewa dengan sistem demokrasi negara apabila dilaporkan dua buah bas yang sedang menuju ke Masjid Negara telah ditahan Polis.

1:38pm
Wakil daripada Chinese assembly Hall telah tiba di perkarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.

1:55pm
Dua bas yang membawa orang asli dari Tapah telah ditahan polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk di soal siasat.

2:13pm
Kini jumlah rakyat melebihi 25 ribu dan sedan menunggu kumpulan daripada Kompleks Sogo dan Pasar Seni untuk berarak ke Istana Negara.

2:46pm
Lebih 150,000 orang kini sedang berarak dan uba merempuh sekatan yang diadakan FRU. Lebih 15 das gas pemedih mata dilepaskan.

2:48pm
Pak Samad dan AJK GMP sertai pelbagai tokoh akademik dan pimpinan Pakatan Rakyat turut diserang dengan gas pemedih mata.

3:34pm
Kawasan masjid negara ketika ini dicemari dengan air pancutan Water Cannon dan gas pemedih mata.

3:46pm
Sebahagian orang ramai yang bergerak ke arah masjid negara dihalang dan kelihatan 5 das gas pemedih mata dilepaskan ke dalam masjid.

6:04pm
Sehingga kini laporan tidak rasmi menyebut 124 telah ditahan pihak polis.

6:47pm
Himpunan 100,000, PM mula bimbang, keluar kenyataan agar isu PPSMI dibuat segera oleh kerajaan

Penulis tertanya-tanya mengapakah 7 mac dipilih sebagai himpunan ini?

Friday, March 6, 2009

Lap 10 hotspots Kuman yang teruk

Lokasi yang mungkin memeranjatkan anda. - dan bagaimana membersihkannya.

  1. Kitchen Faucet- Tanggalkan skrin tersebut dan rendamkan didalam larutan peluntur selama beberapa minit.
  2. Tempat pembuangan sampah-Bersihkan menggunakan larutan peluntur sekali seminggu.
  3. "WELCOME" mat - Semburkan dengan fabrik disinkfektan seminggu sekali.
  4. Vacuum cleaner - Tukar beg vakum dengan kerap.
  5. Dish towel - tukar atau basuh dengan peluntur atau air panas 2 kali seminggu.
  6. Dashboard kereta - Lap dengan disinkfektan secara kerap.
  7. Soap dispensers - Gosok tangan anda dengan teliti selama 15-20 saat.
  8. Botol sos di restoran - Bersihkan luar botol menggunakan sanitizer.
  9. Refrigerator Seal - Lap dengan disinkfektan atau peluntur sekali seminggu.
  10. Handphone - Lap dengan cecair disinfektan bebarapa kali seminggu.

Obama bersama Teleprompter





Mengapa Obama sering dilihat menggunakan Teleprompter juga dikenali sebagai autocue?



Saya sebelum ini menganggap obama sebagai seorang yg amat hebat apabila berpidato di pentas. Tetap malangnya sangkaan saya meleset. Kebergantungan Obama kepada teleprompter ini dilihat sebagai keganjilan kerana dalam sejarah AS tiada presiden yang terlalu bergantung menggunakan teleprompter ini. Ini termasuk juga semasa ucapan pendek membentangkan barisan kabinetnya.


Tetapi ini tidak menghalngnya daripada menjadi seorang Presiden Amerika Syarikat yang kulit Hitam buat pertama kalinya. Ini menunjukkan ucapan bukanlah sesuatu yang signifikan bagi masyarakat AS tetapi mahukan sesuatu perubahan sesuai dengan slogannya "CHANGE WE CAN BELIEVE IN" Tetapi apabila Teleprompter gagal berfungsi ucapannya menjadi seakan kurang menyengat.





p/s: Teleprompter merupakan alat yang digunakan untuk membantu bercakap dengan visual teks elektronik untuk ucapan atau skrip.


blog ini bukan bertujuan untuk menghentam Obama atau mencari kelemahannya tetapi cuma perasaan inquiri penulis.

Boundary Layer

This are some improtant point I got from my Fluid Mechanics II lecture:
  • zero velocity at the wall due to high shear stress and high viscosity
  • Viscosity is interaction between molecule; when two molecule are far apart the viscosity will be low.

Boundary Layer theory can be classified into two:

  • Finite

  • Thin

It explain abot the flow close to surface and velocity change because of viscosity and fluid resistance. Velocity gradient is largest at the wall and decrease as we go away from the wall. At small distances the velocity gradient is almost = 0.